Salam Tahun Baru 2026! Assalamualaikum semua, selamat tahun baru 2026 buat semua. Semoga kehadiran tahun baru ni membawa kebaikan untuk semua orang. Amin. Doakan buatku juga ya. 2025 adalah tahun yang sangat berat untuk kami. Nanti jika diberikan kekuatan aku akan cuba menulis. Azam Baru Berulang Aku pulak nak balikkan semula azam baru yang muncul setiap tahun pada tahun 2026 ni insyaAllah bermula hari ni. Aku akan cuba menulis sekurang-kurangnya satu post di blog setiap hari. Aku sebenarnya dah lupa yang dulu aku jadikan blog ni sebagai terapi. Jadi mari kita mulakan balik. Azam Yang Tak Kesampaian Ada juga azam baru yang tak pernah kesampaian iaitu azam mengurangkan berat badan. Tahun lepas berat aku bukan makin turun malahan makin naik dari 69kg ke 80kg.. Terkejut beruk bila tengok penimbang. Ini masa proses pemasangan Jadinya aku kena kuatkan semangat. Hujung tahun aritu aku ada beli treadmill. Beli masa sale 11.11 kat shopee. Alhamdulillah dapat harga murah. Jadinya semangat la s...
Blogger Malaysia : Blog untuk berkongsi kisah parenting tips, kerjaya veterinar, lifestyle, anak-anak, review, resepi dan kisah travel.