Cerita Ita: sedap                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sedap

Review Aiskrim Wall's Ovaltine Dark Choc Crunchy

Assalamualaikum semua, baru ni lepas balik kerja macam biasa akan lalu kedai runcit dekat dengan transit anak-anak ni. Jadi seperti biasa jugak ummi dia akan kena paw dengan anak-anak yang nak beli aiskrim kat kedai runcit tu. Aiskrim Wall's Ovaltine Dark Choc Crunchy Dalam kami memilih tu, abg chik terpandang aiskrim Wall's yang terbaru iaitu Wall's Ovaltine Dark Choc Crunchy. Terus la dia capai sebab nak tau aiskrim Wall's Dark Choc ni sedap ke tidak. Adam pulak ambik aiskrim Wall's cone yang biasa dia beli. Sedap ke rasa aiskrim ni? Bila dah masuk kereta, masing-masing berebut la nak bukak dan makan. Tak sempat sampai rumah la kiranya. Cuaca pulak tengah panas waktu tu, lagi la memasing tak sabar. Aku pulak waktu Abg Chik bukak aiskrim dia tu aku belum lagi mula memandu jadi dapatlah rasa sikit dalam kereta tu. Sekali rasa...peh..sedap oii.. Rasa coklat luarnya yang rangup. Lepas tu bila digigit ada rasa ketulan-ketulan kecil ovaltine coklat kat lap...

Ayam Masak Lemak Yang Pasti Buat Nasi Bertambah

Assalamualaikum semua, hari ni walaupun sakit mata rutin harian memasak wajib jugaklah buat. Terkenyit-kenyit mata masa masak ayam masak lemak tadi udah rupa tukang masak viral tu haa..Tu dia tajuk..tapi memang ya tau..pasti menambah nasi kalau makan ni.. Ayam Masak Lemak Striking Ayam masak lemak ni kalau disebut di mana-mana pun memang antara juadah terkenal orang Malaysia dan masakan Melayu popular khususnya. Dan resepi ayam masak lemak striking ni sebenarnya  ada sejarahnya sendiri .  Ada aku ceritakan dulu kat Resepi Ayam Masak Lemak ni dulu. Jadi takyah la ulang sejarah ayam masak lemak ni lagi. Korang gi baca kat entri sana je ya. Yang pastinya lauk ni adalah lauk yang akan mengimbau sejarah. Terutama buat kami warga asrama puteri (aspuri) Maahad Muar masa tu. Entah ada tak lagi makcik yang masak tu tak ntah. Banyak pahala makcik tau makcik. Sebab sampai sekarang ni kami masih terasa teringin nak makan lauk ayam masak lemak stail makcik ni lagi. Semoga banyak pahala ma...

Lempeng, masakan paling mudah tapi sedap

assalamualaikum semua,  pagi ni nak cerita pasal makanan untuk makan malam semalam.. bila aku tanya semua semalam,  memasing kata taknak makan nasi.. jadi emak ni macam biasalah kena jadi terlebih kreatif.. bukan kreatif apa pun.. cuma kreatif memikir menu gantian nasi.. ok akhirnya aku buat keputusan untuk buat lempeng,  masakan paling mudah tapi sedap!  Lempeng,  masakan paling mudah tapi sedap sebenarnya nak buat lempeng ni cuma perlukan 3-4 bahan je.. ini resepi paling mudah yang biasanya ada kat rumah semua orang.. nak buat pun cepat je.. nak habiskan pun cepat je.. hehehe.. jadi apa kata kita kongsikan resepi lempeng, masakan paling mudah tapi sedap ni! Resepi Lempeng Mudah Bahan-bahan Tepung gandum Garam Air sejuk / air panas (tambah sikit untuk lembutkan lempeng - tak letak pun takpe)  Minyak - sesudu atau dua Cara-cara Tuang air dalam tepung yang ada garam.  Kacau menggunakan wrisk dan kalau nak blend...

Mee Ikan Sedap

Assalamualaikum semua, lamanya tak menulis.. sebelum cerita pasal mee ikan sedap, kita borak-borak dulu la.. banyak sangat jadual yang masih belum dapat diselaraskan terutama rutin di waktu pagi.. anak-anak masih terbiasa lagi dengan rutin sewaktu di Kuantan dulu.. yang mana tak kisah kalau keluar lambat sikit tapi masih mampu sampai awal ke sekolah.. sekolah tinggal lagi seminggu je.. selepas dari tu dah mula cuti sekolah seminggu.. harapnya anak-anak dah ok waktu tu nanti..  Mee Ikan Sedap cerita pasal mee ikan sedap ni pulak.. mee ikan sedap ni aku jumpa masa kami berjalan ke NSK Selayang hari tu.. niatnya nak tinjau kawasan membeli belah barang keperluan biasa bagi penduduk sekitar sini.. alhamdulillah nampak senang jugak untuk kami cari barang keperluan kat sini,  NSK Selayang dekat je.. Tesco Extra Selayang pun dekat jugak.. pasar basah pun tak berapa jauh dari NSK.. kiranya kalau nak cari keperluan harian tu tak susah la..  Mee Ikan Sedap yang dah ...

