Cerita Ita: adik husna                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel adik husna

Selamat Hari Lahir ke 3 buat Puteriku

assalamualaikum semua, pada hari yang sama 3 tahun dulu aku melahirkan seorang cahayamata yang sangat tak disangka-sangka kehadirannya... Tanggal 11.12.11 menjadi sejarah.. ceewah... DI SINI ada ceritanya.. kemudian dari tu disusuli dengan kisah-kisah di hospital yang sangat mengerikan seperti KISAH HOSPITAL 1 , KISAH HOSPITAL 2 , KISAH HOSPITAL 3 , KISAH HOSPITAL 4 , KISAH HOSPITAL 5 , DAN KISAH HOSPITAL 6 .... aku berdoa semoga janganlah kejadian macam tu berulang lagi dalam keluarga kami..aku tak cukup kuat... hari ini Nur Syafiah Husna atau yang kami pernah panggil adik nur dan adik husna dan sekarang dah bergelar Kakak Husna dah genap 3 tahun..alhamdulillah... semoga satu-satunya puteri permata hati ummi dan ayah ni akan terus sihat dan membesar menjadi anak yang solehah...amin.. gambar kredit to cikgu taska.. tq kak da.. hasil kreativiti kakak :) cek mek dengan gelang serabut kat tangan.. p/s ummi lupa nak buat kek kakak..malam ni ye nak..esok ...

syukur...

assalamualaikum semua, diberi dugaan dan ujian bermakna Allah sayang... atau ingatan untuk aku semakin jauh dariNya? hmmm... alhamdulillah shah dah keluar hospital hari sabtu lepas... syukur sangat-sangat... husna pun dah berenti muntah-muntah... tapi jadi cirit pulak dia... kesan ubat kot kan? aku pun silap terbagi dia susu hari tu.. ingat dia dah ok tak muntah so boleh bagi susu... sudahnya jam 1 pagi aku mengelap tilam yang berlambak dengan najis cair husna ala kadar dan tutup dengan kain batik je bagi area untuk husna tidur semula... alhamdulillah tilam getah.. mujur senang jugak nak cuci.....pagi-pagi sabtu tu aku gigih mengangkat tilam ke luar dengan keadaan diriku saat ini... apa nak buat... shah dah pesan tak payah buat..tunggu dia balik... tapi aku lagi kesian kalau dia balik pun belum tentu dia sihat untuk angkat barang-barang berat.... alhamdulillah takde apa yang dikuatiri terjadi pun... syukur lagi... Allah memeliharamu nak... aku terbaca report MRI shah... sedih...

ujian lagi..

assalamualaikum semua, hari ni dah masuk 5 hari aku bercuti... dan masuk 6 hari shah ditahan di KMC... dan aku diuji lagi kelmarin, husna muntah tak berhenti... ni dah masuk 3 hari...hari ni nampak dah ok...cuma aku masih tak bagi susu lagi...risau takut dia muntah lagi bila bagi susu...semalam pun bila abg long minum air milo dia sibuk nak mintak sikit..sudahnya menyembur ke lantai semuanya...letihnya badan...jangan cakap la... ini pun husna tengah baring atas perut...betul-betul nak perhatian ummi dia..lembik je dia dua tiga hari ni...ikut ummi gi hantar abg long dan abg ngah pun dia boleh tertidur kat sebelah...kesian adik... aku tengah berusaha nak bagi dia makan ni...buat bubur nasi semalam sekejap je selera pastu malam dah tak nak...mujur dia nak makan madu dan gula-gula..ada sikit tenaga..tapi air masak memang dia nak..syukur... dan semalam aku tak jenguk shah satu hari...sebab tak larat dah layan orang sakit kat rumah ni pulak.. semoga abg dan adik husna cepat sihat ye....

Akhirnya adik Husna potong kek!

assalamualaikum semua, curi masa dengan anak-anak untuk update blog.. sebenarnya nak cerita pasal kisah semalam.. semalam pagi aku berebut tunaikan janji pada diri sendiri nak buatkan kek yang besar sikit lepas kek yang buat sebelum ni... (sila selak post sebelum ni) tak berapa molek dan terlalu comel.. maka dengan gigihnya bangun awal pagi untuk buat kek adik...(dan abg-abg dia) dan akhirnya terjadilah kek berikut ni.... kek coklat kukus harilahir husna  kek coklat kukus harilahir husna  dan aku ada jugak buat kek yang comel-comel saiznya macam kat bawah ni... kek coklat kukus comel  konon yang comel panjang tu untuk makanan orang kat rumah tapi rasa tak sampai hati la pulak takut kat taska tak cukup je nanti.. sudahnya aku suruh je anak-anak bawak semuanya... maaf ye bang.. untuk kat rumah ita buat yang lain pulak ye bang.. dan aku siap pesan pulak kat cikgu dia... karang masa husna nak potong kek..mintak cikgu dia tolong ambikkan gambar ...

