Cerita Ita: adik Nur                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel adik Nur

Selamat Hari Lahir ke 3 buat Puteriku

assalamualaikum semua, pada hari yang sama 3 tahun dulu aku melahirkan seorang cahayamata yang sangat tak disangka-sangka kehadirannya... Tanggal 11.12.11 menjadi sejarah.. ceewah... DI SINI ada ceritanya.. kemudian dari tu disusuli dengan kisah-kisah di hospital yang sangat mengerikan seperti KISAH HOSPITAL 1 , KISAH HOSPITAL 2 , KISAH HOSPITAL 3 , KISAH HOSPITAL 4 , KISAH HOSPITAL 5 , DAN KISAH HOSPITAL 6 .... aku berdoa semoga janganlah kejadian macam tu berulang lagi dalam keluarga kami..aku tak cukup kuat... hari ini Nur Syafiah Husna atau yang kami pernah panggil adik nur dan adik husna dan sekarang dah bergelar Kakak Husna dah genap 3 tahun..alhamdulillah... semoga satu-satunya puteri permata hati ummi dan ayah ni akan terus sihat dan membesar menjadi anak yang solehah...amin.. gambar kredit to cikgu taska.. tq kak da.. hasil kreativiti kakak :) cek mek dengan gelang serabut kat tangan.. p/s ummi lupa nak buat kek kakak..malam ni ye nak..esok ...

dah 5 bulan dah...

salam semua, semalam kami hantar adik husna gi vaksin untuk 5 bulan... sekejap je rasanya dah 5 bulan kan? kalau dalam perut dulu nak sampaikan 5 bulan cam lama je kan....bila dah keluar rasa sekejap sangat.... ok kita update dulu perkembangan adik bila dah 5 bulan ni... berat : alhamdulillah berkat susu ummi.... dah naik lagi jadi 5.2 kg.. ada peningkatan 1/2kg di situ...walaupun tak naik banyak tapi aku masih bersyukur jarum penimbang tu masih bergerak ke depan... tinggi : naik satu je pun dari bulan lepas... 61cm... ye ke...? tapi nampak macam adik tinggi banyak dah... ukur kepala : alamak tak perasan la pulak bape... kemajuan : adik dah pandai meniarap + mengundur dengan lajunya...... abg long gelakkan je adik dia bila kita panggil makin mengundur... hehe... semalam kena cucuk untuk 5 bulan... berbunyi sikit je... pastu tak menangis pun... pejal kot otot dia tu yang tak rasa sakit sangat.... ini dia budak kecik yang dah cukup 5 bulan 6 hari.... eh2...yang belah ka...

Saat kelahiran putri kami...cerita basi...

salam semua, disebabkan aku tak sempat nak cerita pasal kelahiran buah hati kami yang terbaru... aci tak kalau aku cerita selepas 5 bulan kemudian?.... aci kan? aku cerita sikit2 ye.... 9/12/2012 Jumaat pagi ni aku gi kerja macam biasa... tapi memang dah rasa macam ada contraction yang tak berapa kuat.. pagi sempat lagi pergi makan capati kat kedai... mengidam la konon-kononnya... ni gambar capati yang best tu... pastu tengahari pulak kawan opis yang baik hati ni belanja pulak nasi kukus ayam berempah kat beserah... marveles ayam dia...sedap sampai sekarang ni macam terasa... lupa pulak nak ambik gambar.... petang pulak boleh aku ajak shah gi makan pizza heart corner yang best kat jalan beserah....  gambar yg ni ada kesan gigit pasal dah gigit baru ingat nak ambik gambar... 10/12/2012 Sabtu masa pagi tu aku dah start rasa sikit2 contraction yang tak berapa kuat.... tapi aku gigihkan jugak buat kek untuk hero aku yang 2 orang tu.... tengah...

