Cerita Ita: BLOG                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel BLOG

Tahun Baru 2026 Happy New Year

Salam Tahun Baru 2026! Assalamualaikum semua, selamat tahun baru 2026 buat semua. Semoga kehadiran tahun baru ni membawa kebaikan untuk semua orang. Amin. Doakan buatku juga ya. 2025 adalah tahun yang sangat berat untuk kami. Nanti jika diberikan kekuatan aku akan cuba menulis. Azam Baru Berulang Aku pulak nak balikkan semula azam baru yang muncul setiap tahun pada tahun 2026 ni insyaAllah bermula hari ni. Aku akan cuba menulis sekurang-kurangnya satu post di blog setiap hari. Aku sebenarnya dah lupa yang dulu aku jadikan blog ni sebagai terapi. Jadi mari kita mulakan balik. Azam Yang Tak Kesampaian Ada juga azam baru yang tak pernah kesampaian iaitu azam mengurangkan berat badan. Tahun lepas berat aku bukan makin turun malahan makin naik dari 69kg ke 80kg.. Terkejut beruk bila tengok penimbang. Ini masa proses pemasangan Jadinya aku kena kuatkan semangat. Hujung tahun aritu aku ada beli treadmill. Beli masa sale 11.11 kat shopee. Alhamdulillah dapat harga murah. Jadinya semangat la s...

Mencari Semangat Menulis Blog

Assalamualaikum semua, dan beberapa bulan ni aku cuba mencari kekuatan dan semangat untuk menulis blog semula. Selepas beberapa insiden terjadi, ku akui semangat menulis blog ni dah jatuh merundum. Tapi sedang cuba bina semangat semula dengan sokongan kawan-kawan. Blog : Di mana dan bagaimana bermula? Sejarah Blog Fenomena blog muncul pada awal tahun 1990-an. Pada mulanya, blog dianggap sebagai bentuk jurnal dalam talian di mana individu atau kumpulan boleh berkongsi pemikiran, pengalaman peribadi, atau catatan harian mereka di internet. Salah seorang pelopor dalam dunia blogging ialah Justin Hall, yang dianggap sebagai salah seorang blogger pertama. Beliau memulakan blognya pada tahun 1994 dan menulis tentang pengalaman peribadinya serta aktiviti di dunia maya. Namun, populariti dan pertumbuhan blog benar-benar meletup pada akhir tahun 1990-an dan awal tahun 2000-an. Pada masa ini, platform blogging seperti Open Diary (1998) dan LiveJournal (1999) menjadi terkenal dan menarik minat ba...

Bloglist Cerita Ita

Bloglist Cerita Ita Assalamualaikum semua, kat sini aku nak senaraikan semua bloglist blog yang aku rajin singgah dan yang rajin jugak balas kunjungan aku ke blog mereka. Antara sebab aku buat list ini ialah untuk hargai semua blog yang berada dalam bloglist ni. <script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js?client=ca-pub-3270816591643036"      crossorigin="anonymous"></script> Bloglist Cerita Ita : GSL Warriors Blogger Geng GSL Warriors atau Pejuang GSL ni banyak sangat membantu aku dari semua segi support moral aku di zaman kejatuhan. Terima kasih korang .. :) Aku sayang GSL Warriors Blogger 1. Shuhaida Kabdy https://www.shuhaidakabdy.com 2.  Suria Amanda https://www.suriaamanda.com 3. Azlinda Alin https://www.azlindaalin.com 4. Ana Suhana https://www.anasuhana.com 5. Mama Pipie https://www.mamapipie.com 6. Bonde Zaidalifah https://www.bondezaidalifah.com 7. Mimi Azirah https://www.mimiazirah.com 8. Anil Wanina https:...

Cara Semak dan Padam Broken Link

Cara Semak dan Padam Broken Link Dalam Blogspot Cara Semak dan Padam Broken Link Assalamualaikum semua, kalau ada yang perasan blog aku ni dah berubah wajah. Mungkin ada yang tak perasan sebab tengah sibuk aura AJL 37 kan.. Sebenarnya sejak bulan lepas aku dah mula ambik masa terluang untuk perbaiki prestasi blog Cerita Ita ni. Terutama bila tengok pageview agak sedih dan rupanya bila diselidik puncanya ialah 'broken link' yang terlampau banyak dalam blog ni. online brokenlink checker Bagi yang tak faham marilah aku terangkan dulu apa dia maksud broken link. Broken link ni ni ialah link atau pautan laman web yang tidak lagi wujud disebabkan pautan asal telah dipindahkan atau telah dihapuskan. Pautan tu wujud tapi tidak dapat diakses oleh pengguna lagi dah. Jadi bila ada broken link atau pautan yang tidak lagi wujud ni ianya akan menganggu prestasi blog untuk muncul dalam carian google. Cara yang terbaik adalah kena semak dan padam broken link atau hapuskan broken link yang ada ...

Hadiah istimewa buat blog Ceritaita

Hadiah istimewa buat blog Ceritaita Assalamualaikum semua,  bulan ni tetiba je aku rasa nak bagi hadiah istimewa buat blog Ceritaita.. mulanya terfikir apa kata kalau aku buat rupa baru kat blog ni kalau jumlah pengunjung dah cecah ke 3 juta pengunjung.. dan kat situlah muncul idea nak tukar template blog dan cari warna baru buat aura baru kan.. mana la tau..  template blog baru.. lebih bertenaga la kan..  salah satu sebab aku terasa juga jumlah pengunjung agak berkurangan.. mungkin sebab template blog yang aku guna tu ialah template blog yang agak dah lama.. yang tu aku tukar pada tahun 2015 atau 2017 kalau tak salah.. kiranya macam serentak dengan bersempena Ceritaita ada domain blog sendiri.. masa tu tak terfikir pun nak guna warna pink.. aku ambik memana template yang aku rasa cantik dan suka tengok je.. masa tu kira cantik sangatlah siap dengan gambar yang ada slide-slide bergerak.. bila lama sikit aku rasa macam dah tak sesuai dah dengan umur aku template blog sebe...