Untuk tersayang yang merajuk...

assalamualaikum semua, salam pagi isnin... semoga semuanya dalam lindungan Allah.. pagi ni aku terjaga agak awal... agak terganggu jugak dengan kisah kawan sama-sama hadiri kursus ni yang "diganggu" semasa tidur kelmarin... sudahnya kawan tu tak ikut trip kami ke lenggong... ok kita lupakan je la kisah tu sebab aku masih ada lagi 5 hari di sini sehingga Jumaat sebelum berpindah ke destinasi baru... aku cuma nak tunjuk dengan korang semua... apa yang aku beli untuk si adik husna yang merajuk dengan ummi dia ni... husna dan taknak cakap dengan aku dan jugak taknak tengok muka aku bila aku buat videocall.... ummi sedih nak... hukhukhuk.... anak patung ummi dah terbayang adik husna kepit ke hulu ke hilir ;D semoga dapat mengubat si kecik yang merajuk ni... jangan cebik-cebik lagi ye nak... adik husna untuk abg long dan abg ngah...nanti ummi belikan yang lain ye nak.. takkan nak beli anak patung jugak... hehe... p/s kelas bersambung di VRI lagi h...

Final Piala Malaysia 2013.. Pahang menang wei!

assalamualaikum semua, selesai sudah perlawanan akhir bagi Piala Malaysia 2013 yang berlangsung dalam hujan lebat malam tadi.. alhamdulillah..berbaloi pahang dapat cuti sebab menang..aku tumpang gembira sebab tinggal serumah dengan 4 orang pahang yang icnya 06.. cuma aku je yang 01.. huhu.. tahniah pada yang berjaya menjadi juara dan yang kalah harap terima kekalahan dengan hati terbuka..dan berhati-hati bagi yang memandu balik ke rumah..jangan sebab terlalu suka atau marah terjadi kejadian yang tak diingini.. apa pun semua plan kek tak jadi hari ni sebab husna demam dan pagi tadi ada majlis konvo abg long...akan kucuba usahakan besok jugak..inshaaAllah..berusaha ita! p/s hadiah kemenangan besar bagi pasukan pahang dari husna bila dia muntah berlambak lepas abis game tadi..sekian..

Sambal Hitam dan Adik Husna

assalamualaikum semua, semalam aku pegi ke PWTC, Kuala Lumpur... ada program Lab Asia 2013... alhamdulillah banyak perkara bermanfaat yang dapat dari sana... dan dapat juga berkenalan dengan pembekal yang boleh beri keperluan yang kami perlukan selama ini... alhamdulillah... urusan kami dipermudahkan.. hari yang sama aku bangun seawal jam 4 pagi menyiapkan tempahan biskut dari jiran....dan dari Kuantan kami gerak jam 7 pagi berhenti sarapan nasi ulam di gambang  dan masa makan tu terpandang la sambal hitam pahang.. terus sambar satu yang besar sekali... masa beli tu memang teringat kat shah je la dia suka makan... tapi rasanya agak pedas dan kering... ikan bilis pun tak ditumbuk.. bercerai-cerai dan berketul-ketul... sayang pedas dan masam dah ok..cuma rupa tu agak kurang menarik... dan akhirnya kami tiba di PWTC jam 10.30 pagi... pusing-pusing cari parking je dah hampir setengah jam akhirnya kami dapat juga menapak ke dewan yang cantik tu... kami abiskan masa 3 jam lebih b...

Rezeki dari Kedah..

assalamualaikum semua, diharap semua sihat hari ni ye.... kami sekeluarga alhamdulillah sihat semuanya... cuma adik husna ada sikit selsema tapi alhamdulillah masih tidur dengan lena... hujung minggu baru ni berakhir dengan suasana cukup ceria untuk kami semua.... malam tadi kami sempat singgah di Fun Fair untuk hiburan anak-anak... jadi la anak-anak merasa naik permainan yang ada di situ walaupun sekejap cuma... kami peruntukkan tak lebih RM20 untuk anak-anak...syukur anak-anak ceria...kecuali adik husna yang akhirnya mengamuk sebab tak puas main... kami abaikan je la... masuk kereta dan biar je dia menangis dan berhenti sendiri... tak mau ajar bila dia nangis kami layankan... biar dia tau masa yang betul untuk main dan berhenti... (tentunya berhenti bila kami dah abis duit peruntukkan..hehe...) meh tengok gambar anak-anak yang seronok... rupa macam nak tertidur pun ada princess ni...  permainan yang ketiga diorang ni naik..   petang ni aku dikejutkan ...

