Cerita Ita: duit                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel duit

Jadual Tabung 52 minggu

assalamualaikum semua, sejak beberapa hari lepas aku asyik tengok kisah tabung 52 minggu lalu lalang di dinding facebook aku.. kisahnya ialah kawan-kawan yang mengutip hasil dari tabung 52 minggu mereka.. macam best je bila aku tengok.. biasalah kan bila nampak hasil duit tu kita akan rasa macam seronok sangat, lagi-lagi la bila nampak duit banyak sekali gus depan mata tu kan.. tapi hakikatnya mereka kumpul dengan gigih selama 52 minggu iaini setahun lamanya tu tau.. siap ada jadual tabung 52 minggu tu lagi.. Jadual Tabung 52 minggu ~ gambar ni aku dapat dari Google  apa maksudnya tabung 52 minggu ni sebenarnya? aku pun baru sedar ada orang buat azam gigih kumpul duit dengan cara macam ni.. alternatif yang sangat bagus untuk orang yang tak berapa berdisiplin nak menyimpan duit dan nak tanam sifat suka menyimpan dalam diri.. dan jugak untuk orang yang suka letakkan target tapi taknak letak target tinggi sekali gus.. ini memang cara yang sangat berkesan rasanya.. car...

Anak dibuli di sekolah

assalamualaikum semua, hari ni aku nak cerita pasal cara nak atasi anak kena buli di sekolah.. bukan la aku nak kata ni cara penyelesaian terbaik tapi cuma nak berkongsi pengalaman anak yang dibuli di sekolah je.. kalau nak tau abg ngah kena peras ugut di sekolah baru ni.. nampaknya kes buli dan peras ugut ni memang berlaku tak kira usia agaknya.. semuanya kerana wang kan aku pernah cerita yang aku kami bagi duit je kat abg ngah hari-hari untuk belanja.. jadinya biasa kami akan bagi RM2 untuk belanja di sekolah rendah sesi petang.. yang selalu kami buat adalah tanya je apa yang dia beli hari tu untuk pantau apa je yang dibeli hari tu.. dan biasanya memang dia akan cakap je dengan jujur dia beli apa.. pernah dulu dia ngaku beli gula-gula.. itu pun lepas aku tengok dia makan macam lapar benar waktu makan malam kat rumah.. siap habiskan nasi abg long yang mana memang dia tak pernah la buat.. lepas tu aku pun tanya.. risik-risik dia apa yang dia beli waktu di ...

Apa ada pada duit RM100 tu?

assalamualaikum semua, gambar hiasan -perbezaan duit palsu   sihat hari ni? dua tiga hari ni kecoh pasal budak-budak sekolah dapat duit RM100... yang lebih susahnya orang tua la.. kena beratur bagai nak dapatkan duit tu... tapi alhamdulillah itu la orang kata rezeki anak-anak... terima dan bersyukur dengan apa yang diterima selagi boleh.... aku bukan nak kecoh sebab aku tak dapat.... anak-anak pun kecik lagi.. takde yang sekolah pun... cuma aku dengar memacam rungutan pasal duit bantuan persekolahan bernilai RM100 tu... dari mak bapak yang dapat... semua senyum dan bersyukur sebab dapat..... tak kurang jugak ada suara-suara yang kata... "gaji dah banyak... ribu-ribu pun masih nak hadap ke duit RM100 tu...? bagi la kat orang lain yang lebih memerlukan...." errr... aku cuma nak tanya korang yang dapat atau cikgu-cikgu yang terlibat dengan pembahagian duit ni.... bukan duit ni semua pelajar dapat ke? jadi ada lagi ke istilah lebih memerlukan? ini cuma ...

yeay.. Nuffnang dah boleh cash out!

assalamualaikum semua, korang sihat hari ni? aku tak bape sihat....hati je la...pasal abg ngah golek-golek kat sekolah tadi taknak kena tinggal... nasib baik dia sebut...."ayah...ayah"...masa nangis... kalau dia sebut ummi sure aku terus ambik cuti... tak sampai hati wooo... tapi abg ngah memang selalu drama kalau hari isnin.... cuma hari ni lebih teruk pasal cikgu yang biasa jaga dia dah takde macam aku cerita kat SINI dulu... pastu cikgu yang ada tak pandai lak nak memujuk... sayu pulak tinggalkan anak camtu.... alahai anak.... bila bukak je blog...facebook... ramainya cerita pasal Anugerah Juara Lagu (AJL 27) kat tv3 malam tadi.... terkedu la pulak.... dan kali ni aku taknak cerita pasal AJL la.. ramai dah cite pun... lagipun kalau tanya aku mana yang aku suka.... aku cuma tengok lagu black... lagu yuna yang aizat nyanyikan tu je.... lain-lain? macam mengarut je semua... aku tukar channel lain... hihi.... lagu shila amzah tu aku memang nak tengok tapi masa dia nyan...