Makin membesar semuanya...

salam semua, nyinggah jap kat sini.... hari ni nak ambik kesempatan cerita pasal anak2... lama dah takde cerita pasal anak2... eh ye ke? Abg Long: hari-hari makin kurus dan makin cerewet pasal makan... apa nak jadi agaknya... kalau time dia nak makan...berebut2 semua nak disuap ke dalam mulut.... sampai kadang2 nak termuntah dah.... sebab selalunya makin masa dah lapar sangat.... berat masih macam dulu gak... naik pun sikit je dalam 500 gram je... ceh dah macam adik husna dah.... mulut makin riuh.... sebijik cam ummi dia.... walaupun pelat dia tu tak hilang2.... makin pandai berkawan.... pandai merajuk.... pandai bermanja.... memang yang paling manja dalam 3 beradik ni.... abg long dah pandai pergi bilik air sendiri... buang air kecik dan besar sendiri termasuk cuci sendiri..... cuma mandi je yang tak berapa bersih.... berus gigi paling pandai walaupun tak pandai berus sendiri tapi dia sangat sabar tunggu orang beruskan gigi dia.... hari2 sekarang ni asyik cerita p...

ini la baru anak perempuan ummi...

salam semua, baru ni kami balik johor... lepas tu hari ahad tu kami berjalan ke kenduri sepupu kat felda adela... disebabkan nak berjalan ke rumah kenduri maka kami kena la cari baju lain kat adik husna.... sepasang je pun.... selama ni pakai baju abang je kan.... kesian adik... ada baju baru pun bukan mengambarkan identiti perempuan dia.... last-last kami beli baju kaler pink.... ada gak family yang boleh pakai pink... pink kaler kan? akhirnya.... ok layan gambar adik di sepanjang hari tu.... dengan atuk abah (abg ngah panggil babah) sebelum bergerak... dalam kereta...tidur lena.... haaa.....buat apa tu? hehe.... p/s eh gambar masa kenduri takde ek? tak perasan la pulak...

dulu Nur..... sekarang Husna...

salam semua, comel tak saya? nak cerita pasal adik Nur petang ni.... dulu kami memang panggil dia Nur.... pastu bila semua orang dah tukar sebutan jadi Nor... terus rasa tak best la pulak.... last-last kami bagi panggilan baru pulak.... kami panggil adik Husna la pulak sekarang ni... semoga dia seelok namanya... amin... p/s cerita kelahiran dia aku cite esok ek... mood belum mari...

abg ngah dah boleh cakap!

salam semua, alhamdulillah... abg ngah dah boleh bercakap macam biasa hari ni... maknanya betul keputusan kami tak hantar hospital baru ni... menitis air mata aku bila dengar dia bercakap dan bergaduh cam biasa dengan abg long... cuma dia masih tak nak susu ikut botol...aku risau tak cukup kalsium je...last2 aku bagi alam cawan je... nak la pulak...alhamdulillah... aku bukan apa tak nak hantar hospital... walau tak bagi ubat apa-apa pun tetap akan ada jarum cucuk kat tangan tu...azab aku tengok... cukup-cukup la kami tengok adik nur kena hari tu... p/s sekurang2nya lega sikit hati aku nak naik keja minggu depan...

kesihatan adik Nur...

salam semua, aku tengah risau sekarang ni... walaupun musim cuti sekarang ni tapi susah nak access internet... line kat rumah mak ni slow giler.. kena pulak dengna cuaca yang tak berapa molek sekarang ni... kejap2 hujan.. kejap2 hujan... payah nak jumpa matahari.... tapi bukan sebab tu yang aku risau... yang aku risau sebenarnya pasal adik Nur ni haa... hari rabu baru ni aku gi klinik untuk cucuk vaksin adik yang genap sebulan... dah ambik berat badan dia.. alhamdulillah daik 500 gram ke 3 kg dah.. panjang badan pun dah bertambah dari 47cm ke 50 cm.. lilit kepala pun sama dari 32.5cm ke 35 cm dah... nampak perkembangan adik cam ok kan? tapi tu la dia tak boleh cucuk pulak sebabnya dia kata mata adik Nur nampak cam ada kuning lagi dah tu kulit dia pun nampak kuning sikit... lepas tu diorang suruh balik dan datang semula isnin ni untuk jumpa doktor untuk kepastian...aduhai... masalah lagi... memula diorang nak cucuk adik untuk test tapi bila aku cerita pasal kes kat hospital tu te...