Drama pagi ini..

assalamualaikum semua, selamat pagi... ceria semua hari ni? al maklum dah sampai Jumaat tentu ramai yang ceria sebab esok dah bercuti... bagi yang masih bekerja esok takpe jangan sedih ok.. teruskan ceria juga... pagi ni walaupun ada drama menangis pepagi hari.....aku tetap rasa ceria nak pegi kerja... sebabnya pagi ni ada majlis sambutan hari raya di pejabat kami... menu simple je.. potluck.. jadi ikut la nak bawak apa pun... aku dah cerita semalam kan...aku punya aku buat roti jala.. tapi versi segitiga gak... aku try buat yang gulung tu tapi tetap fail.. jadi... buat yang senang je la.. segitiga... disajikan dengan kari ayam.... buat suami tersayang... terima kasih bang kerana menguruskan semuanya di saat isterimu menjala... sayang abang sangat-sangat... eh terjiwang la pulak... hehe... ok layan gambo ye... roti jala - ada yang mintak resepi.. hold dulu ye.. nanti aku tuliskan... kari ayam  pepagi ni ada drama dilakonkan oleh abg ngah sebagai watak utama...

Hari yang sibuk bermula

assalamualaikum semua, sampai dah hari yang ditunggu-tunggu...tak sabar nak mulakan operasi memasak... alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik untuk menyumbang sedikit kepada orang yang berpuasa... kalau tak ada aral melintang akan ada 5 keluarga kecil dan besar termasuk kami yang ikut sama..meriah la rumah ni nanti..berbunga rasa hati.. yang dijemput sebenarnya bukan orang lain tapi adik-beradik shah je pun..ditambah dengan seorang sepupu shah.. dalam adik beradik shah semua adalah perempuan dan shah adalah satu-satunya anak lelaki...ini bermakna aku sorang la menantu perempuan..dan selalunya jadi menantu hantu..hehehe... sebabnya kalau ada apa-apa majlis dibuat dia rumah mertua aku jadi tukang tengok je selalunya..tak pun balik baik tukang potong bawang..adik beradik dia semua menuras mak mertua aku yang pandai memasak...naik segan aku..pulak tu adik beradik aku ramai lelaki jadi kami macam tak biasa memasak ramai-ramai kat dapur (walaupun selalunya semua sibuk pun)... dan...

Bila anak dara dah boleh diharap

assalamualaikum semua,salam jumaat semua... masih bersiaran dari kampung hari ni....tenang je duduk kat kampung ni.. best kan kalau anak dara dah boleh diharap macam ni..lagi rasa sejuk je hati... ;) p/s baju raya anak2 dah cari...ummi ayah punya tunggu dulu la ye..

Perkembangan anak-anak

assalamualaikum semua, pagi ni lepas hantar abg long ke sekolah kami pusing ke klinik desa kg. kempadang.. sebabnya pagi ni kena hantar adik husna untuk imunisasi terakhir dia dan abg ngah juga untuk timbang berat dia... kami sampai kat klinik jam 8.15 pagi...mujur orang tak ramai...cuma ada orang check up untuk ibu mengandung je..untuk bayi cuma ada sorang tak termasuk kami.. memula aku hantar abg ngah untuk timbang tapi memang dengan susah payahnya baru aku dapat pujuk dia naik penimbang... lepas timbang abg ngah bawak dia semula kat area bayi dan kanak-kanak..masa ni shah dah siap tolong timbangkan adik husna dan tengah ukur tinggi dia pulak... selesai semuanya...prosedur last sekali baru la cucuk adik...alhamdulillah adik tenang je dan tak menangis..lega... tapi siap la..masuk je kereta..pusing kat ummi terus... "te....tek..."... hahaha..sabor je la.. sampai je pintu pagar taska adik husna dah lelap dah.. tapi yang buat real drama tadi bukannya adik tapi abg nga...

sambutan hari lahir abg long dan abg ngah

assalamualaikum semua, hari ni hati aku amat tenang... tak tau kenapa tapi takde lagi rasa berdebar dan sesak nafas tu... cuma ada batuk-batuk kecil je... alhamdulillah... dan masih tenang walaupun masuk je opis hari ni dah dihidangkan dengan 21 kes... Allahuakhbar... semoga Allah kuatkan hatiku melalui hari-hari mendatang ni...amin.. tapi aku tetap nak cerita jugak sambutan hari lahir yang aku buat simple je untuk anak-anak... hari lahir abg long jatuh pada 17 April yang lepas...dah genap 6 tahun pun anak bujang tu... dan abg ngah pulak semalam 21 Mei... jadi aku gabungkan je sekali... senang dan tentu kalau buat asing-asing ada yang bertanya pulak kang... nasib baik adik husna lahir bulan Disember..kalau tak harus aku sekalikan jugak agaknya... hehe... itu pun dah ada yang bertanya... nape muka adik una takde kat gambar ni?...alahai anak... aku buat kek pada 7 Mei lepas... cadang nak sambut di taman mana-mana di Kuantan ni dan konon nak buat stail outdoor celebration la ni....