Cerita Ita: kenangan                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kenangan

Kenangan SPM 1996

SPM 1996 Kenangan lebih 20 tahun dulu.. tua dah makcik ni rupanya.. 😅 Kenangan SPM 1996 ~gambar ihsan google~ Zaman aku SPM dulu, masih menggunakan sistem pangkat dan agregat.. masa tu orang mesti akan tanya keputusan SPM dengan soalan.. "Kau dapat pangkat berapa? "  let's be game changers Masa tu ada pangkat 1,2 dan 3.. kalau tak salah agregat dikira dari 6 matapelajaran yang terbaik termasuk 4 matapelajaran wajib dan 2  matapelajaran elektif..   maaf la kalau info ni salah.. lama dah aku tinggalkan zaman persekolahan..  Tapi antara yang tak dapat dilupakan waktu hari mengambil keputusan peperiksaan SPM.. memang takkan lupa sampai bila-bila..  Aku tinggal di Kluang,  dan bersekolah di Muar pada waktu tu.. cuma ada satu je pengangkutan yang menghubungkan daerah ini yang mampu dinaiki oleh semua orang pada masa tu.. tak terkecuali aku jugak.. walaupun keputusan akan diumumkan hanya selepas jam 10 pagi seperti kebiasaann...

Selamat Tahun Baru 2019!

assalamualaikum semua,  dah masuk tahun 2019 dah pun.. 2018 dah selamat berlalu pergi.. meninggalkan seribu satu kenangan buat kami sekeluarga.. termasuk perubahan paling besar yang kami buat iaitu berpindah ke Kuala Lumpur.. namun Kuantan akan selalu di hati kami..  Selamat Tahun Baru 2019! banyak sangat kenangan manis kami sepanjang tahun 2018 yang lalu.. antara yang akan kami kenang ialah kejayaan Abg Long mendapat 8A dalam UPKK.. tak sempat lagi aku nak tulis pasal kejayaan tu dalam blog ni.. insyaAllah satu hari akan aku tulis jugak.. sekadar buat penghargaan buat si anak..  bagi mereka yang kenal aku selama ni tentu tau sangat yang aku tak pernah pun kongsikan apa jua keputusan peperiksaan anak-anak.. biar baik atau pun tidak.. bimbang sangat akan ada yang mengata kami menunjuk-nunjuk.. tapi kejayaan anak yang satu ni aku kongsikan akhirnya.. bukan kerana nak menunjuk..  jauh sekali.. cuma aku sangat berbesar hati dan bersyukur Allah kurniak...

Berkubang, aktiviti cuti sekolah yang best!

assalamualaikum semua, aku nak sambung kisah cuti sekolah anak-anak pulak kali ni.. ada waktu sebelum masuk kerja ni kita manfaatkanlah masa yang ada.. jadi marilah kita update blog.. tengok tajuk mesti rasa seram kan.. haha.. maklumlah berkubang tu biasanya untuk kerbau je orang guna kan.. tapi kali ni aku kata berkubang, aktiviti cuti sekolah yang best..  takkan kerbau pegi sekolah pulak kan.. hahaha.. dah pastilah ni aktiviti anak-anak bukan kerbau tau..  Berkubang, aktiviti cuti sekolah yang best!  kalau nak tau bagi yang tak biasa kalau area tempat aku dibesarkan istilah berkubang tu lebih kepada merujuk aktiviti mandi di sungai atau parit yang berair la.. kalau sungai atau parit kering takde air tu tak pernah pulak kami panggil berkubang.. berkubang ni merupakan aktiviti kegemaran waktu kami kecik dulu.. selalunya memang tak rupa orang la kalau lepas balik berkubang.. tapi secara jujurnya aku yang anak perempuan masa tu selalu kena tinggal tau.. lelaki ...