26 Mommy Blogger Malaysia Paling Best Untuk 2021

assalamualaikum semua, lama aku tak cerita pasal blog orang lain kat dalam blog ni.. sebabnya cerita diri sendiri pun selalunya tak habis tulis.. tapi semangat tahun ni lain macam sikit jadi aku nak cerita la jugak pasal 25 Mommy Blogger Malaysia Paling best untuk 2021 yang korang patut tau dan jengah blog diorang ni untuk baca dan follow ok.. marilah aku terus kenalkan satu persatu.. mommy blogger Malaysia.. 26 Mommy Blogger Malaysia Best Senarai 26 Mommy Blogger Malaysia Paling Best Untuk 2021 #1. Siti Awadah   Blogger Sis Awadah ini atau aku lebih suka panggil Sis Awa je.. antara orang yang aku kagum.. seorang ibu yang bekerja sebagai surirumah sepenuh masa yang mempunyai 6 orang anak.. mula berblog pada 2017.. kiranya dalam 4 tahun macam tu tapi antara yang aktif menjana pendapatan melalui Google Adsense.. hebat dia ni.. antara mommy blogger terkenal jugak ni.. Link blog :  http://www.sishawa.com/ #2. Ardini Humaira  Blogger ini antara yang paling lama aktif berblog.....

Pageview blog dah 3 juta dan pemenang GA

Assalamualaikum semua,  hari ni nak cerita pasal pageview blog dah 3 juta dan pemenang GA yang aku buat beberapa hari lepas.. tetiba dapat idea nak buat bila tengok pageview blog dah menghampiri angka 3 juta pengunjung.. nak ambik gambar sendiri bila pageview sampai ke angka menarik macam ni sangat la susah.. jadi dengan cara buat GA atau giveaway boleh la dapat tengok angka menarik ni di blog sendiri..  Pageview blog dah 3 juta - gambar ihsan dari Blog Me Searching For Soul Syukur rasanya sebab dari awal berblog mula tahun 2008 dulu tak sangka juga blog ni akan panjang umur,  ada domain sendiri dan boleh menjana pendapatan sampingan.. dari awal dulu sebab minat menulis apa saja dalam kehidupan.. kiranya macam diari la.. dulu suka tulis atas kertas sekarang ni pindah ke blog pulak.. semoga berkekalan selagi nyawa dikandung badan.. insyaAllah..    pasal GA Ceritaita nak bagi hadiah pulak ingatkan lama sikit baru dapat pemenang.. rupanya hari ni upload pasal post...

Wujud lagi rupanya Nuffnang

assalamualaikum semua, tadi aku luangkan masa baiki dan buang semua brokenlink yang ada kat dalam blog Ceritaita ni, alhamdulillah dari 300++ brokenlink aku berjaya buang sehingga hanya tinggal dalam 45 link je lagi.. tu yang pulun jugak buat bila ada masa.. selama ni sebenarnya tak berapa ambik tau pasal brokenlink dan apa kesan dia pada blog tapi bila dah join group Biters ni banyak la yang aku belajar.. alhamdulillah.. antara kawan-kawan yang tak kedekut ilmu..  Wujud lagi rupanya Nuffnang bila dah buat kerja-kerja membersihkan blog tadi ternampaklah sekali ada iklan Nuffnang, Nuffnang kalau sesiapa yang kenal dulu adalah antara penyumbang pendapatan terbesar untuk blogger.. aku ada la jugak beberapa kali buat cash out dengan Nuffnang.. tapi entah kenapa pendapatan Nuffnang macam terhenti sejak tahun 2018.. masa tu macam dia lebih fokus dengan blogger-blogger popular saja rasanya.. jadi blogger yang sendu-sendu macam aku ni memang agak menjauh la..  tapi tetiba tadi terfiki...

Kenapa aku hilang?

Assalamualaikum semua,  lama sangat rasanya aku tak coretkan kisah hidup dalam blog ni.. sejujurnya aku mula rindu saat berblog yang cuma berkisar pasal hidup sehari-hari bersama keluarga tercinta.. rindu zaman mengetahui kisah kawan-kawan yang pernah seperjuangan sama ada di sekolah.. di universiti dan di tempat kerja lama yang satu masa dulu pernah jadi persinggahan.. rindu jugak membaca blog rakan-rakan yang minat menulis yang sentiasa membekalkan kata-kata semangat untuk insan lain..  Kenapa aku hilang? ~gambar ihsan google~ dulunya ramai yang menulis untuk berkongsi kisah.. terutama di zaman internetnya belum begitu maju.. masa tu boleh kira dengan jari siapa aje yang ada telefon pintar.. belum lagi disebut facebook pada waktu tu.. blog bagaikan media penghubung yang digemari semua.. tapi lama ke lamaan bila wujudnya media lain yang makin canggih.. blog semakin maju fungsinya.. bukan saja media penghubung tapi juga menjana pendapatan yang berlipat kali gand...