Cerita Ita: adik                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel adik

Selamat Berkonvo Adik Manis!

Assalamualaikum semua, sejak dari dulu ramai yang kenal aku sebagai orang yang keras hati dan terejal katanya.. tapi tak ramai yang tau aku terpaksa jadi 'keras' atas apa yang aku lalui dalam hidup ni.. dan di sebalik kekerasan tu terselit kelembutan yang hanya orang terapat yang tau..  cilok gambar seorang graduan di fb :p hari ni aku betul-betul berasa hati aku sangat tersentuh.. semuanya sebab adik bongsu kami yang dilahirkan ketika aku berada di Tingkatan 3.. jauhnya jarak antara kami sebenarnya.. dan dialah satu-satunya adik perempuan yang aku ada.. adik kami yang sejak dulu kecil dan comel je dan sekarang ni dah bertambah comel ni dah besar rupanya..  dan hari ni merupakan hari bersejarah buatnya.. Hari adik kami ni meraikan hari konvokesyennya yang pertama!  dan aku pula.. hanya mampu menghantar doa sebagai iringan pengganti diri dari jauh buatnya yang berada nun di Kelantan semoga majlisnya berjalan lancar.. Maafkan akak sebab tak boleh temankan a...

Wordless Wednesday # 69

teaser.... p/s esok cukup 30 hari..baru boleh nak letak gambar penuh kot.. ;)

kami dah boleh keluar..

assalamualaikum semua, alhamdulillah hari ni genap 6 hari kami di hospital ni...dan sekarang ni syukur dah boleh keluar..leganya rasa.. dah selamat tanggal semua yang melekat kat badan adik..dan dah siap ujian telinga bagai..barang pun dah siap kemas ni.. tinggal tunggu panggil nama untuk settle bil je..harapnya boleh dapat cepat.. baju kat bawah ni dah sedia untuk tuan dia pakai..lama benor duduk hospital..baju pun ada yang tak sempat rasmi lagi ni.. p/s petang ni kalau takde aral kami terus balik ke johor dan duduk sana sampai abis cuti sekolah..dan adik akan ada susulan pada 23/9/2014 selasa akan datang..

Masih di sini..

assalamualaikum semua, hari ni dah masuk hari ke 5 adik kena masuk hospital semula.. adik kena jaundice dan demam pada hari ahad aritu..jadi adik dah kena puasa dan disebabkan takde katil kosong hari ahad maka aku kena balik malam tu dan tinggalkan adik di wad kanak-kanak SCN.. dan malam tu aku mula tak boleh nak tido..walaupun tau adik memang tak boleh menyusu tapi hati seorang ibu..tentu terasa bila anak yang dikandung 9 bulan takde di sisi.. dan esoknya hari isnin aku dah awal-awal datang ke wad untuk booking katil dan tengok perkembangan adik..alhamdulillah dapat katil jam 6 petang tu akhirnya setelah menunggu hampir satu hari.. adik datang dengan masalah demam 38°C dan jaundice setinggi 409 mmol/L..cukup tinggi dan menakutkan bila tengok badan adik yang kuning sampai ke peha.. tapi alhamdulillah bacaan makin kurang pada malamnya jadi 350 mmol/L dan terus berkurang menjadi 335 mmol/L pada pagi esoknya ..dan terus berkurang pada pagi selasa kepada 282 mmol/L dan semalam pa...

Wordless Wednesday # 68

assalamualaikum semua, p/s adik dah ada nama...dah siap daftar pun..semoga permulaan yg baik utk hidup adik..amin..

Kelahiran yang dinanti...

assalamualaikum semua, bersiaran dari HTAA hari ni...syukur ditemani line digi yang terbaik...oh lupa nak cite aku dah tukar line telefon lepas bosan dengan servis maxis dan celcom yang makin hari makin teruk..pasal yang tu aku cerita kemudian ok.. kali ni nak bercerita pasal kelahiran seorang lagi permata hati kami pada 3 September 2014 tepat jam 1.28 petang... apa yang berlaku memang kuasa Allah..kita manusia memang hanya merancang je kan.. anak lelaki kami ini selamat dilahirkan pada usia 38 minggu dan dilahirkan secara normal dengan berat 2.44kg... cerita lanjut nanti akan aku ceritakan lagi..memang menakjubkan..pada aku la... terima kasih pada semua yang sudi mendoakan.. p/s sekarang ni adik masih lagi perlu dipantau keadaan gula dalam darah untuk lagi sehari lagi..semoga semuanya ok..

