Cerita Ita: hyperthyroidism                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel hyperthyroidism

hari ni hari guru

assalamualaikum semua, tadi masa dalam kereta nak hantar abg long ke transit dia berlaku perbualan seperti berikut: abg long : (sedang menyanyi) isnin, selasa, rabu...khamis dan jumaat...lepas hari sabtu datang hari ahad... aku : abg long nyanyi lagu apa tu? abg long : ulang semula seperti di atas.. aku : ok..hari ni hari apa? abg long : entahlah tak tau saya... aku : hari ni hari khamis la.. abg long : eh bukan la ummi...cuma ummi ambik kertas saya tadi..(sambil tunjuk kad hari guru yang dia buat kat sekolah tadi) aku : ooo..hari ni hari guru ke? abg long : haaa ye la bukan hari khamis tapi hari guru.. aku : hari guru jatuh pada hari khamis la abg long...(sambil tahan gelak) aduhai..anak... ooo..anak... p/s aku sedang berada di klinik kesihatan bandar kuantan ni..tunggu nak buat test ESG...result utk thyroid tadi normal je...doakan ye kawan2..

hyperthyroidism pulak?

assalamualaikum semua, selamat pagi... semoga pagi kita membawa rahmat Allah pada kita semua...dan alhamdulillah pagi ni hujan rahmat dah membasahi bumi kuantan yang panas sejak beberapa hari lepas... terima kasih kepada yang sudi membaca entry dari blog yang tak seberapa ni dan terima kasih juga pada komen yang kalian tinggalkan... maaf tak dapat nak balas buat masa ni... malam tadi selepas selesai memasak sayur jantung pisang digoreng bersama kentang, tauhu dan soohoon dan dilawan pulak dengan jantung pisang dicelur cicah sambal tomato.....berhenti situ dulu... hehe... kami tak makan... lepas tu terus solat maghrib dan bersiap ke Klinik 1 Malaysia di UTC Kuantan... UTC Kuantan  untuk pengetahuan masuk kali ni dah 2 kali aku ke klinik ini.. alhamdulillah perkhidmatan yang diterima sangat baik dan cepat...lagi cepat dari klinik swasta... dan malam tadi selepas dapat nombor giliran aku duduk tak sampai 5 minit pun dah dipanggil masuk untuk jumpa doktor... alhamdulillah...