Cerita Ita: gambar                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel gambar

Wordless Wednesday # 101 : WUDHU'

assalamualaikum semua, gambar ni ambil kat hospital semalam.... video cara-cara mengambil wudhu' (air sembahyang) bagi orang sakit.. medik tv p/s telefon full storage lagi.. whatsapp tak boleh guna.. bila la nak ada rezeki dapat telefon lagi besar storage ni...

Kek Apam Susu

assalamualaikum semua, lama tak menulis..terkejar-kejar rasanya sekarang ni.. tahun ni abg long dah naik tahun 2.. abg ngah dan husna masing-masing dah 5 dan 4 tahun dan dah sama-sama masuk ke PASTI mulai tahun ni..tinggal adik hadi masih di pengasuh lama.. alhamdulillah setakat ni mereka semua serasi.. baru perasan rupanya entri pertama di tahun 2015 adalah entri wordless Wednesday.. hehe..maaf la ye..banyak yang nak ditulis tapi tak tertulis-tulis jugak.. ok kali ni kita share resepi kek yang jadi kegemaran anak-anak..sedap jugak kek ni kalau cicah dengan air kopi atau teh..ala-ala bahulu pun ada..macam resepi kek minyak jugak cuma takde baking powder dan minyak je dalam adunan.. Resepi Kek Apam Susu Bahan-bahannya: 1) 4 biji telur. 2) 1 sudu teh esen vanilla 3) 1 sudu besar ovalate 4) 1 cawan gula pasir 5) 4 sudu besar susu pekat 6) 2 cawan tepung gandum 7) Pewarna ikut suka Cara-caranya: - No 1 hingga 5 di blend hingga halus dan kembang. - Selepas itu masukkan t...

Wordless Wednesday # 73 : Audit ISO 17025

Doakan kami.. p/s orang kanan semua cuti bersalin ni... tolong!!!!

Piala Malaysia : Pahang vs JDT : Pahang Juara

semalam kecoh sana sini pasal bola.. dan aku tengok gak masa masa tambahan dan penalti tu.. pahang menang dengan penalti 5-3..tahniah pahang.. dan paling best pahang dapat cuti peristiwa untuk isnin ni..tapi aku pening sebab abg long ada peperiksaan esok..jadi ke tangguh la kan? anggap gitu je la... sibuk-sibuk orang cerita bola..ada kisah lain lagi...che ta atau rozita che wan selamat lahirkan anak yang sangat-sangat comel ok..tak pernah jumpa budak baru lahir comel gitu..kalau aku ngandung kompom nak tengok hari-hari gambo anak dia bg kenan..hahaha... tapi tengok si hadi comel ni pun dah cukup tenang dan bersyukur rasa hati..alhamdulillah.. p/s saya org johor tp secara jujurnya saya menyokong phg mlm ni..bukan kerana semangat kenegerian saya telah hilang..saya masih tetap dengan sambal kicap dan mee siput saya..cuma tak bape gemor dgn keegoan setengah org yg makin tinggi.. Majulah sukan untuk negara..

Dah 54 hari

assalamualaikum semua, pagi ni bersiaran dari kampung nan indah permai.. lama dah tak menulis..ini pun sambil meriba si kecik comel dalam cuaca pagi yang sejuk-sejuk ni..terima kasih pada yang sudi singgah dan baca serta tinggal komen walau tuan blog lama dah tak berkesempatan nak menulis.. alhamdulillah..hari ni kami dah genap 54 hari selepas tarikh bersalin aritu...aku masih lagi merangka draf untuk kisah kelahiran adik hadi..maaf ye bagi yang tertunggu-tunggu...ceeeh...ada ke? hehe... adik hadi makin sihat dan bulat sikit dari lahir aritu...dan dah 2 hari aku letak gambar muka adik di facebook..kalau sebelum ni tak letak konon-konon la eksklusif konon...haha..sila jangan meluat ok.. dan di entry ini juga akan diletakkan gambar bagi sesiapa yang belum tengok Ahmad Hadi Haris di facebook lagi tu.. selamat berkenalan buat semua dr adik Hadi.. p/s cuti2 jugak...tapi ada keja yang kena jugak submit sblm 30 hb..hmmm...