Bahana lagu terima kasih

assalamualaikum semua, malam ni aku masak simple je..pucuk manis masak lemak...goreng tempe dan sambal bilis lempoyang...tapi berselera kami semua makan...alhamdulillah ada rezeki kami hari ni lagi.. aku kalau ada lagu-lagu kat tv ni aku tak kisah sangat biasanya...cuma ada satu lagu yang dari dulu aku memang akan terkekeh gelak... sebabnya...nak tau nape? memula lagu tu keluar dulu...bila part budak-budak salam orang tua tu...mula la datang budak sorang kat umah aku ni nak hulur tangan dan salam dengan aku...nak tau sapa? hehe...abg ngah! tiap kali je bunyi lagu tu...ucap terima kasih je...salam...terima kasih lagi...salam lagi... sampai kadang-kadang aku saje je mengusik dia dengan nyanyi lagu tu...pun dia salam jugak..hahaha... dan bila musim pilihanraya atau PRU 13 ni lagi la pulak...lagu tu memang kerap arr keluar kan? tau apa jadi kat rumah ni tadi...gilir-gilir adik husna pulak dengan abg ngah salam dengan aku..hehe...mau tak gelak kalau jadi camtu kan? anak...oooo...a...

Wordless Wednesday # 22

assalamualaikum semua, p/s main lagi kat grill... kan dah terselit..

Dia nak ummi....

assalamualaikum semua, kejap je dah jumpa jumaat semula.. cepatnya masa berlalu... semalam aku kena ke kuala terengganu menghadiri seminar di sana... kami bergerak dari sini jam 8.00 pagi dan sampai di Kuala Terengganu jam 11.30 pagi...alhamdulillah perjalanan pergi dan balik agak lancar..cuma dihalang dengan satu kemalangan di lebuhraya pantai timur je... tak berapa pasti apa yang berlaku tapi melibatkan satu kereta myvi yang remuk di depan dan belakang kereta... disebabkan seminar bermula petang jadi kami sempat mencari barang kejap di Pasar Payang... beli la apa yang patut untuk anak-anak.. tentu balik nanti semuanya nak pakat serbu... hehe... selesai majlis dalam jam 5 petang dan kami terus bertolak balik ke Kuantan...sayang tak dapat singgah beli keropok losong... terbayang kesedapannya.... sampai di Kuantan dah dekat jam 9 malam... badan dah rasa sangat letih... perjalanan balik hari ni memang akan buat badan letih selalunya....tapi apakan daya...tanggungjawab sebagai i...

ikut jalan yang benar..

assalamualaikum semua, semalam kuantan elok je tak hujan sampai ke malam...ok tak...sebenarnya ada hujan sekejap masa petang kami balik keja...hujan panas...malam pun cerah sampai boleh nampak bulan dan bintang....tapi hari ni alhamdulillah hujan turun lagi dengan lebatnya....kesian mana-mana kawasan yang tersekat sebab jalan banjir macam kat sungai lembing tu... buka pasal banjir aku nak cerita tapi pasal dialog kat bawah ni....perbualan antara adik dan kakak... di suatu petang yang sunyi....eh sunyi ke tak ni? hentam saja la....hihi.... kakak : kau balik ke kulai ke petang ni? adik : a'ah.... ingat nak gerak la kejap-kejap lagi... kakak : kau ikut jalan mana? (bertanya dengan perasaan ingin tahu sebab kat kluang ada 2 jalan menuju kulai..satu ikut renggam dan satu lagi ikut kota tinggi) adik : ikut jalan yang benar.... (bercakap sambil buat muka selamba macam takde apa-apa) kakak : .......(sambil macam ada bunyi cengkerik)..... p/s ceria kan hidup ada adik camni? kakak d...

