Cerita Ita: buah mangga                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel buah mangga

Mangga Harum Manis Versi Kuantan

Mangga Hasil Ketiga Kami Rasa Buah Mangga Harum Manis Berbuah di Kuantan  Assalamualaikum semua, hari ni kami dapat merasa mangga harum manis versi Kuantan buat kali ketiga. Buah sulung dia dulu cenonet je saiznya. Besar ibu jari. Itu pun dapat merasa sebiji je. Rasa Manis Buah yang pertama dulu tu walaupun saiznya kecil sangat tapi tetap rasa manis sangat masa tu. Buah yang kedua kami dapat makan tu selepas beberapa tahun buah pertama baru dia berhasil lagi. Itu pun lepas kami tabur garam kasar yang banyak kat pangkal pokok. Buah hasil kedua tu jugak sempat jadi makanan burung-burung yang singgah. Rasanya tahun 2022 kot masa tu. Kami jarang balik selepas Covid kan masa tu. Lepas tu lama jugak dia tak berbuah lagi. Yang ni manis jugak sebab kami petik dna biarkan dia sampai masak diperam. Harum Manis Berbuah Lagi Sekali tahun lepas ternampak beberapa putik buah yang keluar dari pucuk dahan. Alhamdulillah dia berbuah lagi. Syukur ada rezeki merasa lagi. Kami kira haritu buahnya ada ...

Bahagianya kami dapat makan mangga chukanan murah

assalamualaikum semua, baca tajuk memang tak boleh blah kan.. hahaha biasalah gimik je pun tu.. tapi hakikatnya memang buah-buahan macam mangga ni boleh buat kami anak beranak bahagia tau.. sedap dan bahagia kalau dapat menikmatinya hari-hari.. buah mangga kegemaran kami sekeluarga yang ni mangga chukanan katanya.. aku beli dari Tunas Manja masa singgah nak beli barang lain aritu.. elok pulak diorang letak buah mangga ni kat depan pintu masuk.. eh.. eh.. memikat betul.. harapnya mungkin akan ada yng terpikat dan membeli.. nah.. akhirnya aku la jadi mangsa.. hahaha.. tapi aku tak kisah pun jadi mangsa untuk makanan sedap macam ni pun.. dan la sedap, murah pulak tu.. hihihi.. yang ni aku beli ni harganya dalam RM5.99 sekilo je.. aku beli dalam 3 biji aritu jadinya dalam RM10 untuk 3 biji tu.. besar-besar mangganya.. alhamdulillah rasanya pun elok lemak manis.. kalau kat rumah ni kalau 3 biji buah mangga ni memang sekelip mata je anak-anak abiskan.. diorang memang gem...