Cerita Ita: lepat pulut                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel lepat pulut

Juadah Raya Kegemaran

assalamualaikum semua, semalam aku pulun buat juadah kegemaran yang biasanya cuma boleh makan sewaktu kami beraya di Johor sahaja... kebetulan cuti hujung minggu lepas sewaktu kami balik ambik stok kerepek untuk jualan, dah ada ternampak orang menjual daun kelapa...hati tertarik nak beli.. berangan nak menganyam ketupat dan buat lepat pulut jugak... dah beberapa tahun raya di sini sepanjang usia perkahwinan 9 tahun aku cuba cari orang menjual daun kelapa untuk buat ketupat tapi memang tak pernah berjumpa... walau kami cari sampai ke pasar sekali pun...ye la mungkin juadah kebesaran di sekitan pahang ni kebanyakannya lemang dan ketupat palas... jadi kesempatan bila balik johor minggu lepas aku ambik untuk beli daun kelapa...sampai 2 ikat aku beli ko...hahaha... padahal buatnya seikat pun tak abis.. tamak... satu ikat dalam 50-60 helai RM3.. boleh la kan? dari aku tanya satu tempat tu RM6 untuk 50 helai.. huhuhu... senyum je la kata tak jadi... memula aku punya aktiviti ialah men...

Salam Aidiladha buat semua

assalamualaikum semua, dah lama tak update kan? banyak hal yang menghalang...anak-anak tak sihat..kereta rosak..dan yang paling utama line tak bape nak molek.. hari ni kugagahkan jua menaip untuk ucapan hari raya untuk semua terutama pada sesiapa yang kot-kot la merindui...cewaaaah...hehehe... aku akan cerita nanti pasal adik husna tak sihat ni...dan cerita kereta kami yang rosak tu..tapi simpan dulu la.. untuk hari ni sempena hari raya ni...aku nak bagi korang terutama yang tak balik raya layan gambar ketupat dan lepat dulu la ye..ada yang marah ke? ala rilek la..kalau rasa-rasa marah korang kecutkan dulu blog ni..pastu bila agak-agak dah sejuk marah tu sambung baca ok.. hehe.. p/s nama je cuti nak beraya kat kampung tapi tetap takde feel nak raya sebab diserabutkan dengan hal keja sejak hari Sabtu..leceh betul kan? susah-susah berenti je la ita... Published with Blogger-droid v2.0.10