Cerita Ita: suami isteri                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel suami isteri

Terima Ucapan Ulangtahun Perkahwinan Dari Suami

Assalamualaikum semua, hari ni 24 Jun 2023 merupakan hari ulangtahun pernikahan aku dan Shah. Genap 17 tahun kami hidup bersama pada hari ni. Rasa macam terlalu cepat masa berlalu. Gambar terkini semalam Ucapan sempena ulangtahun perkahwinan Macam tak sangka juga bila suami ucapkan ucapan ulangtahun perkahwinan malam tadi. Sebab dia jenis jarang ingat. Orang lelaki kan..haha.. Tapi sebagai isteri aku rasa gembira dan terasa sangat dihargai bila dapat ucapan macam tu.  Hadiah buat isteri Itulah orang kata orang perempuan ni hidupnya sangat mudah. Bila suami bagi ucapan pun hidup dah rasa bahagia sangat dah. Lagi la kalau diberi jambangan bunga atau hadiah. Lagi la rasa berbunga-bunga hatinya. Jadi sebagai suami tu, boleh la cuba ambil hati isteri dengan pelbagai cara sesuai dengan isteri masing-masing. Hari ni biasanya kami akan bawa anak-anak makan kat luar tapi disebabkan kami semalam dah habiskan aktiviti seharian di Melaka. Kira dah sambut awal jadi kami duduk rumah je la ...

Sweetnya cik abang kita

assalamualaikum semua, semalam kan hari wanita sedunia kan? tapi aku pagi-pagi lagi dah dapat surprise yang sangat mengejutkan tau.. aku kira macam ni hadiah untuk hari wanita jugak la.. ye kan bang  ? ;)  patut tak simpan nota yang julung-julung kali ada ni? sebabnya korang tengok je la nota yang tertampal kat peti sejuk aku pagi semalam.. sebenarnya kan ada cerita di sebalik ayam tu tau.. masa balik dari kerja tu aku berangan la nak masak ayam goreng salut tepung ayam Bestari.. sebab asalnya ada beli ayam Ali's Fried Chicken kat pasar malam tapi tak cukup pulak bebudak ni.. ditambah pulak dengan bergaduh yang ini tak mau pedas.. yang itu nak pedas.. sudahnya kami mintak nak dua-dua tapi sikit la pulak.. tak cukup.. makanya teringat pulak aku shah ada beli ayam aritu kat LYC.. jadi konon berangan la boleh la goreng ayam tu kang untuk tambah sesapa yang tak puas makan tadi tu.. tapi.. sesampai je kat rumah dan aku bukak peti tengok ayam rupanya ayam ...

Bila suami tak dapat bersama..

assalamualaikum semua, baca tajuk macam pelik je kan? bila sebut je tak dapat bersama tentu korang ingat cerita kategori 18SX je kan? suami tak dapat bersama tu tentulah sesiapa pun pelik. sebab suami atau isteri tu la yang paling rapat selain ahli keluarga sendiri. gambar ala-ala sweet kami 2 tahun lepas bukan apa pun sebenarnya.. hari ni hari pertama aku cuba bawak kereta sendiri ke tempat kerja. sebelum ni bukan tak pernah langsung tapi memang kebanyakan masa memang aku jadi mem besar je la kat sebelah. walau untuk jarak perjalanan jauh atau dekat memang gitu je la pesennya pun. jarang-jarang sangat la aku nak bawak sampaikan aku punya 'confident level' tu macam dah kurang sangat-sangat la. dah lupa dah skill berulang alik dari Kuantan ke Kota Tinggi, Kota Tinggi ke Kuantan setiap 2 minggu satu masa dulu. dah lupa jugak skill menggelak tiang pagar besi kat lorong sempit masa nak hantar dan ambik abg long dari rumah pengasuh waktu di Kota Bharu dulu. ...

Wordless Wednesday # 57

assalamualaikum semua, langkah ke arah menjadi suami dan isteri mithali  p/s baru balik dari hadiri majlis konvo POLISAS... sukanya tengok muka ibu bapa yang datang entah dari ceruk mana tapi nampak gembira dengan kejayaan anak masing-masing... Tahniah anda telah berjaya menjadikan anak anda berjaya... langkah aku yang masih panjang...

Kursus Ilmu Keluarga

assalamualaikum semua, aku sekarang ni tengah berada dalam sesi ceramah Ustaz Abdullah Muhamad dalam kursus anjuran LPPKN .. aku pergi kursus ni dengan shah ni...shah kena paksa...hehe...kan bang? kami pergi ke kursus ni sebagai pengisian untuk sambutan ulang tahun perkahwinan kami yang ke 7 baru ni...semalam dah gi sambutan lain...nanti aku cerita di entry lain ya... ini salah satu cara kami untuk sambut anniversary kami kali ni..semoga dengan cara ni kami dapat perbaiki diri sebagai suami..isteri dan ibubapa yang lebih baik..inshaaAllah.. harap shah dapat bertahan sampai ke petang...amin... ini dia keluar kejap ambik abg long balik sekolah.. Ya Allah...permudahkan kami untuk memperolehi ilmumu hari ini...amin... p/s minggu depan dah kena tinggalkan family lagi...mana nak jadi keluarga sakinah ni...

Tanggungjawab suami isteri mengikut Islam

assalamualaikum semua, dah lama sangat menyepi kan? cuma post-post kecil je yang bersinggah.... maaf ye... mood berblog entah ke mana.... ditambah dengan beban kerja setelah bercuti selama seminggu....lelah belum abis lagi ni.... petang-petang ni aku nak kongsikan bacaan ilmiah yang didapati dari blog yang sangat berinformasi.... SUMBER : AIRMIEN : Sesuatu Tentang Kehidupan semoga kita semua dapat manfaat darinya...amin... ikhsan dari google Tanggungjawab Seorang Suami Mengikut Islam ADIL Salah satu tanggungjawab utama seorang suami terhadap isterinya (isteri-isteri) ialah mengawal isterinya serta berlaku adil kepadanya kerana isteri itu adalah amanah Allah yang diserahkan kepada si suami. Sabda Rasulullah SAW: (Fear) God, (fear) God in the matter of women. They are weak partners, a trust from God with you; and they are made by the divine word permissible for you. Ini menunjukkan bahawa suami hendaklah menjaga amanah yang telah diberikan oleh Allah kepad...