Assalamualaikum semua, baru je lepas dengar pengumuman dari Pemegang Mohor Besar Raja-Raja tadi mengenai penetapan 1 Ramadan 1439H atau pengisytiharan puasa 1439H/2018M pada tahun ni.. mulanya kami ingat dah terlepas nak dengar pengumuman tadi sebab dah nampak tarikh bermula puasa kat Berita TV1 yang tulisan bergerak-gerak kat belah bawah masa berita tadi.. tapi alhamdulillah dapat jugak kami tengok pengumuman yang julung kalinya nak dapat tengok tu.. Pengisytiharan Puasa 1439H / 2018M dengan pengumuman dari Pemegang Mohor Besar Raja-Raja tu tadi sahlah yang umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada hari Khamis, 1 Ramadan 1439H bersamaan dengan 17 Mei 2018 pada tahun ni.. alhamdulillah berbunga-bunga hati bila dengar pengumuman tadi.. macam ni rasanya setiap tahun menjelang Ramadan.. terasa istimewanya bulan yang satu ni.. kenapa aku cakap macam tu? sebab aku rasa hati sangat-sangat tenang setiap kali berada dalam bulan Ramadan.. Peng...
Blogger Malaysia : Blog untuk berkongsi kisah parenting tips, kerjaya veterinar, lifestyle, anak-anak, review, resepi dan kisah travel.