Cerita Ita: Hari Peladang                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Hari Peladang

Ikan kembong masak pindang

assalamualaikum semua, pagi-pagi lagi dah update.. satu hari ni mungkin akan sibuk untuk uruskan persiapan untuk hari peladang, penternak dan nelayan peringkat kebangsaan 2013 (hppnk 2013).. bagi semua yang nak datang marilah sama-sama ke padang mpk2 di kuantan ni..dekat je dengan stadium darul makmur.. acara ni berlangsung dari 8 hingga 15 November 2013.. akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 9 November ni inshaaAllah.. ok stop cerita pasal hppnk tu..aku nak cerita lauk kami malam tadi..disebabkan tergoda dengan bahan yang cikmat gebu dari dapurtanpasempadan.com tu maka aku buat kuah ikan kembong masak pindang semalam bagi mengabiskan sisa ikan segar yang kami beli di pengkalan bot pantai kempadang ahad lepas.. meh layan gambar je ye...opppss lupa daun yang tepi sekali tu ulam pucuk pokok sambung nyawa ye...sedap pucuknya..lemak-lemak manis..lagi sedap dari ulam raja.. p/s dah 3 entry post dari hp ni hilang begitu saja...kenapa la dgn aplikasi blogger ni..nak pu...

Sosej Telur Love @ Sosej Telur Bersulam Cinta

assalamualaikum semua, salam pagi jumaat yang mulia... semalam entah kenapa angin aku tetiba nak masak yang lain dari yang lain.... pasal 2 hari lepas ada sorang blogger H.A.T.I yang buat sosej telur kasih sayang ni... menarik... dan rujukan dari blog Haslizalizz ... memang menarik... ok jom kita tengok hasilnya.... Sosej telur love   senyum... senyum... belum cerita abis ni... resepi tersangat la mudah... Sosej Telur Love @ Sosej Telur Bersulam Cinta by Cerita Ita Bahan-bahan 3 batang sosej (direbus telebih dahulu dan sejukkan) 3 biji telur gred C @ D (lagi kecik lagi ok) 3 batang pencungkil gigi/lidi Minyak secukupnya Sos cili secukupnya Mayonis secukupnya Cara-cara 1. Belah dari hujung sosej hingga ke hujung satu lagi tapi jangan sampai habis, tinggalkan dalam 1/2 cm. 2. Pegang dan tarik hujung yang terbelah dan cantumkan terbalik ke bawah sehingga membentuk love.Cantumkan dengan lidi. 3. Panaskan kuali leper dengan sedikit minyak. Perlahankan api....