Cerita Ita: lifesyle                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel lifesyle

Kenapa aku hilang?

Assalamualaikum semua,  lama sangat rasanya aku tak coretkan kisah hidup dalam blog ni.. sejujurnya aku mula rindu saat berblog yang cuma berkisar pasal hidup sehari-hari bersama keluarga tercinta.. rindu zaman mengetahui kisah kawan-kawan yang pernah seperjuangan sama ada di sekolah.. di universiti dan di tempat kerja lama yang satu masa dulu pernah jadi persinggahan.. rindu jugak membaca blog rakan-rakan yang minat menulis yang sentiasa membekalkan kata-kata semangat untuk insan lain..  Kenapa aku hilang? ~gambar ihsan google~ dulunya ramai yang menulis untuk berkongsi kisah.. terutama di zaman internetnya belum begitu maju.. masa tu boleh kira dengan jari siapa aje yang ada telefon pintar.. belum lagi disebut facebook pada waktu tu.. blog bagaikan media penghubung yang digemari semua.. tapi lama ke lamaan bila wujudnya media lain yang makin canggih.. blog semakin maju fungsinya.. bukan saja media penghubung tapi juga menjana pendapatan yang berlipat kali gand...

Syoknya bercuti di Ipoh

SYOKNYA BERCUTI DI IPOH Assalamualaikum semua, cuti-cuti dalam Malaysia sangat aku sukakan, dan aku harap korang yang mana sebagai pembaca setia aku, pun suka gak cuti kat dalam negara kita ni. Bukan apa, dengan keadaan ekonomi kita sekarang ni, kita kena jimatkan kos.. Jimat kos tapi kepuasan tu ke langit barulah syok.. So kali ni aku nak kongsikan tempat-tempat yang syok yang korang boleh pergi kat Ipoh, Perak. Kalau ada plan nak ke Ipoh, artikel ni terbaik untuk korang baca. Syoknya bercuti di Ipoh Kalau korang minat ngan theme park korang boleh ke Taman Tema Lost World of Tambun, sebab tempat ni secara umumnya terbahagi kepada dua iaitu dry park dan wet park. Kat dry park korang boleh meningkatkan adrenalin dengan naik roller coaster yang sesuai gak untuk kanak-kanak, juga terdapat rumah hantu kalau korang nak lagi thrill. Di samping itu, korang boleh melawat Petting Zoo yang menjadi rumah untuk pelbagai jenis haiwan macam arnab, rakun, ular, zirafah, harimau dan b...

Kuala Lumpur kami datang!

assalamualaikum semua, lama dah tak bersiaran.. bukan tak sayang dah dengan blog ni.. tapi banyak sangat perkara kena uruskan sejak dari balik cuti raya hari tu.. aku belum sempat pun cerita pasal aku dapat surat kenaikan pangkat dan ditukar ke Kuala Lumpur ni.. semuanya berlaku dengan begitu pantas sampaikan aku tak sempat nak update apa-apa pun di blog kesayangan ni.. tapi aku berazam jugak nak coretkan sesuatu supaya ianya jadi kenangan kami satu hari nanti.. Kuala Lumpur kami datang! sejak malam Jumaat 13 Julai 2018 secara rasminya kami dah bermastautin di Kuala Lumpur pulak.. tak pernah kami jangkakan pun akan terjadi.. semua berlaku macam adik hadi selalu sebut.. 'tiba-tiba je'.. dan hari Jumaat petang tu sampailah barang kami bersama lori yang dihantar oleh kawan-kawan.. kami tak habis lagi pun mengemas ni.. kemas mana yang perlu sama macam kami bawak apa yang perlu je hari tu.. banyak yang kami kena tinggalkan sebab rumah yang disewa ni tak muat nak tampu...

Sambutan Hari Raya di tempat kerja

assalamualaikum semua, semalam selamat berlangsung majlis sambutan hari raya di tempat kerja aku ni.. alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.. kalau ikutkan kami memang jadikan acara sambutan hari raya di tempat kerja kami ni sebagai acara tahunan.. walaupun secara tak rasmi tapi memang dah macam jadi kebiasaan kami buat sambutan macam ni setiap tahun.. Sambutan Hari Raya di tempat kerja sejak aku berpindah kerja dari Kota Bharu, Kelantan dulu ke sini tahun 2007, aku rasa setiap warga kerja yang ada sebumbung dengan aku ni pun sama merasakan yang sambutan hari raya kami adalah merupakan hari yang sentiasa menjadi hari yang ditunggu-tunggu.. bukan saja buat kami malah semua rakan-rakan sekerja dan pelanggan setia..  Bersama rakan-rakan sekerja setiap kali sambutan agak meriah.. pada tahun-tahun pertama aku kat sini dulu kami cuma buat sambutan ni secara kecil-kecilan je.. cuma menggunakan bilik mesyuarat kami yang kecik berada di tingkat atas makmal kami...

Macamana nak dapatkan penjimatan lebih di Lazada dengan hanya goncang telefon bimbit

Macamana nak dapatkan penjimatan lebih di Lazada dengan hanya goncang telefon bimbit assalamualaikum semua, hari ni kan aku rasa bukan aku sorang je gembira.. aku rasa kebanyakan 32 juta rakyat Malaysia hari ni bergembira dengan kedatangan 1 Jun 2018.. dan aku bertambah-tambah gembira lagi bila dapat tau Lazada ada kempen Jualan Riang Ria Raya dari 22 Mei sehingga 4 Jun 2018 ni tau.. tapi aku bukan nak cerita pasal jualan tu sangat pun.. yang lebihnya nak bagitau kat korang macamana nak dapatkan penjimatan lebih di Lazada dengan hanya goncang telefon bimbit korang je tau..  Macamana nak dapatkan penjimatan lebih di Lazada dengan hanya goncang telefon bimbit ala.. aku tau korang mesti lelaju nak turun sampai bawah pastu nak komen.. macamana nak dapat penjimatan lebih di Lazada dengan hanya goncang telefon bimbit tu?..  alahai.. rilek la.. aku baru nak menaip ni haa.. meh aku bagitau cara-caranya ya..  Macamana nak dapatkan penjimatan lebih di Lazada dengan h...

