Cerita Ita: awan pelik                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel awan pelik

Fenomena Awan Arcus di Kuantan

assalamualaikum semua, kelmarin aku ada cerita pasal fenomena awan pelik yang muncul di Kuantan baru-baru ni kan? ada satu komen yang melintas masa aku cari info gambar untuk entri pasal awan tu baru ni... orang tu komen pasal awan arcus... serius aku memang tak pernah dengar... macam pelik bunyinya... terus aku cari info pasal awan ni... dan jawapannya... awan arcus ~ gambar dari google APA ITU AWAN ARCUS? Awan arcus adalah formasi awan yang rendah dan melintang. Ada 2 jenis awan arcus ni sebenarnya.. Jenis berlandas atau dikenali sebagai Shelf Clouds yang biasanya dikaitkan dengan penghujung tepi satu ribut. dan satu jenis lagi ialah jenis bergulung atau dipanggil Roll Clouds yang biasanya dikaitkan dengan udara sejuk dari laut yang tidak hadir bersama ribut. ni gambar dari airport kuantan ni gambar dari atas jambatan tanjung lumpur ni gambar di sungai isap.. awan tu atas pencawang elektrik di sg isap di gambar dari bukit rangin kuantan ni...

Himpunan gambar awan pelik di Kuantan 8 September 2016

assalamualaikum semua, sejak malam jumaat lepas heboh satu kuantan dan satu malaysia aku kira pasal fenomena awan pelik yang melanda Kuantan pada petang hari Khamis, 8 September 2016 yang lepas... kebetulan hari tu pulak merupakan hari lahir Shah ... kami balik petang tu memang menghala ke Indera Sempurna dan Sungai Isap yang mana berlakunya fenomana yang dianggap pelik dan ganjil oleh ramai orang... awan pelik di Kuantan sebenarnya aku sendiri tak tau pasal awan pelik ni... sebabnya masa balik tu kami memang tempuh hujan dan angin yang agak kuat... dan kami cuma terkejar-kejar nak balik cepat sebab taknak rasa susah mengambil anak dalam hujan lebat... sampaikan kami tak sedar apa pun yang berlaku di atas kami masa tu... kalau la sesuatu tu berlaku dan dalam kami tak sedar... nauzubillahimindzalik... mintak dijauhkanlah... sentiasa berdoa diselamatkan dari apa jua bencana ketika kami berada di dalam dan di luar kenderaan...  ada komen dari rakan-rakan sekerja.....