@Tangkak

salam sejahtera semua, tengah tunggu adik nak ajak balik ni.. p/s shopping kain nak? ;)

Kesian adik..

salam sejahtera semua, petang ni takleh nak bercerita apa pun... sedih.... marah... dan macam-macam lagi perasan yang tak dapat nak digambarkan.... untuk adik tersayang .... sabar ye dik.... nak senang ni memang banyak dugaannya.... bawa bertenang dan beristighfar banyak-banyak... dugaan yang datang bermacam-macam tau... itu baru sikit.... bukan angah nak menakutkan adik .... tapi ini realiti kehidupan.... angah dah lalui semua tu... dan puas dah kena kutuk dengan cikgu... pensyarah.... tahan je la... memang kita nak ilmu kan? jadi terus kuatkan semangat dan tunjukkan pada orang tu yang kita mampu.... walaupun bukan untuk berjaya cemerlang tapi cukup untuk membbalas jasa ibu bapa.... p/s kami sayang adik manja kami sampai bila-bila ok... and remember this... we will always there for you...

Memilih Bulan Islam Untuk Berkahwin

salam sejahtera semua, bersempena kami nak balik kampung malam ni....yahuuu...eh... kami nak balik sempena adik aku yang nombor 6 akan berkahwin hujung minggu ni... yang paling tinggi tu acik..so ada 2 lagi available ok.. adik aku atau kami panggil acik dah 26 tahun dah tahun ni... wah dah besor panjang ko ye dik...kejap je rasanya ko dah besar... esok majlis pernikahan akn dilangsungkan... aku belum pasti lagi lepas solat jumaat ke sebelum ye...wah teruk akak ko ni dik... esok ko cerita dengan akak pepagi ye dik.. akan ku update esok ye kekawan.... hah... sempena nak cuti sekolah ni kan.... dan juga cuti hari perayaan yang banyak hujung tahun ni... mungkin ada antara korang atau adik beradik korang yang nak kawin tapi masih pilih-pilih tarikh yang sesuai dalam bulan islam kan? haaa.... aku ada cadangan cuba korang klik kat sini 'Pernikahan Dalam Bulan Islam' kat situ insyallah ada info yang boleh membantu.... p/s tak sabar nak balik... nak bawak cendawan, ...

Welcome our new Family member... Nur....

Salam semua, alhamdulillah aku masih diberi peluang bernafas di muka bumi setelah berjuang untuk melahirkan satu lagi buah hati pengarang jantung kami..... Untuk pengetahuan semua, aku selamat melahirkan anak perempuan yang comel pada 11. 12. 11 pada jam 7.17 pagi semalam... cantik tarikh dan masa dia kan? macam dah rancang2 je kan? setelah melalui proses bersalin paling menyakitkan yang pernah aku rasa sepanjang 3 kali bersalin ni... serius kali ni aku siap menitis air mata menahan sakit... lainkali bila free aku cerita penuh pasal kelahiran ni... sebenarnya aku sangat terkejut dapat anak perempuan sebab masa kami scan 20 minggu aritu nampak macam lelaki tau... tapi alhamdulillah rezeki kami... berat baby Nur cuma 2.5 kg je... nama kami tak abis fikir lagi (disebabkan ummi ayah dia tak jangka perempuan yang keluar..hehe...) cuma yang pasti nak letak Nur kat depan tu supaya ada cahaya dalam rumah kami... sentiasa...insyallah.. selepas ni aku mungkin akan ada sekejap2 atau ber...

bila agaknya ye...

salam semua, aku sekarang ni macam blur je dah... dah 2 malam tidur tak bape nak cukup... rasa sekali lagi jadi macam zombie dah ni... nasib tak pandai makan otak... hehe kelmarin kami balik rumah dah pukul 1.30 pagi... semalam pulak sampai rumah dah dekat pukul 11 malam.. letih badan ni jangan cakap la... kalau aku sandar kepala kat dalam kereta pun boleh lelap... malam ni dan esok malam kena berulang lagi balik kampung kalau takde aral... nak abiskan kenduri 3 malam...aku bukan letih menolong orang sangat pun cuma letih duduk kat tempat ramai orang je... dalam keadaan aku camni duduk kat lantai tu amatlah menyeksakan tapi nak buat camne kan... orang ramai apa pilihan yang aku ada... tapi lepas tu mula la rasa sakit pinggang semua...dugaan... dah la rabu ni aku ada check up... wah mesti darah aku makin turun camni... aku baru je tengok gambar kat fb tadi... kawan sekolah lama aku dah ready dah barang2 dia dan baby dalam beg... aku? apa pun takde tau... jangan terkejut... aku t...

rasa macam seram lak....