Makanan special makan berdamai untuk pengantin

Makanan special makan berdamai untuk pengantin  assalamualaikum semua,  aritu aku ada cerita pasal  kenduri kahwin alang kan.. tapi belum tunjuk lagi gambar makanan yang ada masa kenduri tu kan.. ala tapi banyak makanan yang aku lupa nak ambik gambar la masa tu.. banyak gangguan.. terutama bila dah lapar..  Makanan special makan berdamai untuk pengantin  tapi tak nafikan la lauk kenduri ni sangat best la kan.. terutama makanan untuk makan berdamai pengantin tu haa.. tapi bukan boleh makan selalu-selalu jugak ni.. bahaya.. haha.. mencanak berat badan naik ni haa.. jenuh la nak bagi kurang kg yang bertambah tu semua..  haha.. itu cerita yang dah lepas janganlah nak dikenang.. kang rasa berdosa pulak makan kang.. haha.. jadi jom kita tunjuk je la gambar makanan sedap tanpa rasa bersalah.. heheee..  kita sempat jeling apa ada depan pengantin tu..haha ada kuih dangai la! orang baca doa hadi dah makan.. haha kek pengantin...

Perlaksanaan Azan 2 kali di Pahang

Perlaksanaan azan 2 kali di Pahang. assalamualaikum semua, dah masuk 3 Ramadhan dah hari ni.. korang sihat tak setakat hari ni? mana yang tak sihat tu aku doakan semoga Allah pulihkan kesihatan korang dan semoga kita semua dapat menjalankan ibadah sebaiknya dalam bulan yang mulia ni.. mana taknya.. beribadat di bulan Ramadhan ni akan dijanjikan ganjaran yang berlipat kali ganda dari bulan yang lain.. sumber - freemalaysiatoday website tapi aku bukan nak ceritakan pasal ganjaran beramal di bulan Ramadhan ni sebenarnya.. ada je aku tuliskan aritu pasal amalan yang baik dilakukan pada bulan Ramadhan kat blog.. ada pun amalan yang sangat mudah nak dibuat.. tak perlukan kemahiran apa-apa pun.. walau kita takde asas agama yang kukuh pun boleh je buat.. takde pengecualian.. yang penting perkara yang kita buat tu dapat memberi manfaat pada diri kita dan orang lain tanpa kita sedar pun.. yang aku nak ceritakan hari ni ialah mengenai perlaksanaan Azan 2 kali di Pahang.. se...

Resepi Kek Marble Mak Jemah

Resepi Kek Marble Mak Jemah assalamualaikum semua, dah beberapa hari sejak aku tunjuk gambar percubaan menggunakan oven Faber baru yang aku beli dengan Lazada aritu kat IG dan FB aku ramai pulak yang mintak aku tuliskan resepi kek marble mak jemah ni.. jadi hari ni aku nak tunaikan janji yang aku dah buat kat beberapa orang dah ni.. adoi.. asyik la tak sempat nak menaip resepi Kek Marble Mak Jemah ni.. before and after sekali rentung daa.. 😂 esok kita kasi potong dan tengok ok.. ni kasi dia sejuk dulu.. jom tido.. selamat malam dan assalamualaikum.. #ceritaita #kbba9 #cake #marblecake #resepimakjemah #influencer #blogger #food #foodie #baker #parentingblogger #lifestyleblogger #veterinarian A post shared by Rozita Abdul Rahman (@ceritaita) on May 10, 2017 at 9:16am PDT pertama sekali aku nak terangkan kenapa nama kek ni Kek Marble Mak Jemah ok.. kalau korang nak tau.. nama kek ni sebenarnya bersempena nama mak aku.. iaitu Mak Jemah atau orang panggil ...

Jalan-jalan tengok sale di JPO

assalamualaikum semua, hujung minggu lepas kami balik kampung.. sempat la menyinggah kat Johor Premium Outlets yang tengah sibuk sale.. sesaja la jengah JPO ni.. maklumlah.. walau kami ni orang Johor tapi agak jakun jugak nak menyinggah tempat macam ni.. hari tu kami singgah banyak jugak butik.. tapi satu ni yang agak menggugat iman jugak.. kali pertama jejak kaki di JPO Butik Padini tengah promosi jualan murah selama 4 hari aritu.. banyak jugak la yang murah.. baju budak ada yang dijual dengan harga RM9 je.. ada jugak baju yang cantik-cantik berharga RM13-19.. memula tu aku macam teruja jugaklah nak memilih tapi bila aku tengok je barisan orang yang nak membayar tu hati terus jadi tawar..  sebabnya kami sebenarnya nak ambik mak dengan abah kat hospital.. itu tujuan utama sebenarnya datang ke JB ni.. tapi ternampak pulak status kawan kata ada sale jadi singgahlah kejap nak tengok.. tapi ye la sebab dah nak hari-hari kemudian ni agaknya pilihan dah tak banyak sangat...