Cerita Ita: sahabat                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sahabat

Setahun berlalu.. tenanglah di sana wahai sahabat..

assalamualaikum semua, pagi ni bila aku bukak ke notification di facebook melalui telefon masa kat rumah mak ni terpandang satu kenangan yang dikongsikan terjadi setahun yang lepas.. kehilangan salah seorang sahabat kami.. arwah Suhaidah Mansor.. satu nama yang masih meniti bibir kami setiap masa rasanya.. aku mengenali sahabat ini sejak dari kami sama-sama bersekolah dulu.. di sebuah sekolah yang kami sayang di Muar, Johor.. persahabatan itu akhirnya dibawa sehingga bila-bila rasanya.. banyak sangat kenangan manis bersama arwah.. dan pada hari ni pada tahun lepas kami kehilangan  seorang sahabat yang sangat baik.. dan selalu berfikiran positif serta sama mengajak kami berfikir positif tentang semua perkara.. arwah pergi setelah beberapa bulan berlawan dengan penyakit kansernya.. aku pun tak sempat berjumpa dengan arwah sebelum pemergiannya.. juga tak dapat hadirkan diri pada hari pemergiannya..  doa dariku untukmu wahai sahabat.. semoga kau tenang d...

Pemergian orang yang tersayang

assalamualaikum semua, sejak 2 minggu lepas berturut-turut adalah minggu yang sangat mengejutkan bagi aku... berita pemergian orang yang tersayang oleh seseorang dari sahabat-sahabat di group whatsapps... berita pertama... pemergian suami pada junior aku masa bersekolah dulu...kehilangan suami tersayang dalam kemalangan di Negeri Sembilan... arwah suaminya meninggal ketika dalam perjalanan ke tempat kerja... apa yang lagi menyedihkan yang junior aku ni tengah mengandung anak keempat mereka... semoga Allah lapangkan dadanya dan permudahkan urusannya...lebih-lebih lagi bila sampai bulan ramadhan ni... berita kedua... seorang rakan sekelas dari tingkatan 4 hingga ke tingkatan 5 di sekolah di Muar dulu kehilangan isteri tersayangnya.... arwah isterinya sedang mengandung anak kelima kalau tak silap dan meninggal kerana kesukaran bernafas... semoga rakanku ini terus tabah mendidik 3 lagi anak mereka yang masih kecil... sedih aku kalau ingatkan kisah dia ni... dulu.. masa...

berjumpa sahabat lama... yeay!

salam sejahtera semua, sebenarnya hujung minggu lepas hati aku dah mula berbunga-bunga tau... sebabnya aku dapat perkhabaran yang kawan lama aku masa sekolah menengah dulu nak datang rumah pada hujung minggu lepas... kawan aku ni nama dia Sailiza, keluarga dia panggil dia lily... kami-kami ni panggil dia Sally... pasal kat sekolah dulu ada sorang yang dah memang nama dia lily... aku rapat dengan dia dari form 1 sampai la form 3 tau... kemana-mana aje kami mesti bersama... ada dia, ada la aku... kecuali ke tandas ok... tapi entah apa yang meretakkan persahabatan kami yang memang amat rapat masa tu aku pun tak sedar... semuanya cuma nak sahut cabaran kawan-kawan... kalau kami tau hasilnya jadi memisahkan kami tentu kami takkan sahut cabaran tu... lama lepas tu kami terpisah lepas SPM... berhubung dengan surat dan telefon jarang-jarang... lepas tu jumpa 2 kali je masa wan kawin dan aku mintak tolong dia cari darul syifa' kat bangi... itu masa tahun 2000 kalau tak silap... lepa...

Ramadhan dah berlalu..

salam sejahtera semua, lama dah blog ni tak update kan? sampai nak tulis entry pertama lepas naik cuti ni pun tak tau nak tulis apa dah ni... aku baru je naik kerja hari ni lepas seminggu bercuti... tapi tak beraya sakan pun.. cuma beraya bersama orang tua yang pentingnya... tapi cerita pasal raya ni nanti-nanti la aku cerita dengan gambar kami sekali ye.. kali ni nak cerita pasal penghujung ramadhan yang lepas baru ni... nak dijadikan cerita kami dah plan nak balik kampung pada hari jumaat 17/8 tapi banyak halangan yang akhirnya menyebabkan kami akhirnya pulang pada pagi akhir ramadhan 18/8... ramadhan tahun ni banyak memberi keinsafan pada aku.... pada hari-hari akhir ramadhan aku dikejutkan dengan 2 cerita sedih dari sahabat terdekat.... sahabat pertama hanya boleh aku berkongsi mendengar cerita sedihnya tanpa aku dapat menolong apa-apa...maaf ya sahabat... aku hanya boleh memantau dari kejauhan... ini pula cerita sahabat kedua.... pada hari kedua akhir ramadhan, a...