Assalamualaikum semua, hari ni 24 Jun 2023 merupakan hari ulangtahun pernikahan aku dan Shah. Genap 17 tahun kami hidup bersama pada hari ni. Rasa macam terlalu cepat masa berlalu. Gambar terkini semalam Ucapan sempena ulangtahun perkahwinan Macam tak sangka juga bila suami ucapkan ucapan ulangtahun perkahwinan malam tadi. Sebab dia jenis jarang ingat. Orang lelaki kan..haha.. Tapi sebagai isteri aku rasa gembira dan terasa sangat dihargai bila dapat ucapan macam tu. Hadiah buat isteri Itulah orang kata orang perempuan ni hidupnya sangat mudah. Bila suami bagi ucapan pun hidup dah rasa bahagia sangat dah. Lagi la kalau diberi jambangan bunga atau hadiah. Lagi la rasa berbunga-bunga hatinya. Jadi sebagai suami tu, boleh la cuba ambil hati isteri dengan pelbagai cara sesuai dengan isteri masing-masing. Hari ni biasanya kami akan bawa anak-anak makan kat luar tapi disebabkan kami semalam dah habiskan aktiviti seharian di Melaka. Kira dah sambut awal jadi kami duduk rumah je la ...
Blogger Malaysia : Blog untuk berkongsi kisah parenting tips, kerjaya veterinar, lifestyle, anak-anak, review, resepi dan kisah travel.