Cerita Ita: food review                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel food review

Mencuba menu Honey Bee Kluang

Assalamualaikum semua,  semalam aku ada tulis entri pasal kami semua tak sihat waktu raya baru ni kan. Macam aku sendiri dah lama batuk tak baik-baik. Batuk pulak jenis batuk yang macam tak lepas kahaknya tu.  Mencuba menu Honey Bee Kluang Mencuba menu Honey Bee Kluang Sekali batuk, rasa seksa dan perit tekak dan rasa tak puas jugak sebab batuk macam tak lepas. Dah cuba bermacam ubat dan petua yang orang kata elok. Tapi nampaknya tak berkesan pulak dengan aku. Hari semalam entah kenapa aku cakap dengan Shah terasa nak mencuba menu Honey Bee Kluang. Cawangan Honey Bee Dah berapa kali jugak sebenarnya kami lalu kedai ni. Tambahan pulak kedainya dekat dengan tempat kerja aku. Selalu la terpandang tapi tak tersinggah-singgah jugak. Bukan baru kali ni terpandang. Masa duduk JB tu pernah gak terasa nak cuba. Tapi entah kenapa tak sampai-sampai.  Dan semalam bila sebut je Shah kata jomlah pergi. Jadi aku bersiap lepas Shah hantar Abg Long ke tuisyen terus kami ke Honey Bee Kluan...

Pengalaman pertama makan Tongmo.. Sedap ke?

Pengalaman pertama makan Tongmo.. Sedap ke Tongmo?  Assalamualaikum semua, baru ni lepas kami berjalan-jalan kat Pantai Minyak Beku aritu kami teruskan perjalanan menyusuri jalan pantai terus menghala ke Muar.. saja la nak tengok apa yang ada di sepanjang jalan.. antaranya sebab kami dah termakan makanan yang tak berapa best.. jadi kami berhajat la nak cari makanan sedap yang lain.. Pengalaman pertama makan Tongmo.. Sedap ke?   Sambil berjalan tak berapa laju tu kami sambil la baca nama-nama parit yang ada di sepanjang jalan.. uniknya Johor ni kebanyakan kawasan akan guna nama parit.. maka banyaklah parit di Johor ni sebenarnya.. sampai la ke satu parit ni.. Kampung Parit Pecah tak jauh dari Parit Jawa.. lepas tu tetiba shah nampak ada ada satu gerai jual makanan.. terus dia tanya.. "eh bukan tu makanan yang selama ni sayang nak makan ke?" dia nampak bergayut macam gambar kat bawah ni la.. Gerai jualan Tong Mo di Muar Aku pun tanya balik.. "makanan apa bang?" .. te...

5 Good And Affordable Chinese Restaurants In KL To Celebrate At This Festive Period

5 Good And Affordable Chinese Restaurants In KL To Celebrate At This Festive Period assalamualaikum semua, bila dah nak hujung tahun ni mula la sana sini sibuk pasal promosi perayaan.. biasalah kan budaya kita kat Malaysia ni.. satu perayaan dirayakan semua bangsa pun tumpang gembira sambut cuti bersama keluarga.. korang pun macam tu jugak kan..? Biasanya korang buat apa je masa sambut cuti tu? Kalau aku tentunya la peluang menikmati makanan dengan keluarga tercinta tak dilepaskan.. sebab tu aku kena tulis pasal 5 Good And Affordable Chinese Restaurants In KL To Celebrate At This Festive Period ni.. 5 Good And Affordable Chinese Restaurants In KL To Celebrate At This Festive Period - Sumber walaupun ada antara restoran yang menghidangkan Chinese Food ni belum pernah aku jejak tapi aku tetap nak letak jugak kat sini sebagai rujukan bebila aku datang melancong bersama keluarga ke KL nanti.. mana la tau kan.. rezeki nak gi KL bebila nanti.. boleh la rujuk entri blog ni.....

