Cerita Ita: syawal                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel syawal

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H / 2017

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H / 2017 assalamualaikum semua, tahun ni terasa macam semuanya cepat sangat berlalu.. belum sempat lagi nak cerita pasal kuih raya yang aku buat masa bulan Ramadhan.. belum sempat lagi nak cerita pasal lauk kami berbuka dan bersahur pun.. tetiba eh dah sampai Syawal? selamat hari raya buat pembaca Cerita Ita walau masa terasa sangat cepat berlalu tapi aku bersyukur yang kami masih diberikan kesempatan untuk melalui sebulan di bulan Ramadhan dan akhirnya dapat menyambut syawal pada tahun ni.. disertai dengan doa supaya dapat menyambutnya lagi di tahun akan datang.. tahun ni agak istimewa sebab abg ngah baru mula belajar berpuasa dan akhirnya abg ngah berjaya habiskan cabaran berpuasa selama sebulan.. alhamdulillah.. mula-mula memang seksa la.. dah lama sikit tu ok la sikit.. dia dah mula biasa dan tak merengek lagi dah.. syukur.. bila tanya masa akhir berbuka malam tadi pun elok je  dia jawab.. Ummi : Abg ngah.. susah tak pua...

Syawal dan Kuih Pertama kami!

Syawal dan Kuih Raya Pertama kami! assalamualaikum semua, sekejap je dah 19 Ramadhan hari ni.. eh dah 20 ramadhan la malam ni.. dah nak abis dah bulan umat Islam berpuasa.. macam sekejap je berlalu.. rasa macam belum sempat buat apa-apa..  kuih raya pertama kami waktu kecik dulu-dulu, teruja sangat bila dah nak abis bulan Ramadhan ni kan.. siapa yang sama macam aku dulu? alah.. jangan tipu la korang pun mesti sama macam aku.. tapi bila dah berumur macam sekarang ni.. rasa tu lebih hebat bila menjelangnya Ramadhan berbanding dengan menjelangnya Syawal.. entah kenapa.. tak tau nak terangkan rasanya.. mungkin jugak bila usia makin meningkat ni, perasaan akan mati bila-bila je boleh berlaku agaknya kan..  eh.. aku sebenarnya nak cerita pasal kuih raya pertama kami yang aku buat masa 10 Ramadhan aritu.. kuih yang senang je pun.. kuih raya segera.. hahaha.. nak tau nape aku panggil kuih raya segera? meh sambung baca.. minggu pertama Ramadhan tu aku adalah perg...

rezeki di petang hari

assalamualaikum semua, dah lebih pukul 5 tapi aku belum balik lagi ni... tunggu shah sampai.. hari ni shah jemput anak-anak dulu... lepas tu baru ambik aku sebab kami nak balik rumah mak shah kejap... dah jadi rutin je balik hari ke rumah mak shah ni sebenarnya... malam nanti kang berkejaran pulak balik semula ke rumah kami... hari ni konon berangan nak cari kuih raya... jadi aku pun whatsapp la shah ajak gi Giant kejap waktu rehat tadi... hajat asal nak cari kuih raya la kot-kot ada baki lagi ke sebekas dua kan... nak buat ada-ada je kuih kat rumah untuk orang datang... (padahal tak tau ada yang nak datang tak ntah...haha...) sekali aku pegi... memang takde satu kelibat bekas kuih raya pun... kecewa betul... macam terpaksa la pulak kena buat satu dua jenis gini gayanya ni... anak-anak pun dah sibuk tanya... kenapa rumah kita takde kuih raya banyak macam rumah atuk? alahai anak.... maaf la... bulan puasa tahun ni hujung minggu kita langsung tak lekat di rumah... macamana la nak a...

11 Ogos 2013 Cuti peristiwa untuk Kelantan dan Kenduri lemang

assalamualaikum semua, korang sihat semua pagi ni? dah masuk 4 Syawal 1434H dan dah ada yang mula bekerja pun hari ni di negeri-negeri tertentu... tapi ada yang masih tak tau hari ni diisytiharkan cuti peristiwa untuk hari raya aidilfitri di Kelantan? aku pun baru tau tadi..selepas baca suratkhabar online..maaf ye..bersiaran dari telefon ni..nak bagi link pun payah ni... semalam kami masih beraya sakan... akak ipar sibuk buat lemang dan aku sibuk makan..hahaha... malamnya pulak kami ke rumah pak sedara shah sampai ke tengah malam..ada rezeki durian dan dodol durian..alhamdulillah.. korang plan apa untuk hari ni? aku? plan yang betul heavy ni....membasuh baju.....tapi ampai dah tak muat...macamana tu??? p/s tekak dah mula tak sedap..payah nak telan...perut pun dah mula memulas-mulas...wah...simptom hariraya kah ini?