Cerita Ita: kelahiran                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kelahiran

Dah 54 hari

assalamualaikum semua, pagi ni bersiaran dari kampung nan indah permai.. lama dah tak menulis..ini pun sambil meriba si kecik comel dalam cuaca pagi yang sejuk-sejuk ni..terima kasih pada yang sudi singgah dan baca serta tinggal komen walau tuan blog lama dah tak berkesempatan nak menulis.. alhamdulillah..hari ni kami dah genap 54 hari selepas tarikh bersalin aritu...aku masih lagi merangka draf untuk kisah kelahiran adik hadi..maaf ye bagi yang tertunggu-tunggu...ceeeh...ada ke? hehe... adik hadi makin sihat dan bulat sikit dari lahir aritu...dan dah 2 hari aku letak gambar muka adik di facebook..kalau sebelum ni tak letak konon-konon la eksklusif konon...haha..sila jangan meluat ok.. dan di entry ini juga akan diletakkan gambar bagi sesiapa yang belum tengok Ahmad Hadi Haris di facebook lagi tu.. selamat berkenalan buat semua dr adik Hadi.. p/s cuti2 jugak...tapi ada keja yang kena jugak submit sblm 30 hb..hmmm...

Kelahiran yang dinanti...

assalamualaikum semua, bersiaran dari HTAA hari ni...syukur ditemani line digi yang terbaik...oh lupa nak cite aku dah tukar line telefon lepas bosan dengan servis maxis dan celcom yang makin hari makin teruk..pasal yang tu aku cerita kemudian ok.. kali ni nak bercerita pasal kelahiran seorang lagi permata hati kami pada 3 September 2014 tepat jam 1.28 petang... apa yang berlaku memang kuasa Allah..kita manusia memang hanya merancang je kan.. anak lelaki kami ini selamat dilahirkan pada usia 38 minggu dan dilahirkan secara normal dengan berat 2.44kg... cerita lanjut nanti akan aku ceritakan lagi..memang menakjubkan..pada aku la... terima kasih pada semua yang sudi mendoakan.. p/s sekarang ni adik masih lagi perlu dipantau keadaan gula dalam darah untuk lagi sehari lagi..semoga semuanya ok..

Salam Takziah buat blogger Pinky Momma

salam sejahtera semua, entry khas salam takziah buat blogger Pinky Momma di atas pemergian bonda tercinta...perkabaran ini dari Aku Bukan Bidadari. Al Fatihah... gambar dari SUMBER semoga Allah mencucuri rahmat atas rohnya dan permudahkan semua urusanmu sekeluarga...amin p/s bermacam berita sepanjang minggu ni... kelahiran... kehilangan.... dari Allah kita datang dan kepadaNya jua la kita kembali....

Saat kelahiran putri kami...cerita basi...

salam semua, disebabkan aku tak sempat nak cerita pasal kelahiran buah hati kami yang terbaru... aci tak kalau aku cerita selepas 5 bulan kemudian?.... aci kan? aku cerita sikit2 ye.... 9/12/2012 Jumaat pagi ni aku gi kerja macam biasa... tapi memang dah rasa macam ada contraction yang tak berapa kuat.. pagi sempat lagi pergi makan capati kat kedai... mengidam la konon-kononnya... ni gambar capati yang best tu... pastu tengahari pulak kawan opis yang baik hati ni belanja pulak nasi kukus ayam berempah kat beserah... marveles ayam dia...sedap sampai sekarang ni macam terasa... lupa pulak nak ambik gambar.... petang pulak boleh aku ajak shah gi makan pizza heart corner yang best kat jalan beserah....  gambar yg ni ada kesan gigit pasal dah gigit baru ingat nak ambik gambar... 10/12/2012 Sabtu masa pagi tu aku dah start rasa sikit2 contraction yang tak berapa kuat.... tapi aku gigihkan jugak buat kek untuk hero aku yang 2 orang tu.... tengah...

kelahiran

Salam semua, Maaf ye kalau korang pelik baca entry kali ni. Sebenarnya entry2 kali ni ditulis masa aku dalam pantang hari ke 10. Aku x dapat nak taip direct kat blog sebab ada masalah lak dengan netbook yang baru beli ni...dia x leh nak detect lak modem broadband aku tu..tah apa tak kena agaknya..semalam berjam shah menunggu kedai tu godeh2 tapi x leh gak..diorang suh rujuk kat celcom lak..error dia akan keluar bila kita nak autorun modem tu...ada x sesapa tau cara nak settle benda ni? Hari ni shah busy lak dia kata x sempat nak gi celcom. Lagi satu tokey kedai tu lak cicirkan modem aku tu kat kedai dia, tak masukkan sekali kat dlm beg netbook ni...maka x dapat la aku nak bertenet hari ni... Untuk kali ni aku nak ceritakan detik-detik pada 21 Mei 2010 yang lepas, sudi2kan lah diri membaca ye...Alhamdulillah, Allah masih mendengar doa2ku dan kawan2 yang sangat mengambil berat dan turut mendoakan. Terima kasih semua. 21 Mei 2010 Jumaat Jam 3.30 pagi, aku terjaga...rasa...