Breastpump terpakai untuk dijual dengan harga murah : Set Spectra 3 dan Unimom Allegro

assalamualaikum semua, lama tak bersiaran.. sibuk menguruskan adik hadi di rumah sekarang ni.. inshaaAllah satu hari nanti nak tulis pasal kelahiran adik hadi pulak.. tapi buat masa ni ada sesuatu kena highlight dulu.. aku nak jual breastpump aku yang ada sekarang ni.. aku nak jual dua-dua set ni dalam satu pakej yang sama..maknanya dua barang ni dengan satu harga.. ok..kita cerita detail pam ni dulu.. pam 1 : Spectra 3 spec : pam elektrik single @double usia : pam ni dah berjasa dekat 4 tahun dah pada aku dan anak-anak.. condition : keadaan pam buat masa ni masih tip top dan pembelian pam ni akan disertakan dengan 2 set breastshield terpakai jugak..maknanya boleh buat double pumping.. ;) tak ada kotak akan mengiringi pam yang dijual..harap maklum ya.. harga beli : RM499 pam 2 : unimom allegro (SOLD @ TERJUAL) spec : pam elektrik @ bateri ; single @ double usia : dah lebih 2 tahun condition : pam masih tip top dan setiap pembelian akan disertakan dengan 2 set breastsh...

Wordless Wednesday # 69

teaser.... p/s esok cukup 30 hari..baru boleh nak letak gambar penuh kot.. ;)

Menulis di Tanjung Piai

assalamualaikum semua, masih bekerja di tanjung piai hari ni...dan kalau diberi kesempatan kami nak berkunjung ke taman negara tanjung piai untuk ambik gambar di sana...doakan misi kami berjaya... meh layan gambar pagi di tanjung piai ni... p/s dugaan banyak untuk mak buyung di sini...kena tambahkan hati, siapkan keja dan balik rumah cecepat...

Wordless Wednesday # 48

assalamualaikum semua, tolong doakan yang terbaik dan keselamatan kami di kuantan... kuantan jam 3 petang 4/12/2013  tolong doakan kami...   p/s masih ada bapa2 yang sanggup meninggalkan keluarga menghadapi musibah banjir sendirian untuk semata2 menghadiri persidangan umno di pwtc... sedih...

Salam Aidiladha buat semua

assalamualaikum semua, dah lama tak update kan? banyak hal yang menghalang...anak-anak tak sihat..kereta rosak..dan yang paling utama line tak bape nak molek.. hari ni kugagahkan jua menaip untuk ucapan hari raya untuk semua terutama pada sesiapa yang kot-kot la merindui...cewaaaah...hehehe... aku akan cerita nanti pasal adik husna tak sihat ni...dan cerita kereta kami yang rosak tu..tapi simpan dulu la.. untuk hari ni sempena hari raya ni...aku nak bagi korang terutama yang tak balik raya layan gambar ketupat dan lepat dulu la ye..ada yang marah ke? ala rilek la..kalau rasa-rasa marah korang kecutkan dulu blog ni..pastu bila agak-agak dah sejuk marah tu sambung baca ok.. hehe.. p/s nama je cuti nak beraya kat kampung tapi tetap takde feel nak raya sebab diserabutkan dengan hal keja sejak hari Sabtu..leceh betul kan? susah-susah berenti je la ita... Published with Blogger-droid v2.0.10