Karnival Buku PTS 2012 ...lagi pesta buku!!!

assalamualaikum semua, selepas adanya post pasal Pesta Buku The Big Bad Wolf Book Sale 2012 hari tu... hari ni ada lagi entry pasal pesta buku... kali ni Karnival Buku PTS 2012 pulak.... wah... bagi peminat buku memang berbaloi semua ni kan? aku pulak dah mula rambang mata.... mana nak cari duit gi pesta buku bebanyak ni wei......? apa pun aku nak kongsikan kat korang semua jugak... mana-mana yang ada kesempatan pergi boleh la pergi ye.... kerana membaca adalah tambatan ilmu.... wah lama tak dengar ayat tu kan? ok sedikit info yang aku dapat pasal Karnival Buku PTS ni.... akan berlangsung dari 10 Disember 2012 hingga 22 Disember 2012 ... Karnival Buku PTS 2012 bagi yang tak tau langsung pasal PTS ni takpe.... korang boleh jenguk-jenguk facebook diorang kat PTS ... pastu tak tau lagi....? boleh pergi showroom diorang kat bawah ni haaa.... peta PTS kalau ada soalan nak tanya boleh jugak call kat 03-6188 0316 kat sini aku nak letak jugak gambar-gambar se...

hadiah dah sampai! dan cenderahati lagi!

salam sejahtera semua, maaf terpaksa membisu hari ini kerana tuntutan kerja yang berlambak-lambak di atas meja ni... waaaaa.... macam nak nangis dah ni.... cepat la abis 3 bulan.... ni pun asyik je tarik nafas...lepas...tarik nafas...lepas..... tapi dalam sibuk-sibuk ni nak juga menyampaikan rasa terima kasih kat Babyibu yang baik hati ini... beliau telah menganjurkan pertandingan kat blognya... sila la singgah ye... untung-untung boleh dapat hadiah lagi best...mana tau... keychain menara eiffel Paris di atas mejaku...hahaha... dan bebaru ni ada staf dapat rezeki terbang ke korea selama seminggu.... ada la dapat cenderahati juga... bila la aku nak dapat pergi jugak kan....? mesti ada kang yang cakap...dah bagi pegi ko pulak taknak... alahai... tunggu je la budak husna tu dah besar sikit nanti.... dan ummi dah kumpul duit banyak-banyak kan nak...hihi.... i love korea...really?...no la i love malaysia... korean movie boleh la... p/s tak dapat pegi Paris dan...

banyaknya duit...aku kayooo...!!

salam semua, terkejut tengok gambar tu... hehe... banyaknya duit kan.... saje je aku nak menunjuk2 kat korang tapi sila jangan pecah rumah aku malam ni ye..... pasalnya memang duit tu duit aku... nampak tangan aku yang berlagak sambil pegang duit dengan kaki bersila cara orang kaya dalam keta tu haaa.... hehe... tak jelas lagi.. bagi tengok dekat2.... ala... ni gambar lama la... duit tu pun dah selamat dah...... gambar ni gambar bulan lepas... duit dah dah selamat aku bayar duit grill...lampu.... table top.... etc... plus kami shopping sikit2... hehe... nak gak menumpang.... jadi kalau nak pecah sila pecah rumah tukang grill... tokey lampu tu semua ye... kalau korang gi rumah aku rugi.. dapat tabung syiling je... tu pun takde duit dah... hehehe.... sebenarnya bukan duit tu yang aku nak cerita tapi pasal duit la semua boleh jadi kan..? suami isteri bercerai berai... anak2 rosak binasa.... keluarga porak peranda.... takde duit pun susah... banyak duit lagi banyak susah.... jadi...