Pizza Samyeang terbaru di Domino's

Pizza Samyeang terbaru di Domino's assalamualaikum semua, baru-baru ni aku sekeluarga berpeluang merasa keenakkan pizza Samyeang terbaru di Domino's.. rezeki kami dapat makan dan ucapkan selamat datang Annyeong Haseyo buat bintang Samyeang terbaru Domino's ni.. menarik tau pizza terbaru ni.. Pizza Samyeang terbaru di Domino's Domino's namakan pizza ni bintang disebabkan ala-ala konsep kumpulan muzik k-pop tu haa.. dan The Samyeangs (pizza baru ni) dibintangi oleh 3 ahli kumpulan iaitu  Pizza Tuna Samyeang, Pizza Ayam Samyeang dan Pizza Daging Samyeang.. dan disertai oleh bintang tamu iaitu Ayam-haseyo.. menarik kan konsepnya tu.. hehe.. tengok la 3 bintang ni.. pada aku kombinasi rasa pedas dan manis dalam sos Samyeang kali ni memang memukau.. kiranya kalau korang ni salah seorang peminat makanan pedas memang patut cubalah! kami memula cuba bintang undangan je dulu tau haritu.. ala si Ayam-haseyo tu.. tapi serius.. sedapnya la hai.. samp...

Sedapnya Cheese Tarik Crust Pizza di Dominos

Assalamualaikum semua,  nak kongsikan pengalaman kami merasa pizza Dominos yang terbaru baru-baru ni.. semuanya sebelum anak-anak bujang bersunat aritu.. dapat pulak kod diskaun untuk pizza regular dengan harga lebih murah.. dan kebetulan memang lama tak makan jadi aku terus tempah di website dan set akan ambik di Dominos Taman Tas..  Cheese Tarik Crust di Dominos mesti ada yang tanya kenapa mesti ambik kat Dominos cawangan Taman Tas dan tak ambik je di Cawangan di bandar atau di Indera Mahkota kan?  sebenarnya kami pernah jugak beberapa kali membeli di cawangan bandar dan IM tapi agak mengecewakan hasil pizzanya berbanding yang disediakan di cawangan Taman Tas.. lebih sedap rasanya kalau yang di Taman Tas.. cuma sekali la pernah terkena pizza yang agak rentung di Taman Tas bila kami order New York crust..  dan kali ni kami cuba pizza terbaru Dominos yang ada tambahan cheese pada dohnya.. atau dipanggil cheese tarik pizza.. macam mengancam bila...

Makan Steamboat murah dan sedap di Kuantan

Makan Steamboat murah dan sedap di Kuantan  assalamualaikum semua, nak kongsikan cerita kisah kami makan steamboat murah dan sedap malam tadi kat bandar Kuantan ni.. sebelum ni sebenarnya dah lama macam teringin nak cuba.. bila lalu je kawasan masjid besar tu memang akan ada la tersebut.. satu masa nanti kita makan kat sinilah.. Makan Steamboat murah dan sedap di Kuantan dan semalam tercapai la impian nak makan kat steamboat murah dan sedap kat depan masjid besar atau Masjid Sultan Ahmad Shah Kuantan ni.. aku rasa semua orang kenal kot bila sebut masjid ni.. masjid ni sangat terkenal bila sampai bulan puasa.. sebab apa tau? sebab orang berebut nak makan berbuka kat Padang MPK yang berdekatan dengan masjid ni..betul-betul sebelah masjid la kiranya.. aku pun pernah la sekali pergi merasa berbuka di Padang MPK ni masa tahun 2009 dulu.. kalau tengok muka aku punyalah lain masa tu...hahaha... kalau nak tau steamboat yang murah aku cakap ni asalnya berjualan di Carboo...

King's aiskrim kegemaran kami!

King's aiskrim kegemaran kami! assalamualaikum semua, korang rasa panas tak sejak dua menjak ni? kitorang rasa panas betul tau.. mungkin jugak pasal musim panas yang kak SA ceritakan aritu.. tapi sebenarnya kat Kuantan ni memang dah lama pun panas melenting ni.. aritu ada la jugak dapat hujan selebat-lebatnya tapi itu je la sekejap lepas tu terus panas balik..  Aiskrim King's ~ abaikan sudu..hihi dan bila musim panas ni amat sesuailah kalau makan benda-benda sejuk kan? pehh heaven la kalau dapat tu.. kami pulak memang suka sangat makan benda sejuk secara berjemaah.. mengikat silaturahim katanya.. hahaha..  jadi stok aiskrim kira antara salah satu benda wajib ada kat rumah ni.. antara sebabnya ialah aku sendiri yang kaki makan aiskrim ni sebenarnya..  kalau nak tau aku ni jenisnya bila mengandung je mesti rasa nak makan aiskrim hari-hari tau.. gila eh bunyinya? ya tau.. dari aku ngandung anak pertama sampailah anak keempat gitu la pesennya.. meman...

Donut Coklat Murah cuma berharga RM2 di Kuantan!

Donut Coklat Murah di Kuantan! assalamualaikum semua, hari ni aku nak kongsikan satu lagi tempat makan best dan wajib pegi kat Kuantan ni.. ianya ialah Donut coklat murah yang cuma berharga RM2 je satu tau.. haa.. teruja nak tau? meh teruskan baca..  mulanya aku terbaca pasal donut ni masa aku tengok paparan di wall facebook masa scroll status kawan-kawan.. tetiba ada iklan pasal satu bakeri ni jual donut murah dan lembut.. teruslah menarik hati kan? Donut Coklat RM2 pastu baca pulak review dan komen-komen orang lain dalam status facebook yang diiklankan tu memang mengakui yang donut tu sangat sedap dan lembut.. siap ada pulak komen yang kata dia tak sempat beli sebab dah habis.. lagi teruja aku nak cuba rasa.. sedap sangat ke? nampak kan iklan melalui facebook ni sangat mempengaruhi.. buktinya aku dah terpengaruh ni haa.. hahaha.. Donut Coklat RM2 ok meh kita cerita kat mana nak cari donut sedap dan murah ni? kat bawah ni ada gambar kedai bakeri yang d...