salam semua, pagi ni rasa macam mumia sikit la.... sebabnya malam tadi tak cukup tidur... melayan abg ngah yang tetiba kena demam panas pulak... kesian dia merengek sepanjang malam.... kat lidah pulak ada ulcer...bila nak bagi botol susu dia geleng2 kepala... kesian dia mesti sakit... aku tetiba je tertengok tarikh adik nak keluar kat bawah tu... dah 34 minggu dah sekarang ni... dah kena ready bila2 masa je sebenarnya... tapi barang satu pun aku tak ready lagi... macam takut pun ada... mesti korang kata dah nak beranak 3 pun masih takut kan? serius aku takut setiap kali nak beranak... sebabnya sakit dia tak sama setiap satu tu... pengalaman tetap lain2... lagi 42 hari... sekejap je tu... kalau ikut abg ngah dia yang keluar awal 10 hari tu tentu tak sampai 42 hari pun... lagi la aku rasa tak senang duduk.... harapnya kali ni dipermudahkan hendaknya... amin...

update check up 9/2011

salam semua, tadi dah siap taip tetiba dia tak keluar la pulak... letih kena menaip balik... hilang mood... tadi pagi aku gi check up bulanan kat klinik yang sepatutnya dijadualkan semalam... last2 pasal kereta rosak kena la tangguh hari ni... keputusan check up alhamdulillah makin ok.. usia kandungan: dah masuk 25 minggu 5 hari.. berat badan: 66.7 kg cuma naik 600 gram dari bulan lepas... blood pressure: 110/80 hb: naik sikit 12.3 dari 11.8 bulan lepas jantung anak: 135 beat tadi aku dah taip tapi kena la taip lagi.... ada cerita masa kat klinik tadi..ada sorang adik ni tanya aku...soklan dia...... dia tanya, " akak datang ni baru nak buat kad ke?" aku jawab, " tak la check up biasa" dia tanya lagi, " ye ke?" aku tak jawab dan senyum sambil tanya dia, " bila due?" dia jawab, " awal bulan 1, akak bila?" aku jawab, "insyallah tengah bulan 12" sambil buat muka terkejut dia kata, " ye ke? tak nampak pe...

dah tambah gigi!

salam semua, diharap semua sihat hari ni ye... aku nak cerita perkembangan anak2 pagi ni... sila jangan jemu ye... dah namanya pun mak orang kan? asyik cite pasal anak orang je la kan.... ok ikut turutan ok... abg long: abg long sekarang ni masih lagi dengan hobi menonton tv... jemu pulak aku tengok... elok takde astro dulu.. leka dia mengaler semua buku2... tapi kadang2 rimas dengan adik dia yang selalu mengacau... kalau kena kacau mesti dia akan kata... "malas kawan adik... main la shiri (sendiri)..." sekarang ni dah pandai baca doa makan dengan betul walaupun ada jugak sebutan yang tak bape jelas... kalau aku baca fatihah.. dia ikut hujung2 je... sejak dia tak minum susu botol dia tak mau dah air susu ni... dia nak milo dalam kotak je... teruk jugak poket masa tu... sekarng ni dah ok sikit dia dah pandai minum milo yang aku bancuh.. jadi setiap kali gi sekolah kena bekalkan dia botol air yang siap dengan milo sejuk kat dalam dia... jangan salah faham ummi dia ya...

perkembangan adik...

salam semua, korang jangan terkejut tau aku buat marathon pulak hari ni.... saje je lepas geram... bape hari ni tak dapat menghadap blog ni.... hari khamis aku busy sikit.... jumaat pulak ada lawatan Puspanita gi Kuala Gandah.... sehari tak masuk opis.... eh... korang kalau nak gi kuala gandah tu boleh la pergi sekarang ni dah cantik tempat dia... berubah benar dengan 2 tahun lepas.... lagi satu pergi la sebelum diorang letak harga tiket... yang aku dengar2 macam mahal je tu... kitaorang pun macam nak gi bulan depan je... sebelum dia letak harga kan... hehe... dasar kedekut betul... aku dah lama tak cerita pasal adik najmi kan? dah lupa daratan dah ummi dia sejak 2 menjak ni.... lagi la bila excited nak masuk rumah lagi semua lupa... hehe... sorry la ye.... adik kami ada bawak untuk check up kat hospital macam biasa setiap 3 bulan.... kalau sesiapa yang dah lupa boleh baca cerita adik yang lepas2... adik ada masalah kekurangan darah yang kami masih tak tau punca dia.... buat masa...