Khasiat susu ibu

Salam semua, wah ceria aku hari ni...aku bukan nak cerita pasal khasiat susu ibu pun dalam entry ni cuma aku harap aku dapat bagi khasiat ni pada semua anak2 aku setelah aku terlepas peluang nak bagi pada abg long hakimi 5 tahun lepas... pagi ni aku bangun dengan azam baru...azam aku tahun ni nak berusaha susukan adik Nur sampai selama mana yang boleh..insyallah... Kalau abg ngah najmi dulu aku boleh buat susu badan sepenuhnya sampai 2 bulan dan aku campur susu formula dan susu ibu sampai dia umur dia setahun 5 bulan..pastu dia terus bergantung sampai adik Nur nak lahir..insyallah kali ni aku akan cuba kuatkan semangat supaya boleh bagi susu ibu sepenuhnya untuk adik Nur...doakan aku ye kawan2... p/s pagi ni aku dah start jadual tetap untuk pam susu..harap2 aku lebih berdisiplin lagi..

selamat tahun baru masihi 2012..

salam semua, dah hari kedua tahun baru... masih tak terlambat nak ucapkan rasanya kan? seteiap kali sampai tahun baru aku rasa cuak... nak tau nape? aku akan naik umur satu tahun lagi dan akan menjarakkan umur aku dengan shah lagi jauh setahun... hehe... bukan sebab tu la... umur tak jadi hal kan? yang penting kasih dan sayang mewarnai rumahtangga di samping anak2 tercinta kan? sekarang ni aku tengah praktis menaip sambil memangku anak... adakah ini azam tahun baru? hahaha... tentu la tidak... pagi tadi dengan bersemangatnya aku kejut abg long bangun untuk gi sekolah... dengan bersemangat jugak la anak aku tu bangun bersiap nak gi sekolah... tak sampai 5 minit motor atuk dia balik semula.... hehe... sekolah bukak esok untuk pendaftaran rupanya.. hari tu cikgu cakap kena pegi 2hb... aiseh kesian anak aku... abah aku kata cuma ada orang yang nak cuci sekolah je tadi... hihi... esok la pulak ye nak.... esok aku snap gambar dia gi sekolah.... plus with abg ngah yang sama sibuk mengen...

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...

salam semua, maaf la kalau beberapa hari ni cuma entry marathon yang dah aku taip beberapa hari yang lepas je menemani pembaca blog ni... aku sibuk menghabiskan jadual berurut yang tinggal lagi 2 hari berakhir semalam... lega dah selesai tapi memang pinggang  dan punggung aku rasa masih sakit2 sebab lama sangat duduk kat hospital hari tu... patutnya aku kena maklumkan klinik terdekat masa aku balik hospital dan kena check kadar bilirubin adik Nur semalam... tapi kali ni aku nekad.. aku malas dah.. anak aku aku pasti sangat dah cukup sihat... insyallah... cukup2 la adik Nur kena cucuk2 sebelum ni... sampai 2 -3 hari ni pun tak habis lagi mengigau menangis tetiba masa tidur...kesian dia..jadi2 la aku dera  dia selama ni... maafkan ummi ye nak... aku nak cerita apa terjadi lepas aku dapat tau lampu uv kat hospital tu rosak... aku menangis semahu2nya tau.. tragik gila masa tu... sedih aku kenapa la diorang semua buat kerja sampai anak aku pulak jadi mangsanya? sangat2 zali...

20.12.11, 21.12.11 dan 22.12.11

Naik lagi? 20.12.11 jam  9.30 malam salam semua, hari ni dah masuk hari keenam, esok genap seminggu kami kat hospital ni...aku dah sampai tahap zombie dah ni rasa ni..duduk pun boleh terlelap dah ni..wah betul punya mengantuk ni tau... keputusan pagi ni dah keluar.. naik balik la pulak..kali ni 16.8... kalau sampai khamis ni tak ok jugak aku nak mintak transfer HTAA la... kurang2 shah boleh kerja bila kami kat sana..ni dia susah hati je dah ni tinggalkan kami anak beranak kat hospital ni... anak2 lain aku tak risau sangat sebab mak aku yang jaga...abg long je la macam rindu sikit dengan ummi dia...abg ngah macam dah lupa pulak ummi dia..dah ramai yang melayan... sedih pulak bila tengok dia tadi...aku harap sangat boleh keluar esok lusa...sihat la nak... boleh kita tidur lena2 kat rumah... p/s wad ni dah keluar masuk orang baru, kita je yang tak keluar2 lagi sayang.... Perkembangan positif 21.12.11 jam11.45 malam salam semua, semalam aku update pasal bacaan bilirubin a...

