Cerita Ita: tragedi                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel tragedi

Tragedi Adik Hadi di bulan Januari dagu adik hadi koyak

assalamualaikum semua,  ingatkan hari ni tak sempat nak update blog rupanya ada jugak kejadian yang nak dicoretkan dalam blog kesayangan ni.. berlakunya tragedi lepas maghrib tadi.. tragedi adik hadi di bulan januari ni.. aku upload gambar di facebook tadi ramai pulak yang bertanya apa sebabnya.. aku terpaksa la jawab kat blog sekali harung merekod kenangan supaya boleh dijadikan iktibar satu hari nanti..  Tragedi Adik Hadi di bulan Januari  ceritanya lepas maghrib tadi aku tengah makan untuk berbuka puasa ganti hari ni..  shah tengah sibuk suruh adik hadi cepat-cepat mandi.. lepas tu dengar la memasing sibuk kat dapur tu.. tetiba je aku dengar bunyi jatuh dan adik hadi menangis.. dengar jugak suara shah kata kenapa adik lompat-lompat.. kan ayah tak bagi lompat tadi.. bila ke depan dua beranak ni adik hadi menangis tak berhenti.. rupanya darah banyak keluar..  dagu adik hadi koyak adik hadi luka di bawah dagu dia!  koyak besar pulak t...

Kemalangan kecil menimpa..

assalamualaikum semua, dari minggu lepas aku dah jadualkan semua perjalanan aku untuk minggu ni.. terutama untuk menghadiri kursus Aset Tak Alih di ibupejabat Putrajaya.. tapi apakan daya.. benarlah manusia hanya mampu merancang.. Allah jua la sebaik-baik perlaksana.. satu kemalangan kecil menimpa abg ngah tengahari semalam.. muka sedih je.. aku tampal handyplast tu supaya dia diam.. panik sekejap aku semalam.. sebenarnya sebelum tu anak-anak sibuk bermain.. aku pun ada sekali.. permainan kreatif sebenarnya.. sekali sekala luangkan masa dengan anak-anak.. nanti la aku ceritakan apa permainannya.. lepas tu aku pun dah pesan dengan anak-anak.. dah azan zohor ni.. berhenti bermain dulu la.. syaitan memang suka sangat orang yang bergurau senda waktu-waktu gini..  selepas aku berpesan gitu.. aku ke dapur.. kononnya nak siapkan makanan tengahari la.. sebabnya pagi semalam aku dah siapkan sarapan jemput-jemput nasi.. biasanya kalau sarap jemput-jemput ni anak-anak aka...

Tragedi Abg long Luka Kepala di Sekolah !

assalamualaikum semua, semalam aku ada siarkan gambar abg long dengan luka di kepala yang siap berjahit... ramai yang tertanya-tanya apa yang sudah berlaku sebenarnya... dan aku tak daya nak menjawab satu-satu pertanyaan memandangkan data internet yang ada pun dah agak semput... dan aku rasa dengan menjawab soalan melalui entri ini rasanya lebih memadai.. sebenarnya kejadian menimpa abg long pada hari Selasa 17 Mei 2016 yang lalu memang agak mengejutkan semua orang terutama kami sebagai ibu bapa abg long sendiri... meh aku tepek gambar anak yang betul menguji hati hari selasa baru ni dulu... abg long dengan sengih lebar... sebenarnya cerita dia macam ni... hari Selasa dalam jam 11 lebih pagi lepas aku balik dari acara Lelongan Awam, cikgu sekolah abg long telefon... elok je nada suara cikgu memaklumkan...  Dialog bersama guru: Cikgu : Assalamualaikum puan, puan ni ummi kepada Ahmad Haziq Hakimi ke? Aku : ye saya... Cikgu : Puan, saya cikgu___ , cikgu bertugas minggu ni ...

Tragedi Kemalangan Kami 26 April 2016

assalamualaikum semua, terasa nak tulis pasal kemalangan ni dari hari pertama ianya berlaku... tapi akhirnya ada kekuatan cuma pada hari ketiga selepas kejadian... alhamdulillah masih lagi diberi peluang melihat dunia dan insan tersayang... pada pagi hari kejadian kami keluar rumah seperti biasa dengan bawa motor dari rumah... rutin dimulakan dengan menghantar kuih pau ke kedai bersama abg long ke sekolah... kemudian shah pusing semula ke rumah dan ambik kesemuanya sekali untuk dihantar dengan kereta.. tapi pada hari kejadian tu kami terpaksa hantar anak-anak dengan motor juga kerana adik hadi dah buat drama berguling di dalam garaj sebab nak naik jugak motor ke taska... kalah dengan drama anak..maka kami terus naikkan adik hadi, abg ngah dan kakak husna ke atas motor bersama beg untuk dihantar ke sekolah masing-masing... selesai je menghantar anak-anak kami terus menuju ke tempat kerja masing-masing... memang jadi rutin shah akan hantar aku dulu ke tempat kerja sebelum dia sendi...

Tragedi Februari

assalamualaikum semua, aritu aku janji nak kongsikan cerita pasal tragedi di pagi Isnin dalam bulan Februari ni kan? ok...hari ni aku tunaikan janji...ada aku janji dalam entry Peluang menghadiri temuduga aritu... dan kisahnya adalah kejadian adik hadi tersepit pintu bilik... sebenarnya aku akui la salah aku... bila dah terlambat pagi-pagi mula la aku akan jadi seorang pembebel dan terlebih emosi... shah dah sedia maklum agaknya.. mujur la dia penyabar tu lebih sikit kalau tak tak tau la apa jadi... nak dijadikan cerita adik hadi ni aku dukung tapi ntah macam mana kaki dia pulak yang kat belah belakang boleh tersepit pintu yang aku sendiri tutup... aduhai... memang rasa sangat bersalah la masa tu .... tak boleh nak cakap apa dah bila dia meraung... korang bayangkan la... seorang mak bila tengok orang buat anak dia dan menangis dah sedih kan... inikan pulak kali ni mak tu yang buat sendiri anak dia sampai menangis... aku betul-betul rasa nak nangis tau pagi tu... sudahnya aku b...

Tragedi Hari Jumaat

assalamualaikum semua, banyak kisah nak cerita sejak dari bulan puasa hari tu lagi... tapi asyik la tertangguh.... dan hari ni nak cerita kisah terbaru dalam keluarga kami... baru lagi terjadinya... hari jumaat lepas.. kalau anak kecik selalu diduga dengan ujian anak demam la.. sakit la..selsema la... ini anak dah besar sikit dan bersekolah diduga pulak dengan ujian kemalangan di sekolah... kami kalau boleh memang taknak menghadap situasi macam ni.. tapi apakan daya.. memang salah satu cabaran untuk ibubapa agaknya kan...kena la hadap jugak... al kisah ceritanya bermula macam ni... hari Jumaat baru ni kami macam biasa dalam pukul 6 petang duduk menunggu abg long balik dari sekolah... memang selalunya abg long akan jadi murid yang keluar antara yang paling lewat dari pagar sekolah... kadang-kadang sebab dia..nak pegi tandas la...pastu nak siapkan kerja sekolah dulu la..macam-macam la..tapi biasanya akan melangkah dengan penuh tenang dan aman damai je keluar dari pagar sambil...