Sukan DVS 2018 dalam kenangan

assalamualaikum semua, aku baru je balik dari sukan jabatan yang baru je berakhir hari Selasa baru ni.. setelah kami pulun berlatih batu seremban sebelum ni sehinggalah sukan DVS atau Department of Veterinary Services yang banyak meninggalkan kenangan.. meh la aku ceritakan cerita di sepanjang sukan DVS kali ni.. sebab yang tahun 2016 tu aku tangguh-tangguh sampai terus tak tercoret kenangan pada waktu tu.. Sukan DVS 2018 dalam kenangan sukan kali ni dianjurkan di Kelantan.. satu lagi negeri di Pantai Timur.. kami di Pahang ni telah disediakan bas yang disumbangkan oleh SUK Pahang.. bas baru lagi tu.. MB pun belum rasmi katanya.. alhamdulillah rezeki kami dapat berjalan dengan bas baru.. eh sebelum tu kami ada hari pengumpulan untuk penyerahan watikah dari Pengarah Negeri untuk membawa amanat negeri untuk berjuang di Sukan DVS kali ni.. penyerahan diadakan pada hari Khamis.. siap dengan sesi ambil gambar semua wakil sukan kali ni.. selepas tu, kami bergerak dari Ibu ...

Mengimbau kenangan SPM dan Doa Dipermudahkan Urusan

assalamualaikum semua, hari ni bermula peperiksaan SPM di seluruh negara Malaysia.. semua ornag sibuk bercakap pasal peperiksaan SPM ni.. di Radio Sinar FM pagi tadi pun tak terlepas peluang bercerita pasal kenangan kisah yang berlaku di dalam dewan peperiksaan.. menarik cerita masing-masing.. seronok kami yang dengar dalam perjalanan ke tempat kerja tadi pagi.. aku nak kongsikan juga kenangan aku sewaktu ambik peperiksaan ni dulu tapi aku nak kongsikan dulu doa agar dipermudahkan urusan.. bukan sahaja untuk calon peperiksaan tapi jugak untuk semua orang.. Doa dipermudahkan urusan Doa dipermudahkan urusan : اللَّهُمَّ لَا سَهْلَ إِلَاَّ مَا جَعَلتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً Maksudnya : Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali sesuatu yang Engkau permudahkan, Engkau menjadikan kedukaan itu mudah sekiranya Engkau kehendaki. - Ibn Hibban (Hadith no. 2427), Ibn As - Sunni (Hadith no. 351).  Sewaktu aku mengambil pep...

Skill tegangkan cadar

Assalamualaikum semua, Hari ni aku bersiaran dari Melaka.. ada kursus panjang kat sini.. tapi sunyi sepi pulak rasa bila suara anak-anak yang biasa riuh rendah.. mula dari malam tadi aku dah mula termenung panjang.. dah la duduk di asrama ni pulak.. dan kelmarin aku dah pasang cadar dan sarung bantal di asrama macam kat bawah ni.. tegang tak katil aku ni?...hihi Haaa.. sebut pasal asrama ni teringat pulak kenangan zaman sekolah dulu-dulu.. dulu aku pernah sekolah asrama selama 5 tahun sebelum masuk ke universiti.. dan antara kenangan yang tak dapat lupakan ialah setiap kali ada spot check untuk check katil.. hahaha... korang yang duduk asrama ada kena macam aku tak dulu? Biasanya warden la yang buat spot check.. apa sangat la yang diperiksa pun sebenarnya.. Cuma tengok cara kita tegangkan cadar tu elok ke tak.. katil berkemas ke tak.. tapi sebenarnya bila dah terbiasa buat hari-hari setiap bangun pagi sebelum ke sekolah tu korang akan rasakan tu salah satu rutin ...

Setahun berlalu.. tenanglah di sana wahai sahabat..

assalamualaikum semua, pagi ni bila aku bukak ke notification di facebook melalui telefon masa kat rumah mak ni terpandang satu kenangan yang dikongsikan terjadi setahun yang lepas.. kehilangan salah seorang sahabat kami.. arwah Suhaidah Mansor.. satu nama yang masih meniti bibir kami setiap masa rasanya.. aku mengenali sahabat ini sejak dari kami sama-sama bersekolah dulu.. di sebuah sekolah yang kami sayang di Muar, Johor.. persahabatan itu akhirnya dibawa sehingga bila-bila rasanya.. banyak sangat kenangan manis bersama arwah.. dan pada hari ni pada tahun lepas kami kehilangan  seorang sahabat yang sangat baik.. dan selalu berfikiran positif serta sama mengajak kami berfikir positif tentang semua perkara.. arwah pergi setelah beberapa bulan berlawan dengan penyakit kansernya.. aku pun tak sempat berjumpa dengan arwah sebelum pemergiannya.. juga tak dapat hadirkan diri pada hari pemergiannya..  doa dariku untukmu wahai sahabat.. semoga kau tenang d...