Assalamualaikum semua, baru ni aku ada kongsikan pasal azan maghrib . Jadi aku rasa lepas ni nak terus kongsikan sedikit ilmu agama dalam blog ni. Supaya ianya boleh memberi manfaat kepada semua yang membaca. Kali ni aku nak kongsikan pasal doa selepas solat. Doa Selepas Solat Apakah yang dikatakan dengan doa selepas solat? Ianya ialah doa yang dibacakan selepas solat samada selepas solat fardhu atau pun solat sunat. Membaca doa selepas solat adalah saat berharga untuk berkomunikasi dengan Allah bagi umat Islam selepas menunaikan solat. Tak kira samada doa yang dibacakan itu doa yang ringkas atau pendek atau doa yang panjang. Ianya lebih kepada saat seorang hamba memohon apa jua yang diinginkan dari penciptanya. Adakah wajib membaca doa selepas solat? Dalam agama Islam, membaca doa selepas solat bukanlah kewajiban mutlak (wajib). Tidak ada hukuman atau dosa atas mereka yang tidak membaca doa selepas solat. Doa selepas solat adalah lebih kepada anjuran (sunnah) dan kesempatan untuk...
Blogger Malaysia : Blog untuk berkongsi kisah parenting tips, kerjaya veterinar, lifestyle, anak-anak, review, resepi dan kisah travel.