Cerita Ita: pemeriksaan                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel pemeriksaan

Bila keputusan darah pasangan membimbangkan

assalamualaikum semua, semalam aku sempat ajak shah singgah untuk buat pemeriksaan kat LPPKN.. kami buat pakej satu.. takkan nak suruh shah buat pakej dua pulak kan.. hahaha... ok sesiapa yang nak tau pakej pemeriksaan kesihatan yang ada kat LPPKN boleh baca lanjut kat entri UJIAN PAP SMEAR PERCUMA ni ya.. keputusan ujian darah bila buat je ujian tu macam berdebar jugaklah aku.. maklum la pasangan dengan kita kan serupa macam diri kita sendiri kan.. kalau dia sakit kita pun akan rasa sakit jugak.. kebetulan pulak semalam klinik LPPKN tu tengah buat hari untuk suntikan HPV dan ada pelajar perbidanan dari Brunei jugak kat klinik tu.. meriah la jugak semalam.. dan ada seorang tenaga pengajar dari UIAM yang ada menemani pelajar dari Brunei ketika tu.. aku pun habiskan masa berbual dengan Judy, tenaga pengajar tu.. Judy seorang pesara kerajaan dan sekarang ni berkhidmat di UIAM sebagai tenaga pengajar.. dan jelas menampakkan yang Judy memang seorang yang sangat berpengalam...

Apa yang Ibubapa perlu tau tentang Zika?

assalamualaikum semua, malam tadi negara dikejutkan lagi dengan berita satu lagi jangkitan virus Zika dikesan dalam Malaysia... dan kali ni lebih merisaukan kerana melibatkan golongan yang sangat berisiko iaitu ibu mengandung... aku pun terkejut sangat bila dengar berita semalam... kalau sesiapa yang berisiko macam ni jangan panik ye... cuba baca apa yang perlu dibuat untuk mencegah... kalau nak tau lanjut boleh baca kat Info Zika yang aku pernah tulis dulu... kes pertama Zika pada ibu mengandung bila ada jangkitan tempatan macam ni aku rasa yang paling panik tentulah ibu bapa kan? terutamanya mereka yang ada anak kecil macam kami ni kan...? oleh sebab tu aku awal-awal lagi dah cari info pasal apa yang ibubapa patut tau bagi mencegah anak-anak dijangkit virus berbahaya ni... gejala Zika Info perlu tahu Tentang Zika 1. Bayi dan kanak-kanak boleh dijangkiti oleh Zika.  ~ Setakat ni ada laporan yang mengesahkan jangkitan didapati dari gigitan nyamuk...