Cerita Ita: tahun baru                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tahun baru

Selamat Tahun Baru 2025

Tahun Baru, Aura Baru, Azam Baru Assalamualaikum semua, semoga semua pembaca blog Ceritaita sentiasa dalam rahmat Allah.. Tahun baru biasanya kita mulakan dengan aura baru kan? Kita juga mulakan dengan Azam baru. Jadi aku tulislah balik azam aku setiap tahun yang dibuat tahun lepas msih tak berjaya aku tunaikan tu. Kenalah senaraikan balik kan.. Azam Tahun 2025 1. Menulis Blog Dengan Kerap Kalau tahun lepas aku punya azam nak tulis blog setiap hari. Tahun 2025 ni aku sedar diri dan kemampuan aku makanya aku ubah sikit la nak tulis blog dengan kerap lagi berbanding tahun-tahun sebelumnya. Moga ada kekuatan. 2. Teruskan Azam Nak Kurus Kali ni aku betul-betul serius nak kurangkan berat badan. Kalau boleh dapat kurang 1 saiz baju pun dah ok sangat dah. Sekarang ni aku masih pakai baju 2xl lagi ni. Demi kesihatan diri yang lebih baik aku tanamkan azam yang ni. 3. Teruskan Senaman Kalau dulu aku cuma mampu buat lompat tali skipping je setakat paling tinggi 80 kali sebab semput. Kali ni aku t...

Selamat Tahun Baru 2019!

assalamualaikum semua,  dah masuk tahun 2019 dah pun.. 2018 dah selamat berlalu pergi.. meninggalkan seribu satu kenangan buat kami sekeluarga.. termasuk perubahan paling besar yang kami buat iaitu berpindah ke Kuala Lumpur.. namun Kuantan akan selalu di hati kami..  Selamat Tahun Baru 2019! banyak sangat kenangan manis kami sepanjang tahun 2018 yang lalu.. antara yang akan kami kenang ialah kejayaan Abg Long mendapat 8A dalam UPKK.. tak sempat lagi aku nak tulis pasal kejayaan tu dalam blog ni.. insyaAllah satu hari akan aku tulis jugak.. sekadar buat penghargaan buat si anak..  bagi mereka yang kenal aku selama ni tentu tau sangat yang aku tak pernah pun kongsikan apa jua keputusan peperiksaan anak-anak.. biar baik atau pun tidak.. bimbang sangat akan ada yang mengata kami menunjuk-nunjuk.. tapi kejayaan anak yang satu ni aku kongsikan akhirnya.. bukan kerana nak menunjuk..  jauh sekali.. cuma aku sangat berbesar hati dan bersyukur Allah kurniak...

Selamat Hari Lahir yang ke 39 Ita!

assalamualaikum semua, hari istimewa muncul lagi hari ni.. setiap kali awal tahun pasti ianya muncul lagi.. apa lagi kalau bukan hari lahir aku yang jatuh pada setiap 3 Januari setiap tahun bermula tahun 1979 lagi..  dan tahun ni genap 39 tahun dah rupanya.. makin tua pulak rasanya..  setahun lagi akan mencecah usia 40an..  Selamat Hari Lahir yang ke 39 Ita!  kalau lelaki orang akan cakap waktu inilah makin menjadi tapi aku rasa kalau untuk perempuan lebih sesuai makin berisi kot..  bukan isi lain pun sebenarnya, tapi lebih kepada tambah isi badan yang banyak.. hehehe.. ada sesiapa nak bantah?  tapi aku sebenarnya nak rakamkan penghargaan buat semuanya terutama insan tersayang iaitu keluarga dan rakan-rakan.. terutama abg long yang dah ucapkan sehari awal lagi macam biasa pasal dia selalu ingat harijadi ummi dia jatuh pada 2 Januari.. hihi.. lucu kan?  apa pun terima kasih ye nak.. ummi hargai sangat-sangat..  untuk tahun ni t...

masih seperti dulu..

assalamualaikum semua, hanya untuk hiburan pagi ni baik di facebook atau di blog...semuanya sibuk bercerita pasal anak naik sekolah atau hari pertama bersekolah bagi anak-anak... bermacam cerita...banyaknya cerita suka... masing-masing bergambar dengan baju seragam sekolah yang baru berserta beg baru dan kasut baru.... tak kurang jugak yang tunjuk gambar ibu bapa sedang berbaris untuk daftarkan anak mereka... yang paling sibuk di awal persekolahan tentunya guru-guru yang lebih mersa dipanggil cikgu di malaysia ni...mana nak susun murid dan pelajar lagi....mana nak susun ibu bapa yang sama sibuk pulak lagi....memang meriah sungguh kan...? aku tak merasa kemeriahan tu pada tahun ni sebab abg long masih di sekolah lama.. tahun depan in Shaa Allah abg long akan naik tahun 1...  tak terbayang macamana anak kurus dan manja ummi ni nak pergi sekolah tahun depan.... pagi tadi kami menghantar abg long sekolah dalam hujan...kalau hujan biasanya air akan naik di pintu masuk ...

Azam tahun baru

assalamualaikum semua, setiap kali tahun baru masihi menjelma semua orang sibuk bercerita pasal azam tahun baru mereka.... topik di Tv  tadi pagi sangat bagus... setelah ditanya semua orang pelbagai bangsa tentang azam baru masing-masing kemudian dikupas satu persatu pula pasal azam tahun baru dan cara menyambutnya dalam islam...........tersusun hujah ustaz pagi tadi.... sekali lagi maaf tak dapat aku nak nyatakan nama ustaz ni...terlepas pandang dalam sibuk menyiapkan persiapan anak-anak ke taska... minta halalkan ilmu ustaz ye.... ada tiga penyataan ustaz yang amat menyentuh jiwa... pertama: "dalam merayakan apa jua perayaan jangan kita sampai lupa mengerjakan solat...ini akan menjadikan sesuatu itu melanggar syarak" kedua: "selagi belum dihisab...selagi itu belum terlambat untuk insaf" ketiga: "jangan hanya menunggu tahun baru untuk berubah kerana kita tak pernah tau bila ajal kita akan tiba" p/s sampaikanlah walau sebaris ayat..... ...