Cerita Ita: travel                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel travel

The Beautiful of Hatyai, Nearest City to The Border of Malaysia

This City is Known as the Nearest City to the Border of Malaysia and is Popular for its Tourist Attractions, Making it a Great Destination for Getaways Hatyai, located in Songkhla province in Southern Thailand, is the nearest city to the Malaysian border. It can be reached by land in approximately 4 hours from Penang without going through immigration. The name Hatyai comes from "ma hat yai," which refers to the ma hat tree discovered by Thai people in this area. This city offers a range of tourist attractions, including beaches, bird parks, and other destinations that attract visitors to prolong their stay. If you are planning to visit Hatyai, this article recommends tourist attractions and Hat Yai hotel for your stay. Tourist Attractions in Hat Yai Central Are you curious about the tourist areas in this place? Well, without wasting any more time, let's explore the following results: 1. Wa Hat Yai Nai Visiting Wa Hat Yai Nai in Thailand is an opportunity to see a unique ...

Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing

Assalamualaikum semua, dulu aku pernah cerita pasal kedai jual keropok lekor sedap di Mersing dalam blog aku ni. Masa tu aku perkenalkan satu kedai keropok kat Mersing la. Bukan kedai keropok lekor popular dan viral di Mersing pun masa tu. Tapi aku cerita sebab dia jual keropok sedap. Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing - gambar ni kredit google ya Kali ni aku nak cerita pasal kedai keropok sedap yang lain pulak. Lokasinya masih lagi di Mersing. Tak berubah ke daerah lain lagi la. Setakat ni kalau dalam Johor ni keropok area Mersing la yang menjadi pilihan kami sekeluarga. Pada kami, keropok daerah lain di Johor ni bukanlah tak sedap, cuma tak menepati selera je. Gambar lama dia, masa ni takde lagi papan tanda kuning kedai dia Ni gambar baru, adik aku ambik dari dalam kereta Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Eh yang aku cerita ni pasal keropok lekor sedap tau. Bukan keropok keping. Karang ada yang salah faham pulak. Kadang-kadang ada ker...

Ada Putu Halba di Kuantan

 Ada Putu Halba di Kuantan Ada Putu Halba di Kuantan Assalamualaikum semua,  aku janji nak buat entri blog pasal jelajah rumah peranginan persekutuan tu kan.. nampaknya line agak mengecewakan. Dan aku terpaksa upload entri putu halba di Kuantan ni dulu.  Nantilah aku edit dulu gambar yang berkaitan entri jelajah tu. Besar benar gambarnya. Nak upload bila line slow ni pun payah benar rasanya. Ada Putu Halba di Kuantan Aku nak cerita yang baru ni kami sempat la balik ke Kuantan jugak. Sempat jengah rumah kami sekejap, walaupun cuma Shah dan Abg Chik je sempat masuk. Aku sampai paras pagar je haha. Jadiklah.  Kami bertolak dah agak lewat jadi nak kejarkan orang nak masuk rumah tu lepas tu memang tak sempat la. Jadi Shah mohon kebenaran masuk kejap ganti lampu dan baiki salur paip sinki yang tersumbat. Sekejap je la.  Esoknya tu kami bawak mak mentua pergi cari barang-barang dapur sekejap jugak. Singgah di Jaya Gading nak beli sata terjumpalah orang jual putu halba ...

Siri Jelajah Rumah Peranginan Persekutuan

Siri Jelajah Rumah Peranginan Persekutuan Siri Jelajah Rumah Peranginan Persekutuan Assalamualaikum semua, wah dia punya tajuk siri jelajah rumah peranginan persekutuan tu macam tajuk gempak je kan. Dah rupa siri jejak rasul pulak dah. Al maklum, bulan puasa dah menghampiri memang aura dia tu terasa-rasa jugaklah. Kekeke.. Yang siri aku nak buat ni bukanlah siri dapat tajaan macam siri jejak rasul tu haa.. dapat hadiah pun jauh sekali la.. yang aku nak tulis ni ialah pengalaman kami sepanjang bercuti dalam bulan 12 tahun lepas. Aku belum sempat nak tulis lagi. Cuma sempat tunjuk gambar dekat Instagram dan Facebook je.  Eh sesiapa yang belum follow media sosial aku ada kat bawah sekali tu ya. Boleh tekan dan follow. Cuma Tiktok je aku tak reti lagi nak letak link. Banyak benar media sosial yang nak dibuatnya. Sudahnya semua ke laut dalam tinggal blog je yang masih bernyawa. Tapi Azam tahun ni memang aku nak kekal aktif dalam semua media. Moga dipermudahkan Allah la nanti. Tapi kalau...

Luangkan masa bersama anak-anak di Pantai Kempadang

Luangkan masa bersama anak-anak di Pantai Kempadang Luangkan masa bersama anak-anak di Pantai Kempadang Assalamualaikum semua, hujung minggu baru ni kami dapat berita mak shah tak berapa sihat. Jadi kami buat keputusan bali ke Pahang sekejap. Kami gerak pagi Jumaat dari Kluang. Sampai ke kampung selepas Jumaat. Sempatlah singgah ke Kampung Paloh Hinai untuk rombangan lelaki menunaikan solat Jumaat. abg ngah buat misi cari kepah juga ni budak yang paling aktif,  berani betul dia Keesokkan harinya kebetulan pulak ada orang keluar dari homestay kami dan akan ada yang baru nak masuk, jadi kami kemaskan homestay dulu pagi tu. Siap berkemas semua, kami jalan-jalan ke Pantai Kempadang pulak. Sebelum tu sempatlah menyinggah beli makanan tengahari di Restoran Mabiq. Waktu kami sampai tu dah lebih pukul 2 petang jadinya lauk-lauk banyak yang dah habis. Sebabkan niat kami memang nak makan ikan patin tempoyak, kami jenguk jugak apa yang ada. Malangnya waktu kami sampai tu nasi pulak dah habis....

