Januari 2018 - Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2018

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...

Kempen ‘Wang bersama Shopee’ Menawarkan ‘Fortune Ang Pao’

Kempen ‘Wang bersama Shopee’ Menawarkan ‘Fortune Ang Pao’ yang Membariskan Pelbagai Hadiah Berjumlah Lebih RM1 Juta Sempena Tahun Baharu Cina Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan mengumumkan Kempen ‘Wang bersama Shopee’ sempena Tahun Baharu Cina ini dengan pelbagai hadiah berjumlah lebih daripada RM1 juta untuk penggunanya. Bonanza membeli-belah yang berlangsung selama 6 minggu ini akan bermula dari 15 Januari dan berakhir pada 25 Februari. Kempen ‘Wang bersama Shopee’ Menawarkan ‘Fortune Ang Pao’ Sebagai sebahagian daripada kempen tersebut, Shopee memperkenalkan permainan ‘Fortune Ang Pao’ yang menawarkan pelbagai hadiah berjumlah lebih RM1 juta untuk diberikan kepada pengguna yang mengambil bahagian. Bermula 15 Januari hingga 23 Februari, pengguna boleh bermain permainan ini untuk memenangi Shopee Coins, baucar dan lebih 20,000 unit Tiket Emas (Golden Tickets) setiap hari. Setiap Tiket Emas merupakan cabutan bertuah kepada pengguna untuk meme...

Keseronokan bersukan dengan Koleksi 'Sukan Ria' Carrie Junior

assalamualaikum semua, korang mesti ada pilihan dalam memilih rangkaian barangan untuk kegunaan anak-anak kan? aku pun sama jugak.. tapi memang selalunya anak-anaklah yang jadi pengaruh kuat dalam pemilihan barangan ni.. macam tu jugak untuk mandian anak-anak.. selalunya memang anak-anak akan mintak yang seronok bagi mereka.. macam mandian Carrie Junior ni..  Keseronokan bersukan dengan Koleksi 'Sukan Ria' Carrie Junior Kita telah mencapai zaman di mana teknologi mula mengambil alih interaksi ibu bapa dengan anak-anak secara perlahan-lahan. Kanak-kanak yang terdedah kepada teknologi akan lebih cenderung ke arah menjalani gaya hidup tidak aktif kerana leka dengan alatan gajet. Kanak-kanak secara semulajadi gemar bermain dan mereka seharusnya digalakkan untuk menjadi aktif. Latihan sukan dan permainan memberikan peluang untuk anak-anak bersenam bagi memastikan mereka kekal sihat dan membantu perkembangan fizikal mereka. Bermain dengan air merupakan aktiviti...

Sibuk berlatih main batu seremban

assalamualaikum semua, sekarang ni aku tengah sibuk berlatih main batu seremban.. mesti bila ada yang gelak bila baca tajuk ni kan.. ala batu seremban je pun.. maklum je la permainan ni orang anggap senang sangat kan.. apa la sangat nak dilatihkannya pun.. aku pun memula dulu macam tu la jugak fikirnya tau.. tapi percayalah.. bila dah masuk dalam peringkat saringan untuk pilih pemain terbaik 2 tahun lepas baru aku tau apa dia cabaran sebenar yang dinamakan permainan batu seremban ni.. bila dah sedar masa tu rasa nak tarik diri pun ada tau.. huhu.. Sibuk berlatih main batu seremban buat apa je aku sibuk nak berlatih dan siap ada pemilihan pemain terbaik ni kan? sebenarnya akan dianjurkan sukan peringkat jabatan untuk jabatan aku ni yang akan diadakan di Kelantan pada awal bulan depan.. jadinya kenalah buat pemilihan bagi memilih pemain terbaik yang akan mewakili Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pahang ni dalam semua sukan yang dipertandingkan.. dalam sukan ni ada 2 kat...

