Cerita Ita: makanan tradisi                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel makanan tradisi

Ungkep Ayam untuk juadah berbuka

assalamualaikum semua, memang normal kalau bulan puasa ni semua jenis makanan pun kita teringin nak makan kan? bulan puasa jugak la selalu terimbau makanan zaman kecik-kecik.. makanan tradisi yang susah nak dapat.. eh.. pendek kata semua jenis la terbayang.. maklum la waktu ni kan kita tengah berlapar, semua pun nampak sedap.. ungkep ayam  macam tu jugak kami kat rumah ni.. sebab tu memang tak perlu nak teringin-teringin atau rasa-rasa atau acah-acah nak pergi ke bazaar ramadhan untuk tinjau apa yang dijual kat sana tu.. sebabnya kalau dalam keadaan perut berkeroncong nak makan je tu jangan haraplah dapat berfikir secara rasional.. semua benda pun sedap.. bak kata Ustaz Ismail Kamus.. "Orang jual batu bata pun kita boleh tanya bape sen satu, siap terliur nampak sedap tu..".. hahaha.. bahaya sangat nafsu yang bersarang dalam diri manusia ni rupanya.. walaupun syaitan dah diikat dia pulak yang boleh bertukar jadi syaitan.. tinggalkan la cerita manusia jadi syai...

Rezeki makanan sentiasa ada

assalamualaikum semua, nak dijadikan cerita semalam shah ada urusan dengan mak dia di Pekan sekejap.. jadinya dia balik sekejap petang semalam untuk hantarkan mak untuk selesaikan urusan.. bila balik dari rumah mak, mak siap bawakkan bekal kuah asam pedas ikan kerai atau ikan krai.. pernah tengok tak ikan kerai macamana? Lempeng cicah asam pedas ikan kerai ikan kerai atau krai atau nama saintifiknya Hypsibarbus sp. yang merupakan salah satu spesies ikan terkenal yang menghuni sungai-sungai di negeri Pahang.. selain dari ikan jelawat, patin, kelah,baung , belida, lampam dan banyak lagi la... cantik kan ikan kerai ni? ~ sumber google sebelum aku duduk Pahang dulu, aku agak pelik bila orang sebut nama-nama ikan kat area Pahang ni.. ye la.. aku kan anak jati Bangsa Johor.. mana la nak kenal perkara atau benda dari tempat lain kan.. tapi bila aku merantau lepas kerja.. terutama ke Kelantan dan Pahang ni.. alhamdulillah banyak jugak la benda yang aku kenal.....

Burasak makanan tradisi Masyarakat Bugis

assalamualaikum semua, kami baru je berpeluang balik ke kampung di johor untuk berbuka puasa bersama keluarga di sana... alhamdulillah... sangat meriah... kebetulan pulak pada masa yang sama salah sorang jiran kami di kampung yang berketurunan Bugis turut menghantar hidangan tradisi orang Bugis bila menyambut perayaan iaitu Burasak... Burasak  mungkin bagi sesetengah orang, nama makanan ini sendiri agak pelik kan? tapi ianya sendiri sebenarnya adalah salah satu menu hariraya yang enak dimakan zaman berzaman... walaupun bunyinya agak pelik tapi sebenarnya Burasak merupakan hidangan yang hanya memerlukan bahan asas yang mudah bagi melengkapi resepinya... bagi aku sendiri, walaupun kami mempunyai susur galur yang berasal dari keturunan Bugis di sebelah mak tapi kebanyakan tradisi dan makanan orang Bugis yang kami sendiri tak tau atau kenal... ditambah pulak dengan ketiadaan arwah Tok Bak sejak dari zaman mak anak dara lagi... kami lebih dikenalkan dan dibesarkan...