Cerita Ita: cirit birit                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel cirit birit

Diuji cirit birit dan muntah-muntah

assalamualaikum semua,  aku baru balik dari kampung malam tadi.. ingatkan dapat masuk kerja pulak hari ni tapi tanpa diduga diuji pulak dengan sakit.. Diuji cirit birit dan muntah-munta.. aku mula rasa angin sepanjang malam dan tak boleh tidur.. mula jam 4.30 pagi pulak aku mula berulang-ulang ke tandas.. sampai ntah dah berapa kali dah sampai aku dah tak daya nak berjalan lagi dah..  Gctea dikala diuji cirit birit dan muntah-muntah  perut memulas-mulas dan pedih.. Allah.. tuhan je la yang tau sakitnya.. buang air kecil dengan besar dan sama laju sampai sama je dah gayanya.. siap dengan pakej muntah yang dah tak tau nak keluarkan apa lagi isi dalam perut.. rasa lembik la.. sampai terduduk dalam bilik air tadi.. letih..  aku memang tak pedulikan apa-apa lagi dah sejak pagi tadi.. dengar anak-anak sibuk kat rumah sebab masih cuti sekolah pun cuma mampu dengar je la dari dalam bilik..  merasa lunch on bed hari ni shah je yang uruskan semuan...

Ke Ipoh la pulak..

assalamualaikum semua, hari ni dah masuk hari kedua aku kat ipoh..sampai hari ahad malam baru ni... ada bengkel kat sini insyaAllah sampai hari jumaat ni.. kalau ikutkan dah tak larat dah nak ke mana-mana sebab tarikh dijangka bersalin tinggal tak sampai lagi sebulan dah...tapi dah kerja terpaksa la jugak... semalam stress jugak sebab aku kena cirit birit start dari petang dalam pukul 6 macam tu...sebelum tu dah rasa lain macam masa makan tengahari..rasa macam angin mencucuk je dalam perut ni..tak sedap betul rasa..pastu tengahari tu aku try la makan betik bagi dengan harapan bagi angin tu keluar...ambik ko..lepas tu memang keluar pun tapi sekali dengan cirit la...adoiii...tak larat dah rasa... masa nak gi makan malam pukul 7.30 tu aku dah rasa letih gila..boleh bila siap nak turun dah rasa tu datang lagi...pastu masa nak makan pun sempat singgah tandas kat kafe dulu..sabor je la.. balik dari makan pun masih macam tu tapi sudahnya aku layan minum teh pekat panas tanpa gula..alha...