Cerita Ita: berbuka                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel berbuka

Perlaksanaan Azan 2 kali di Pahang

Perlaksanaan azan 2 kali di Pahang. assalamualaikum semua, dah masuk 3 Ramadhan dah hari ni.. korang sihat tak setakat hari ni? mana yang tak sihat tu aku doakan semoga Allah pulihkan kesihatan korang dan semoga kita semua dapat menjalankan ibadah sebaiknya dalam bulan yang mulia ni.. mana taknya.. beribadat di bulan Ramadhan ni akan dijanjikan ganjaran yang berlipat kali ganda dari bulan yang lain.. sumber - freemalaysiatoday website tapi aku bukan nak ceritakan pasal ganjaran beramal di bulan Ramadhan ni sebenarnya.. ada je aku tuliskan aritu pasal amalan yang baik dilakukan pada bulan Ramadhan kat blog.. ada pun amalan yang sangat mudah nak dibuat.. tak perlukan kemahiran apa-apa pun.. walau kita takde asas agama yang kukuh pun boleh je buat.. takde pengecualian.. yang penting perkara yang kita buat tu dapat memberi manfaat pada diri kita dan orang lain tanpa kita sedar pun.. yang aku nak ceritakan hari ni ialah mengenai perlaksanaan Azan 2 kali di Pahang.. se...

Resepi Kuih Tart Bunga Comel

Assalamualaikum semua, nak buat entry pasal kuih raya dengan harapan feeling raya tu mari sama... entah kenapa aku rasa tahun ni macam tak terasa semangat nak beraya... bukan sebab aku kena beraya di rumah mertua ye... kalau ikutkan dah bape kali pun beraya di rumah mertua... tak jadi masalah pun... mana-mana pun tetap ada kemeriahan syawal tu... walau di rumah mak sendiri ataupun di rumah mertua... sebab mak mertua aku tak pernah anggap aku ni menantu dia pun.. sama je layanan macam anak sendiri... malah kadang-kadang aku rasa macam lebih lagi dari anak sendiri... cuma rasa sedikit terkilan mungkin sebab adik beradik shah belum tentu dapat berkumpul bersama semuanya... dan shah tentu lagi sedih... takpe la bang... kita cuba meriahkan rumah mak dengan keluarga kita dan adik beradik yang ada ok... tak mau sedih-sedih... malam tadi aku punya projek adalah membuat kuih Tart bunga yang comel setelah stok tart yang terdahulunya aku buat tu dah licin...waaaa.... Resepi ni sebenarn...

Berbuka Puasa di Restoran Santai Kuantan

assalamualaikum semua, baru isnin lepas kami berpeluang berbuka puasa di luar selain dari majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh jabatan baru ni... kali ni sebab aku baru balik mesyuarat dari Temerloh... makanya dah buat keputusan tak nak masak dan kita makan kat luar... dah lama teringin nak makan kat luar... dah tengok beberapa hotel di Kuantan... ada yang harga agak berpatutan tapi bila fikirkan harga yang masih agak tinggi bagi kami maka tergendala jugak akhirnya... banyak pilihan kalau ingin berbuka puasa di hotel di kuantan ni... antaranya Hotel MS Garden... tapi harganya tak tercapai akal kami ..hehe...RM75 dewasa dan rm45 untuk kanak-kanak.. boleh rujuk SINI ye... Hotel The Zenith harga lagi buat kami tergigit lidah.. RM80 seorang dewasa...boleh tengok sini .. Hotel Rocana... RM50 seorang dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak boleh rujuk SINI .. Hotel Mega View ... RM45 seorang dewasa dan RM25 untuk kanak-kanak..boleh rujuk SINI .. Hotel Sri Manja... RM55 unt...

Menu semalam

assalamualaikum semua, hari ni meeting di Temerloh..mengantuknya... semalam kami lalu bandar untuk hantar mak mertua aku balik ke rumah...alhamdulillah..jalan besar dah kembali kepada asal..lega banyak kami...langsung tak jem dah...cuma jem semalam sebab ada sekatan JPJ je di kedua-dua jalan.. sekejap je dah 20 Ramadhan kan..rasanya baru je dengar tilawah al quran kat tv... aku nak tunjuk menu semalam ni sebenarnya... layankan je la walau tak bape nak best ye.. p/s hari ni nak berbuka kat Restauran Santai..cuba berbuka kat luar..dah tempah sesiap tempat duduk yang boleh bersila.. doa majlis kami berjalan lancar ye..