Cerita Ita: cabaran                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel cabaran

Cabaran Menulis Day 3 : A Memory

Sebuah Memori terima kasih Abg yang sentiasa ada Assalamualaikum semua, dah tertinggal beberapa hari dah cabaran menulis ni haa.. tapi tetaplah kita sambung ya.. takde paksaan pun sebenarnya nak buat Cabaran Menulis 30 Hari ni.. jadi kalau terlambat sehari dua tu abaikan je la..janji kita teruskan cabaran ni jugak.. Kenangan yang tak dapat dilupakan Kalau nak diikutkan task kali ni paling susah tau nak buat.. dia bukannya susah sebab apa pun.. sebabnya dalam banyak-banyak kenangan atau memori yang ada dalam kehidupan ni setelah mencecah 44 tahun ni, kau hanya perlu pilih satu memori yang hendak diceritakan dan ditulis. Itu yang jadi sangat mencabar tu.. Jadi itu jugak antara sebab cabaran hari ketiga ni lambat hendak ditulis.. susah benar ya membuat pilihan.. Dan setelah dihitung pelbagai kisah kenangan dalam kehidupan aku sepanjang 44 tahun dipinjamkan nyawa oleh Allah ni.. ada satu kisah yang menjadi memori kenangan yang tak mungkin aku akan lupakan sampai bila-bila la.. Memori Yang ...

Cabaran kali ini..

assalamualaikum semua,  lamanya tak tulis kat blog ni.. sibuk sikit 2 minggu ni.. mana nak uruskan kerja.. mana nak uruskan persiapan sikit-sikit termasuk sibuk berulang ke klinik je kerjanya.. dah diuji cabaran kali ini kenalah hadap walaupun tak berapa kuat sebenarnya.. tapi bila Allah dah bagi rezeki tu.. kita terima dan fahamkan jelah hikmah di sebaliknya..  Cabaran kali ini..  mungkin ada orang dah mula bosan bila aku terpaksa menghilang setiap 2 minggu untuk ke klinik.. apa nak buat.. rutin kali ni berbeza sikit.. kalau dulu waktu Adik Hadi kadar gula dalam darah cuma dikesan sewaktu kandungan menghampiri 35 minggu.. jadi cuma sempat dijadualkan untuk hadiri sesi kaunseling bersama pakar permakanan je la.. mana tau tetiba pulak kedudukan bayi waktu tu tak berapa molek.. jadi dijadualkan untuk pembedahan.. Senarai semak kriteria untuk ujian MGTT tapi eh tetiba datang serah diri masuk wad nak terbersalin terus waktu 38 minggu tu betul-betul seha...

Cabaran baru bermula!

assalamualaikum semua, masa terasa singkat sangat sejak akhir-akhir ni.. tetiba dah sampai hari rabu minggu kedua bulan Julai.. memang terasa sangat tetiba dah hujung tahun.. setiap hari ada je benda yang tak terjangka berlaku.. cabaran baru bermula! dan pagi nanti akan tambah lagi satu lagi perkara yang tak terjangka berlaku.. Aku mula bertugas di klinik! seram sejuk pun ada dah rasanya ni.. maklumlah lama benar pengalaman berada di klinik tu dah aku tinggalkan.. bertahun-tahun dah bekerja di makmal dah rasa sangat sebati dengan makmal walau banyak benda lagi yang masih dalam peringkat belajar.. tapi siapa sangka tetiba banyak pulak perkara yang berlaku pada bulan lepas dan bulan ni yang akhirnya menyebabkan aku terpilih untuk menyertai team untuk bertugas di klinik haiwan jabatan..  secara peribadinya aku rasa sangat teruja sebab dapat peluang untuk asah balik kemahiran yang dah berkarat.. (padahal bukan ada kemahiran klinik sangat pun.. kikiki.. ).. tapi aku...

Balik kampung dan dilema

assalamualaikum semua, hari rabu lepas kami dapat berita pasal rawatan susulan abah di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru... yang ni aku taknak ulas lanjut pasal tuan punya badan belum bagi keizinan untuk kami bercerita dengan sesiapa pun... cuma harap sangat doa kalian agar semuanya berjalan lancar... cukuplah untuk kalian tau yang kesihatan abah agak sulit untuk diceritakan tetapi ianya serius...  balik kampung atau kenduri? bila kami tau je pasal rawatan abah hati dah mula berbelah bagi...sebabnya di awal perancangan akan ada jemputan kenduri kahwin di Terengganu pada hari Sabtu dan pada hari Isnin, shah dah janji nak hantar emak dia ambik borang di Pejabat Agama Islam di Pekan... aku terus tak berani nak suarakan hasrat nak balik jumpa abah sebelum rawatan dimulakan... antara rasa serba salah, rasa sayang... sampai tak tentu rasanya... bila along whatsapp dalam whatsapp family tu aku terus respon alhamdulillah... sebab tau rawatan abah dapat dipe...

Tragedi Abg long Luka Kepala di Sekolah !

assalamualaikum semua, semalam aku ada siarkan gambar abg long dengan luka di kepala yang siap berjahit... ramai yang tertanya-tanya apa yang sudah berlaku sebenarnya... dan aku tak daya nak menjawab satu-satu pertanyaan memandangkan data internet yang ada pun dah agak semput... dan aku rasa dengan menjawab soalan melalui entri ini rasanya lebih memadai.. sebenarnya kejadian menimpa abg long pada hari Selasa 17 Mei 2016 yang lalu memang agak mengejutkan semua orang terutama kami sebagai ibu bapa abg long sendiri... meh aku tepek gambar anak yang betul menguji hati hari selasa baru ni dulu... abg long dengan sengih lebar... sebenarnya cerita dia macam ni... hari Selasa dalam jam 11 lebih pagi lepas aku balik dari acara Lelongan Awam, cikgu sekolah abg long telefon... elok je nada suara cikgu memaklumkan...  Dialog bersama guru: Cikgu : Assalamualaikum puan, puan ni ummi kepada Ahmad Haziq Hakimi ke? Aku : ye saya... Cikgu : Puan, saya cikgu___ , cikgu bertugas minggu ni ...