Sedapnya Cheese Tarik Crust Pizza di Dominos

Assalamualaikum semua,  nak kongsikan pengalaman kami merasa pizza Dominos yang terbaru baru-baru ni.. semuanya sebelum anak-anak bujang bersunat aritu.. dapat pulak kod diskaun untuk pizza regular dengan harga lebih murah.. dan kebetulan memang lama tak makan jadi aku terus tempah di website dan set akan ambik di Dominos Taman Tas..  Cheese Tarik Crust di Dominos mesti ada yang tanya kenapa mesti ambik kat Dominos cawangan Taman Tas dan tak ambik je di Cawangan di bandar atau di Indera Mahkota kan?  sebenarnya kami pernah jugak beberapa kali membeli di cawangan bandar dan IM tapi agak mengecewakan hasil pizzanya berbanding yang disediakan di cawangan Taman Tas.. lebih sedap rasanya kalau yang di Taman Tas.. cuma sekali la pernah terkena pizza yang agak rentung di Taman Tas bila kami order New York crust..  dan kali ni kami cuba pizza terbaru Dominos yang ada tambahan cheese pada dohnya.. atau dipanggil cheese tarik pizza.. macam mengancam bila...

Sedap ke Pau Kacang Viral tu?

Pau Kacang Pau Viral Putrajaya assalamualaikum semua, petang semalam aku tetiba je dah parking kereta kat depan gerai yang jual pau viral putrajaya kat depan Kuarters Guru Tanjung Lumpur.. eh betul ke tetiba? hahaha.. ye la sebab sebelum tu elok je aku memandu kat lorong sebelah dan tetiba pulak dah elok parking kat seberang jalan.. tak ke pelik tu? banner pau kacang viral boleh nampak dari jauh tau.. mengoda kan? semuanya gara-gara pau kacang yang viral ni la.. aku dah tau dari sorang jiran kat taman kami ni ada sorang kawan dia jual pau viral putrajaya tu.. lama jugak dah dia cakap tu tapi aku asyik la terlaju bila lalu kawasan tu.. dan semalam ni ntah kenapa boleh teringat pulak nak singgah.. bila dah singgah tu terbeli la 3 biji pau viral.. aku ambik pau kacang pasal belum pernah cuba yang ni.. lepas tu ambik jugak pau ayam panggang dan pau cendawan .. pau kacang je yang tak pernah cuba setakat ni.. tu yang jadi teringin sangat tu.. pau cendawan ~ aku...

Singgah Makan Lauk RM2 di Gerai Kak Som!

Lauk RM2 viral di Kuantan assalamualaikum semua, semalam along aku tag aku kat satu artikel pasal kedai makan lauk murah berharga 2 ringgit kat Kuantan , hebat betul sebab sampai keluar dekat suratkhabar Sinar Harian tu.. jadi disebabkan dah terkenal gitu aku pun nak cuba la jugak.. kalau orang sebut pasal makan sedap laju je kan aku ni...hahaha.. sila bertabah lah.. teruja kan baca ni? dan kami pun secara rasminya membuat lawatan sambil makan ke Gerai Kak Som yang berada di Tanjung Api.. kalau nak tau agak mencabar cerita aku nak cari kedai makan Kak Som ni.. memula aku dengan shah dengan gamblenya kami meninjau secara rambang je kat kedai makan di sekitar Tanjung Api.. konon-konon niatnya nak tengok signboard la yang bertulis Gerai Kak Som seperti yang tertulis di suratkhabar tu.. jadi kami berhenti dan tengok setiap kedai makan yang ada sepanjang Tanjung Api tu.. siap sampai tersesat kat kedai makan kat Pantai Selamat lagi.. hahaha.. lepas tu dah abis da...

Makan-makan di Hutan Bandar Bistro

assalamualaikum semua, ni sebenarnya cerita bulan lepas.. kami berkira-kira dah lama sangat dah nak luangkan masa untuk makan kat luar sekeluarga dengan anak-anak.. tapi selalu je ada halangan.. jadinya sempena anak-anak tengah cuti sekolah la kami rebut peluang ni.. kalau tak lewat petang macam tu baru la sampai ke rumah.. semua muka dah letih nak makan luar pun dah tak larat.. Hutan Bandar Bistro Makan-makan di Hutan Bandar Bistro kali ni kami pilih nak makan kat tempat murah tapi berpatutan yang dah lama orang Kuantan sibuk cerita.. dah bertahun dah.. tapi baru ni la dapat kesempatan nak pegi.. kebetulan pulak sebenarnya tarikh kami pegi tu dekat dengan ulangtahun kelahiran kakak husna.. kebetulan yang tak dijangka la tu.. walaupun ummi sebenarnya dah lupa tau nak.. haha.. tempat yang kami pilih ni tak lain tak bukan dari Hutan Bandar Bistro yang terletak di Pantai Teluk Cempedak Kuantan.. nak cari tempat ni senang je.. korang boleh je halakan waze atau gps ko...