Cerita Ita: tempat makan best                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tempat makan best

Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing

Assalamualaikum semua, dulu aku pernah cerita pasal kedai jual keropok lekor sedap di Mersing dalam blog aku ni. Masa tu aku perkenalkan satu kedai keropok kat Mersing la. Bukan kedai keropok lekor popular dan viral di Mersing pun masa tu. Tapi aku cerita sebab dia jual keropok sedap. Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing - gambar ni kredit google ya Kali ni aku nak cerita pasal kedai keropok sedap yang lain pulak. Lokasinya masih lagi di Mersing. Tak berubah ke daerah lain lagi la. Setakat ni kalau dalam Johor ni keropok area Mersing la yang menjadi pilihan kami sekeluarga. Pada kami, keropok daerah lain di Johor ni bukanlah tak sedap, cuma tak menepati selera je. Gambar lama dia, masa ni takde lagi papan tanda kuning kedai dia Ni gambar baru, adik aku ambik dari dalam kereta Kedai Keropok Lekor Sedap di Mersing Eh yang aku cerita ni pasal keropok lekor sedap tau. Bukan keropok keping. Karang ada yang salah faham pulak. Kadang-kadang ada ker...

Sarapan berharga Seringgit di Kluang!

Sarapan berharga Seringgit di Kluang!  Sarapan berharga Seringgit di Kluang Assalamualaikum semua, selamat kembali dari bercuti panjang semua. Semua dah mulakan tugas rutin seperti sediakala kan. Ada juga yang masih terpaksa cuti disebabkan masalah kesihatan.  Aku pun sama ada batuk sikit. Dah buat ujian Covid pun, alhamdulillah masih negatif. Risau jugak sebab baru ni ada staff di pejabat kami yang positif Covid. Mujurlah keputusan ujian aku masih negatif.  Budak kecik ni biasa nak roti kosong je Tapi aku bukan nak cerita pasal Covid. Aku nak cerita pasal kami makan di Kedai Makan kawan yang hidangkan sarapan RM1 untuk setiap hidangan kat kedai makan dia.  Geng Belakang ni order macam aku roti canai telur Roti Canai Telur Tawaran promosi ni cuma berlangsung pada setiap hari Jumaat saja dari pukul 6.30 pagi sampai ke 10.00 pagi. Kawan aku ni dah lama buat promosi sebenarnya. Tapi kami pun baru sekali ni la berpeluang pergi. Itu pun berkejar dengan anak-anak nak ada k...

Donut Coklat Murah cuma berharga RM2 di Kuantan!

Donut Coklat Murah di Kuantan! assalamualaikum semua, hari ni aku nak kongsikan satu lagi tempat makan best dan wajib pegi kat Kuantan ni.. ianya ialah Donut coklat murah yang cuma berharga RM2 je satu tau.. haa.. teruja nak tau? meh teruskan baca..  mulanya aku terbaca pasal donut ni masa aku tengok paparan di wall facebook masa scroll status kawan-kawan.. tetiba ada iklan pasal satu bakeri ni jual donut murah dan lembut.. teruslah menarik hati kan? Donut Coklat RM2 pastu baca pulak review dan komen-komen orang lain dalam status facebook yang diiklankan tu memang mengakui yang donut tu sangat sedap dan lembut.. siap ada pulak komen yang kata dia tak sempat beli sebab dah habis.. lagi teruja aku nak cuba rasa.. sedap sangat ke? nampak kan iklan melalui facebook ni sangat mempengaruhi.. buktinya aku dah terpengaruh ni haa.. hahaha.. Donut Coklat RM2 ok meh kita cerita kat mana nak cari donut sedap dan murah ni? kat bawah ni ada gambar kedai bakeri yang d...