Cerita Ita: ujian kesihatan                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel ujian kesihatan

Dia naik la pulak

Hari kedua 2024 yang sibuk Assalamualaikum semua, hari ni aku agak sibuk sikit sebabkan anak-anak dah mula naik sekolah. Rutin bersenang lenang ketika cuti sekolah dah berakhir. Kesibukan kerja di samping menjadi supir kembali lagi. Hari ni aku rasakan agak panjang sebab banyak aktiviti yang kami sekeluarga dapat buat bersama. Pemeriksaan kesihatan Di awal tahun 2024 ni aku macam ada sedikit kesedaran la. Teringat usia dah semakin bertambah jadi kena lebih gigih menjaga kesihatan. Bukan apa pun sebenarnya, cuma doa badan sihat bila usia menjelang senja supaya mudah beramal ibadat dan juga dapat mengembara yang sememangnya aku idamkan tapi belum kesampaian lagi. Jadi pagi tadi aku buat keputusan lambatkan sedikit makan pagi untuk terus buat ujian menjelang ke tengahari. Aku buat ujian kesihatan di premis LPPKN Kluang yang berada di deretan belakang je pejabat kami. Mudah cuma jalan kaki je ke sana. Kiranya luangkan masa dalam setengah jam pun dah selesai balik semula ke pejabat. Kemudah...