Resepi Agar-agar susu lapis milo

assalamualaikum semua, nak bagi resepi yang dijanjikan ok... memula yang senang dulu la ye... Agar-agar susu lapis milo Agar-agar susu lapis milo resepi oleh Cerita Ita Bahan-bahan 10 gram agar-agar (aku suka guna yang panjang2) 4 cawan air 4 sudu besar gula 2 cawan susu cair 4 sudu besar milo 1/2 cawan air panas Agar-agar susu lapis milo Cara-caranya 1. Masak agar-agar dan air di atas api sederhana sampai agar-agar cair. 2. Masukkan gula dan kacau sebati. 3. Masukkan susu cair dan kacau sebati dan matikan api bila mula mendidih. 4. Dalam cawan air panas, masukkan milo dan kacau rata. 5. Buat dua bahagian dari agar-agar yang dimasak tadi. Satu bahagian dimasukkan milo yang telah dicairkan tadi. Elok diletakkan ke dalam periuk supaya boleh dicairkan semula apabila agar-agar mula membeku. 6. Letak bekas dalam loyang yang berisi air (untuk mempercepatkan agar-agar beku). 7. Tuang bahagian susu (putih) ke dalam bekas. Bila dah agak-agak keras di permu...

Agar-agar susu lapis milo

assalamualaikum semua, dah malam baru sempat nak jengah...malam semalam sampai pagi aku siapkan biskut...mata ni dah layu je sebenarnya tapi tak boleh tidur lagi..shah keluar mengeteh dengan kawan-kawan setaman ni... nak lelap karang dibuatnya anak-anak main bukan-bukan tak ke bahaya tu.. sambil melepak sambil mengajar abg long membaca ni...letih berebut dengan adik-adik dia lagi...memasing nak pegang buku sorang satu...dengan husna nak ngempeng lagi...wah..memang azab kalau dibayangkan keadaan aku masa ni..dengan tahan mata mengantuk lagi ni.. mana nak menaip blog lagi ni..huhuhu... tadi sebelum maghrib aku sempat cairkan agar-agar..teringin nak makan benda sejuk-sejuk..pastu tadi dah siap dah tadi..aku dah selamat masukkan dalam peti dah pun...resepi macam biasa..tengah bergolak ni tak sempat nak tulis..layan gambar je la ye... p/s makin azab bila abg long tengah baca buku 2 tetiba tukar jadi buku 8..eh..ni la padah anak ramai ita... takde elektrik dan line maxis buat hal seja...

Membuat roti atau menguli roti atau meroti?

assalamualaikum semua, letih pulak rasa pepagi ni...macamana la orang boleh gigih buat roti agaknya...aku dulu-dulu rajin la...sekarang ni bila anak-anak dah mula pandai mintak itu ini rasa macam leceh pulak... sebab bila tangan dah pegang doh melekit tu mula la drama macam-macam...sudahnya doh dah terlampau naik...yis dah terlampau berbuih....macam-macam la lagi halangan... keputusannya aku kena beli breadmaker...lepas ni kena survey harga...eh? hehehe... cite roti ni aku sambung kemudian ye...tak best kat hp takleh nak edit gambo... p/s tghari ni nak masak cendawan + fishball goreng, peria goreng telur pedas dan goreng ikan pekasam kak anim.. alhamdulillah..

Selamat Menyambut Hari Malaysia buat semua

assalamualaikum semua, pagi ni kami menyambut hari malaysia di kampung shah...di Kg Bt 8 Lepar Banjir Pekan... semalam petang bertolak dari rumah dan sampai dalam pukul 7 lebih...lama tak kumpul adik-beradik...jadi sesaja je la nak berkumpul...bagi anak-anak kenal dan bermain dengan sepupu diorang... pagi ni akak ipar aku buat nasi dagang untuk sarapan...tapi ada bau nasi lemak aku semalam diorang panaskan kot...wangi je bau dari depan ni... mesti korang pelik...bau makanan dari dapur dan aku kat depan...hehe...aku baru lepas susukan husna tadi pastu tengah kemas tempat tidur pulak ni...ternampak hp..update blog dulu la...hehe... abg long dah bising ajak balik johor...sebab lama tak balik agaknya..bulan lepas tak balik sebab mak abah datang rumah kami sebelum sama-sama gi hantar adik ke UMK Jeli...eh aku belum cerita pasal tu kan? nanti aku ceritakan ok... ok...jom mengemas... layan gambar nasi lemak aku semalam je dulu ye...pepetang nanti ke aku tunjuk gambar nasi dagang tu.. ...

