assalamualaikum semua, hari ni kerja dengan hati gundah gulana...mana tidaknya... anak dara kecik kami ditimpa musibah... ceritanya begini... husna tidur depan tv malam kelmarin... tengah-tengah tidur yang memang sangat lasak tu boleh pulak dia tergolek dan kepala dia terhantuk ke kaki almari tv yang besar bagak tu... alahai... bunyi tak kuat mana pun tapi tetiba timbul pulak kesan bertanda kat tengah-tengah dahi dia... tapi kesan memang tak ketara sangat la... cumanya yang buat aku risau ni jadi naik bengkak pulak dah...bengkak kami mula perasan pagi semalam tapinya nampak tak berapa serius... takde pun kesan lebam kat mana-mana pun kecuali la tanda kat tengah dahi tu aje... dan petang semalam jadi lagi teruk... sampai abg long dah kata muka husna jadi hodoh...aku panik jugak.. tapi tak la panik sangat sebab dia tak muntah atau buat aktiviti yang luar biasa pun... jadi aku fikir mungkin esok (hari ni) akan jadi ok... tapi tetiba pagi ni aku tengok bengkak tu macam melarat ke...
Blogger Malaysia : Blog untuk berkongsi kisah parenting tips, kerjaya veterinar, lifestyle, anak-anak, review, resepi dan kisah travel.