Cerita Ita: keputusan ujian darah                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel keputusan ujian darah

Bila keputusan darah pasangan membimbangkan

assalamualaikum semua, semalam aku sempat ajak shah singgah untuk buat pemeriksaan kat LPPKN.. kami buat pakej satu.. takkan nak suruh shah buat pakej dua pulak kan.. hahaha... ok sesiapa yang nak tau pakej pemeriksaan kesihatan yang ada kat LPPKN boleh baca lanjut kat entri UJIAN PAP SMEAR PERCUMA ni ya.. keputusan ujian darah bila buat je ujian tu macam berdebar jugaklah aku.. maklum la pasangan dengan kita kan serupa macam diri kita sendiri kan.. kalau dia sakit kita pun akan rasa sakit jugak.. kebetulan pulak semalam klinik LPPKN tu tengah buat hari untuk suntikan HPV dan ada pelajar perbidanan dari Brunei jugak kat klinik tu.. meriah la jugak semalam.. dan ada seorang tenaga pengajar dari UIAM yang ada menemani pelajar dari Brunei ketika tu.. aku pun habiskan masa berbual dengan Judy, tenaga pengajar tu.. Judy seorang pesara kerajaan dan sekarang ni berkhidmat di UIAM sebagai tenaga pengajar.. dan jelas menampakkan yang Judy memang seorang yang sangat berpengalam...

hari ni hari guru

assalamualaikum semua, tadi masa dalam kereta nak hantar abg long ke transit dia berlaku perbualan seperti berikut: abg long : (sedang menyanyi) isnin, selasa, rabu...khamis dan jumaat...lepas hari sabtu datang hari ahad... aku : abg long nyanyi lagu apa tu? abg long : ulang semula seperti di atas.. aku : ok..hari ni hari apa? abg long : entahlah tak tau saya... aku : hari ni hari khamis la.. abg long : eh bukan la ummi...cuma ummi ambik kertas saya tadi..(sambil tunjuk kad hari guru yang dia buat kat sekolah tadi) aku : ooo..hari ni hari guru ke? abg long : haaa ye la bukan hari khamis tapi hari guru.. aku : hari guru jatuh pada hari khamis la abg long...(sambil tahan gelak) aduhai..anak... ooo..anak... p/s aku sedang berada di klinik kesihatan bandar kuantan ni..tunggu nak buat test ESG...result utk thyroid tadi normal je...doakan ye kawan2..

menanti keputusan...

assalamualaikum semua, berdebar yang sedia ada pun masih belum reda tapi ditambah pulak dengan berdebar menanti keputusan ujian darah yang dibuat tadi....tambah gigil pulak... aduhai... jumlah bayaran untuk ujian TSH dan T4 tadi adalah RM33.75... kalau buat complete dengan T3 adalah RM45...tak sempat nak cek ada beza tak kalau cuma buat untuk T4 atau buat sekali T4 dan T3 tu... nanti kalau ada update aku cite ye... keputusannya akan keluar esok dan lepas ambil keputusan kena bawak keputusan ke klinik kesihatan bandar kuantan pulak.... apapun keputusan yang keluar diharap semoga dapat menyelesaikan simptom yang ada sekarang ni... terima kasih korang yang sudi bagi perangsang dan doa-doa semua...aku amat hargainya saat ini.. p/s ujian yang amat kecil tak setanding dengan orang lain yang diuji dengan ujian yang lebih berat lagi...sekurang-kurangnya masa ada insan tersayang yang menemani...

hyperthyroidism pulak?

assalamualaikum semua, selamat pagi... semoga pagi kita membawa rahmat Allah pada kita semua...dan alhamdulillah pagi ni hujan rahmat dah membasahi bumi kuantan yang panas sejak beberapa hari lepas... terima kasih kepada yang sudi membaca entry dari blog yang tak seberapa ni dan terima kasih juga pada komen yang kalian tinggalkan... maaf tak dapat nak balas buat masa ni... malam tadi selepas selesai memasak sayur jantung pisang digoreng bersama kentang, tauhu dan soohoon dan dilawan pulak dengan jantung pisang dicelur cicah sambal tomato.....berhenti situ dulu... hehe... kami tak makan... lepas tu terus solat maghrib dan bersiap ke Klinik 1 Malaysia di UTC Kuantan... UTC Kuantan  untuk pengetahuan masuk kali ni dah 2 kali aku ke klinik ini.. alhamdulillah perkhidmatan yang diterima sangat baik dan cepat...lagi cepat dari klinik swasta... dan malam tadi selepas dapat nombor giliran aku duduk tak sampai 5 minit pun dah dipanggil masuk untuk jumpa doktor... alhamdulillah...