Sesi solekan bersama Red Sparkling Box dari Althea

Sesi solekan bersama Red Sparkling Box dari Althea assalamualaikum semua, eh aku belum cerita kan pasal aku terima Red Sparkling Box dari Althea Malaysia? meh la aku ceritakan kejap.. baru ni aku dengan anak dara kecik aku agak teruja sebab kami terima bungkusan Red Sparkling Box dari Althea tau.. maklumlah orang perempuan kan.. haruslah teruja lebih.. lelagi bila kotak yang diterima tu pulak dipenuhi dengan barang kecantikan yang memang orang perempuan tak boleh nak pandang sebelah mata la kan.. harus nak belek berulang kali sebelum pakai tau.. Sesi solekan bersama Red Sparkling Box dari Althea bagi penggemar alat solek dan skincare tentunya dah agak familiar dengan nama Althea kan? Althea ni memang terkenal dan dah ada banyak cawangan di serata dunia tau.. pada aku apa yang ditawarkan di Althea ni memang sangat berbaloi kerana setiap barangan yang dijual adalah dihantar terus dari Korea.. dan tentunya produk Korea yang berkonsepkan natural dan sesuai untuk semua jenis ku...

Traveloka Fly & Win CNY Contest

Traveloka Fly & Win CNY Contest assalamualaikum semua, siapa sini suka bercuti secara percuma? tipulah kalau kata tak suka kan.. ok kalau ada jugak kata tak suka tu korang duduk tepi dulu tapi sambil terus baca entri ni ya.. hehehe.. ala aku tau korang pasti suka punya bila dapat bercuti dan orang taja semuanya dari tiket penerbangan sampailah ke tempat tinggal.. kalau berminat nak tau pasal ni korang pastinya berminat nak tau pasal Traveloka Fly & Win CNY Contest.. Traveloka Fly & Win CNY Contest best sangat kalau dapat peluang bercuti lepas tu semuanya ditaja..  tak payah risau pasal harga tiket kapal terbang dan yang lagi penting pasal penginapan yang selesa dan selamat di sepanjang percutian.. pastu tugas kita cuma berjalan dan menikmati cuti je.. memang syok gila la.. aku tau ramai yang teringin tapi masih belum diberi peluang lagi kan..  aku dah pernah rasa sekali tahun lepas.. memang syok woo.. pergi cuba sediakan keperluan peribadi dan ...

Tragedi Adik Hadi di bulan Januari dagu adik hadi koyak

assalamualaikum semua,  ingatkan hari ni tak sempat nak update blog rupanya ada jugak kejadian yang nak dicoretkan dalam blog kesayangan ni.. berlakunya tragedi lepas maghrib tadi.. tragedi adik hadi di bulan januari ni.. aku upload gambar di facebook tadi ramai pulak yang bertanya apa sebabnya.. aku terpaksa la jawab kat blog sekali harung merekod kenangan supaya boleh dijadikan iktibar satu hari nanti..  Tragedi Adik Hadi di bulan Januari  ceritanya lepas maghrib tadi aku tengah makan untuk berbuka puasa ganti hari ni..  shah tengah sibuk suruh adik hadi cepat-cepat mandi.. lepas tu dengar la memasing sibuk kat dapur tu.. tetiba je aku dengar bunyi jatuh dan adik hadi menangis.. dengar jugak suara shah kata kenapa adik lompat-lompat.. kan ayah tak bagi lompat tadi.. bila ke depan dua beranak ni adik hadi menangis tak berhenti.. rupanya darah banyak keluar..  dagu adik hadi koyak adik hadi luka di bawah dagu dia!  koyak besar pulak t...

Resepi roti jala yang sedap dan lembut

Resepi roti jala yang sedap dan lembut assalamualaikum semua, hari ni konon nak cuti masak nasi.. buat roti jala je.. kejap lagi aku kongsikan resepi roti jala yang sedap dan lembut InsyaAllah sampai petang.. teringat pulak kisah di sebalik menu hari ni.. hari tu masa cari roti canai frozen kat Giant , abg ngah ada sebut nak makan yang atuk wan masak.. atuk wan tu gelaran untuk mak aku buat semua cucu.. masa kat Giant tu abg ngah sibuk cari yang atuk masak tu kat bahagian makanan beku kat Giant tu.. puas dibeleknya semua.. lepas tu tanya.. yang atuk wan buat warna kuning tiga segi tu takde jual ye ummi kat sini?  Resepi roti jala yang sedap dan lembut puaslah aku dengan abg long meneka apa benda la segitiga kuning ni.. siap dia cakap lagi tu sedap atuk wan masak tu.. aku puaslah memikir sambil teka.. aku sebut nugget.. salah..  aku sebut semosa pun salah.. dia siap cakap yang atuk wan goreng.. aduh lagi la buntu kepala ummi dia memikir.. akhirnya dia cakap.. benda kun...