19.12.11

Kami masih di sini... 18.12.11 jam 6.30pagi salam semua, hari ni dah masuk hari kelima kami anak beranak di hospital kluang..tak tau dah nak cakap yang aku rasa..sakit2 badan jangan cerita la...aku belum update bacaan adik Nur lagi sejak entry 17.12 lepas.. lepas bacaan naik ke 17.1 tu diambil lagi darah pagi semalam, keputusannya amat mengejutkan doktor..9.2! Aku pun terkejut jugak..ingat dah boleh balik semalam..tapi disebabkan turun amat mendadak, doktor suruh ambik darah sekali lagi pukul 2 ptg..aku dengan shah dah confirm dah boleh keluar pagi ni..rasa nak kemas2 dah..tapi bila keputusan keluar..bacaan jadi 14.1..alamak..kena stay lagi.. p/s terpaksa shah sambung cuti lagi sehari..kesian ayah, nak.. penat berulang hari2 untuk kita.. Keputusan yang keluar amat mengecewakan.. 14.1 dan masih kena sambung rawatan uv sehingga darah diambil lagi sekali pagi ni.. Kalau ikutkan di rumah mak sekarang dah riuh dengan adik beradik dan anak saudara sebab semuanya balik na...

17.12.11

Masalah lain pulak... 17.12.11 jam 4.30pg salam semua, aku baru je lepas susukan adik nur tadi, adik nur dah ditukarkan ke lampu double lagi sekali bila bacaan dia naik semula ke 17.9.. Dan iv drip disambung semula..3.5ml sejam..dah keputusan darah yang terbaru 17.1..dapatlah turun sikit.. Lega sikit aku bila dengar hujan kat luar..dapat badan yang berpeluh2 ni sejuk sikit..aku padam kipas kat atas ni sebab adik Nur taknak duduk dalam cot..tapi memang hujung jari kaki tangan dia sejuk.. Balik pada tajuk..ada masalah lain pulak, adik Nur tak berak2 sejak hari kami datang..ntah apa masalahnya ntah..susu boleh tahan walaupun tak sekuat abg ngah dia..dia kentut je..bau jangan cakap la..kalah bau telur tembelang dah..busuk gila.. Oppss misi datang nak ambik adik Nur cucuk jap..ok nanti2 aku sambung ok.. p/s malam tadi ada kes baru datang, budak dalam 2 tahun camtu..kemalangan dengan babi..mak dia kat icu..kesian pulak aku tengok budak tu..shah terserempak dengan kemala...

15.12.11

Cubalah sensitif sikit... 14.12.11 jam 11.45mlm salam semua, adik Nur dah lena dalam cot dia..cuma sekejap2 dia tersentak sebab bunyi2 sekeliling.. Aku masih tak boleh lelap sebab nak menunggu keputusan ujian darah diorg ambik pukul 10 mlm tadi..susah hati dah ni..kalau keputusan makin naik kami kena ke hospital jb..sangat2 susah hati... Eh lari tajuk pulak.. Tajuk kat atas tu berkisar pasal pelawat yang datang ke wad ni..kat hospital ni dah terang2 tulis waktu melawat pukul berapa tapi ada jugak yang masih berdegil.. Faham2 je la wad yang diorg pegi ni wad baby..ada yang baru je lahir..boleh katakan semua susukan anak dengan susu badan..boleh bayangkan situasi dia macamana kan? Ni ada pulak waris2 yang sangat2 tak sensitif taknak balik2 walaupun jam dah hampir pukul 12 tengahmalam dan walaupun dah diberi warning byk2 kali! Wei kami ibu2 ni nak berehat..baring2.. Lelapkan mata kami..tapi kalau ada org lelaki ke hulu ke hilir walaupun dengan alasan jaga bini...

14.12.11

Doa untuk adik Nur 14.12.11 jam 8.20mlm Salam semua, aku sekarang berada di hospital kluang, adik nur kena tahan wad hari ni. Sebabnya jaundice. Bacaan adik tinggi jugak. 17.5.. Dan tadi doktor kata dah naik 20.6..sekarang ni adik Nur tengah jalani terapi cahaya..atau phototherapy.. Betul ada cahaya kan adik Nur ni? ;) aku baru je lepas dapat sehari berurut, sah2 sama je cam abg ngah dulu kan? Baru sehari ummi dia berurut, dia demam..sejarah berulang untuk adik Nur pulak..harap2 tak lama la ambik masa untuk adik Nur sembuh..amin.. p/s kami dah ada nama untuk adik Nur cuma tunggu masa nak daftar je..harap2 nama ni bagi banyak penawar dan kebaikan untuk adik Nur...amin..