Cerita Ita: ISO 17025                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ISO 17025

Audit ISO 17025 dah selesai!

Assalamualaikum semua, semalam dah selesai audit assessment dari Jabatan Standard Malaysia selama 2 hari.. audit kali ni adalah bertujuan untuk pembaharuan sijil ISO 17025 makmal kami buat kali ke 3.. alhamdulillah sejak layak untuk persijilan pertama pada tahun 2012, kami berjaya lagi mempertahankan sijil ni dengan beberapa perubahan dari masa ke semasa.. mesyuarat penutup - tengah cemas masa ni ceewah.. macam buat ucapan pulak dah pepagi ni.. haha.. bukan la nak buat ucapan sangat pun cuma nak melahirkan rasa bersyukur dah terlepas satu lagi tanggungjawab yang agak berat ni.. inilah antara sebab jugak kenapa aku tak dapat menghadirkan diri dalam majlis konvokesyen adik aku.. sekarang cuma tinggal nak masukkan jawapan dan bukti untuk jawapan tu je la belum dibuat lagi.. insyaAllah akan cuba diselesaikan secepat mungkin..  penemuan audit semalam pun cuma dapat 1 NCR (non-confirmatory report) kategori 3 (minor) dan satu observation.. alhamdulillah agak sukar nak da...

Pengalaman memberi ceramah

assalamualaikum semua, hari ni terasa nak tulis pulak pasal kerja.. entah kenapa pulak.. mungkin disebabkan kerja yang berlambak tak abis-abis kat depan mata ni kot.. kerja aku bukalah takat jadi doktor haiwan yang buat postmortem dan diagnosis penyakit je setiap hari.. sebagai pegawai kerajaan kami pun terbelenggu dengan tugas-tugas pentadbiran jugak.. jadi dari kita stress marilah kita tulis blog.. biar blog je yang stress.. haha Pengalaman memberi ceramah sebenarnya nak cerita.. minggu lepas ada kursus dalaman mengenai ISO 17025 kat makmal kami ni haa.. tapi cuma kursus kecil-kecilan la.. aku yang cadang nak buat pastu aku yang buat semua sudahnya sebab terlupa nak lantik AJK bagai.. nasiblah.. ni semua gara-gara jadual yang agak padat bulan September ni.. dari awal bulan aku ke KL sampai tengah bulan ke Ipoh pulak.. dan akhirnya baru balik ke makmal.. dan kena buat kursus.. jadi kelam kabut pun ada.. dan lebih best lagi aku la kena jadi penceramah pasal tak sempat ...

Wordless Wednesday # 73 : Audit ISO 17025

Doakan kami.. p/s orang kanan semua cuti bersalin ni... tolong!!!!

leganya dah selesai...

assalamualaikum semua, alhamdulillah semuanya dah selesai dengan penutup audit jam 12 tengahari tadi...lega sikit...satu penyeksaan fizikal dan mental dah selesai... mesti korang pelik kenapa aku nak stress gila-gila kan...ala audit ISO je pun bukan ada apa sangat kan.... tapi aku memang sepatutnya stress...sebab sebagai pengurus kualiti atau Quality Manager..aku kena pastikan semua aspek menepati syarat dalam 25 elemen yang ada dalam ISO standard tu..belum lagi mana-mana masalah yang memerlukan peruntukan kewangan yang agak besar....itulah yang buat aku lagi stress... itu jugak sebabkan aku terbersalin awal seminggu masa abg ngah dulu...hihi... tambahan pulak dengan staf teknikal yang tak cukup dan memang cukup-cukup...adoiaaii...aku la Ketua seksyen..aku la jugak pengurus kualiti..lari sana...lari sini...huuiiihh...mujur la lab kami ni cuma ada 2 tingkat je tau...kalau tak..mau aku bawak kereta dan hilang terus dari bangunan...hihihi...boleh gitu? apa pun setiap hari aku tak lu...

Berehat sebentar..

salam semua, apa khabar semua hari ni? aku alhamdulillah masih sihat.... anak-anak pun sihat jugak cuma adik husna ada sikit selsema lagi.... nak update pasal anak-anak kejap la... abg long: alhamdulillah dia dah kenal huruf sikit-sikit... dah boleh tulis simple word... tapi dengan syarat aku tunjuk satu-satu huruf yang kena tulis... ok la tu dia rajin nak belajar... kalau nombor dia dah boleh kira sampai 30 dah... itu pun ummi dia kena guide jugak... tulis nombor pun dah ok jugak.... tapi still kena guide jugak... cakap dia masih pelat... tapi makin banyak soalan keluar dari mulut dia... letih nak menjawab... abg ngah: makin pandai cakap.... dan kuat gak melawan ni... setiap apa kita buat mesti dia tanya "apa tu"... kuat cari gaduh dengan abg long dia.... kadang-kadang sampai abg long menangis dibuatnya....kesian abg long... tapi susah gak nak marah... budak-budak kan... aku kena tenangkan abg long dia dulu pastu dia nangis pulak kena la tenangkan dia pula...

Yahoooo.... alhamdulillah....

salam semua, agak ceria pagi ni kurasakan.... hehe...mendalam tu.... nak tau nape...? semalam selamat berakhir 2 hari penyeksaan audit ISO 17025 kat tempat kerja kami kat kuantan ni... seksa tau (penyeksaan mental sebenarnya).... lagi pulak bila terpaksa handle semua ni sebagai pengurus quality merangkap ketua seksyen bagi 2 bahagian dari 3 bahagian yang terlibat.... macam orang bengong sikit 2 hari ni rasa.... letih? toksah cakap la.... anak dalam perut ni dah buat macam2 gerakan nak bagitau ummi dia yang dia pun dah letih tau.... ummi dia terpaksa tak boleh duduk diam... kejap gi bilik meeting kejap kena kejar ke admin kejap ke seksyen bakte.. kejap ke sekyen viro.... naik cramp kaki ni rasa naik turun tangga.... waaa.... azab betul tau.... nasiblah dalam perut ni baru 5 1/2 bulan, kalau tak sure aku bersalin awal macam masa najmi dulu.... masa najmi dulu pun kena audit jugak... cuma masa tu baru pre-assessment audit... audit hujung bulan 4... last2 najmi keluar 10 h...