Pengalaman pertama makan Tongmo.. Sedap ke?

Pengalaman pertama makan Tongmo.. Sedap ke Tongmo?  Assalamualaikum semua, baru ni lepas kami berjalan-jalan kat Pantai Minyak Beku aritu kami teruskan perjalanan menyusuri jalan pantai terus menghala ke Muar.. saja la nak tengok apa yang ada di sepanjang jalan.. antaranya sebab kami dah termakan makanan yang tak berapa best.. jadi kami berhajat la nak cari makanan sedap yang lain.. Pengalaman pertama makan Tongmo.. Sedap ke?   Sambil berjalan tak berapa laju tu kami sambil la baca nama-nama parit yang ada di sepanjang jalan.. uniknya Johor ni kebanyakan kawasan akan guna nama parit.. maka banyaklah parit di Johor ni sebenarnya.. sampai la ke satu parit ni.. Kampung Parit Pecah tak jauh dari Parit Jawa.. lepas tu tetiba shah nampak ada ada satu gerai jual makanan.. terus dia tanya.. "eh bukan tu makanan yang selama ni sayang nak makan ke?" dia nampak bergayut macam gambar kat bawah ni la.. Gerai jualan Tong Mo di Muar Aku pun tanya balik.. "makanan apa bang?" .. te...

Berkelah di Pantai Minyak Beku

Berkelah di Pantai Minyak Beku Assalamualaikum semua, sebelum ni aku ada cerita pasal jalan-jalan di Pantai Minyak Beku di Batu Pahat kan? haa.. kali ni entri sambungan.. sebabnya hari tu macam dah serabut pulak nak tulis pasal berkelah di Pantai Minyak Beku ni bila tengok gambar terlampau banyak dalam satu entri tu.. jadinya aku cuma masukkan cerita sejarah Minyak Beku je la kat sana dan gambar pantainya yang cantik tu je.. Berkelah di Pantai Minyak Beku kat entri lama tu ada jugak aku cerita kisah ada kedai makan dan gerai-gerai menjual makanan kan? aku ada jugak sebut yang ada food truck kat area situ.. elok je ada tapak jualan yang disediakan.. rata-rata peniaga kat situ akan meniaga setiap hari katanya.. ni hasil dari aku bertanya dengan salah seorang peniaga kat situ la ni.. biasalah mulut terlebih ramah sikit.. Food truck di Pantai Minyak Beku kalau hari cuti umum biasanya akan lebih ramai kunjungan orang lebih dari hari biasa.. biasanya waktu ni peniaga pun akan lebih ramai la...

Jalan-jalan ke Pantai Minyak Beku

Jalan-jalan ke Pantai Minyak Beku Assalamualaikum semua, cuti umum bulan lepas kami habiskan masa bersama keluarga untuk jalan-jalan ke Pantai Minyak Beku di Batu Pahat.. ini adalah pengalaman yang bagus buat kami sekeluarga terutamanya aku sendiri mengenali Johor sebagai negeri kelahiranku..  Jalan-jalan ke Pantai Minyak Beku Sejak kecik lagi aku adalah seorang yang bercita-cita tinggi.. selalu memberontak sebab tak dapat buat apa yang aku nak buat sebab kekangan jantina.. dulu kan macam tu.. kau perempuan.. kau bukan lelaki jadi kau tak boleh buat itu.. kau tak boleh buat ini sebab kau perempuan..  tapi aku tak pernah menyalahkan orang tua dalam hal ni.. diorang pun tersepit dengan keadaan walhal pemikiran diorang bukan sesempit itu.  buktinya aku orang pertama dalam keluarga yang dilepaskan untuk belajar hidup sendiri sejak dari umur 13 tahun lagi.. aku sangat hargai kepercayaan mak abah pada aku selama ni..  cuma keluarga aku susah.. ada aku ceritakan dalam kisah...

Apa yang menarik di Tanjung Emas Muar?

Apa yang menarik di Tanjung Emas Muar? Assalamualaikum semua, hari tu sebelum aku a mbik vaksin booster untuk Covid19 di PPV secara walk in aku ada buat trip perjalanan ringkas tanpa dirancang dengan keluarga dan anak-anak ke Tanjung Emas, Muar, Johor.. masa tu cuma terfikir nak melawat daerah tempat aku belajar satu masa dulu.. tempat yang sangat dekat di hati.. masa tu pun dah terfikir apa yang menarik di Tanjung Emas Muar sekarang ni..  Apa yang menarik di Tanjung Emas Muar? Siapa sangka  rupanya Tanjung Emas Muar dah jadi salah satu tempat menarik di Johor.. bila  kami sampai je kat sini rasa macam lain macam suasananya.. kami sampai dah malam dah pun.. jadi meriahnya lain macam.. teruja dengan lampu yang berwarna-warni yang menghiasi sekitar Tanjung Emas, Muar sewaktu kami tiba.. memang sangat mempersonakan.. bukan aku seorang je teruja.. anak-anak pun sama.. sibuk suruh ambik gambar di serata tempat.. yang lebih seronok pasal tempat ni ianya adalah taman awam percu...