Wordless Wednesday # 38

assalamualaikum semua, stress???? jom memasak... p/s dinner ke supper ni?

Wordless Wednesday # 37

assalamualaikum semua, entri pertama selepas bercuti panjang dari blog.... ada durian dalam durian ;)  p/s esok-esok kalau free aku update lagi ye....huaaaa... nak pitam dah ni...

Hasil projek bertukar!

assalamualaikum semua, tadi pagi aku tunjuk gambar kacang kan? cadangnya nak buat biskut cornflakes madu tapi lain pulak jadinya...hehehe... aku sudahnya simpan semula kacang tadi... buat biskut lain pulak.. aku buat biskut ala famous amos lagi tapi kali ni resepi lain pulak.. sumbangan seorang blogger..nanti aku dah hadap laptop boleh cerita panjang ok..ni kat telefon android murah ni susah sikit...terutama nak link-link bagai semua tu.. ok la...kita layan gambar je la dulu ye... kuih raya ke 3 ku... sila abaikan je nama putu kacang kat balang tu ye.. p/s kuih tart dah tinggal satu bekas je ni...waaa...macamana nak bawak balik 2 kampung ni..harap dapat buat lagi la sebelum raya..

Kehadiran ahli keluarga baru kami..

assalamualaikum semua, nak berkongsi berita gembira buat kami.... kalau semua orang sibuk tunjuk gambar Putera sulung Kate Middleton dan Putera William...aku nak sibuk jugak...sibuk tayang gambar puteri dan puteri comel kami ni... walaupun jantinanya masih belum dapat dikenalpasti... tapi yang pasti mereka comel.... di pagi hari kejadian di tempat kejadian... pagi tadi... siap ada teman yang setia menunggu tu....hehe... dan hasilnya.... 4 ekor anak PETO yang comel-comel.... PETO ni sebenarnya kucing liar yang datang tumpang kat opis kami dan kami bagi dia makan... dulu ada seekor kucing yang kami panggil PET...sangat manja.. dan sekarang orang lain dah bela kat rumah mereka... sekarang ni keluarga PETO dah bertambah... jadi sesiapa yang sudi boleh la ke makmal kami ye.... p/s yang putih hitam si penunggu tu pun tengah tunggu masa je tu...

Wordless Wednesday # 32

assalamualaikum semua, Telur Ular  ada sesiapa yang ada kepakaran? adakah ini memang telur Ular? p/s kerja banyak berlambak-lambak... mana nak buat dulu ni???

Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan yang ke 7

assalamualaikum semua, hari ni 24hb Jun 2013 merupakan hari yang sangat istimewa untuk kami... 7 tahun yang lalu.... tanggal 24hb Jun 2006... 7 tahun yang lalu kami selamat diijabkabulkan... terasa macam kejap je masa yang berlalu....kan bang? dalam sibuk kita pejam celik... pejam celik... gaduh...gaduh... tetiba dah 7 tahun... hehe... semoga perjalanan hidup kita yang masih jauh ini diperlihara oleh Allah dari segala keburukan dan semoga kita sama-sama boleh menjalankan amanah yang digalas di bahu kita sebaik-baiknya.... dan semoga hidup kita yang ketika ini ditemani anak-anak yang sangat comel sentiasa berbahagia hingga ke syurga....amin... meh layan gambar kami masa dolu-dolu.... di hari pernikahan 24 Jun 2006   di hari persandingan 22 Julai 2006   ni pulak gambar masa kini..... gambar terbaru 30 Mei 2013 .... kejap je keluarga "berkembang" kan?   p/s ada sesiapa nak tambah komen? hehehe....