Februari 2020 - Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2020

Adik Nafis Adam dah boleh meniarap!

Assalamualaikum semua,  hari ni nak kongsikan berita gembira.. pasal perkembangan adik nafis adam.. ahli keluarga baru kami yang dah berumur 5 bulan dah pun pada 6hb Februari baru ni.. alhamdulillah adik nafis adam dah boleh meniarap!  Adik Nafis Adam dah boleh meniarap!  banyak perkembangan adik nafis adam yang tak sempat aku ceritakan.. sejak pindah tempat kerja baru ni masa agak terhad nak menulis.. tapi kali ni nak gak la berazam tulis tiap hari.. bukan tulis apa pun.. lebih pada kisah anak-anak buat kenangan je..  baru ni adik nafis adam ni kami hantar untuk vaksin untuk umur 5 bulan.. ada la buat pemeriksaan biasa dia macam timbang dan ukur tinggi dia semua tu.. berat dia naik dari 5.7kg ke 6.1kg je.. nurse pun kata tak banyak naik.. tapi pada aku oklah janji dia sihat dan pipi dia tetap labuh.. hehe.. tinggi dia pulak naik la sikit dari 62cm ke 64cm..ok la tu.. meninggi gak sampai tak muat riba dah ni..  Adik Nafis Adam dah boleh menia...

Perang cinta makanan segera

Assalamualaikum semua, umum tau semalam merupakan 14 Februari yang mana seluruh dunia menyambutnya sebagai hari kekasih atau Valentine's Day.. aku tak teruja pun pasal sambutan cuma teruja pasal ucapan yang diucapkan sepanjang hari oleh semua rakan-rakan.. tu belum lagi baca viral perang cinta makanan segera di Malaysia.. haha.. sumpah comel.. Perang cinta makanan segera aku tak pasti siapa yang memulakan tapi aku kira perang cinta makanan segera ni adalah persaingan sihat antara pesaing makanan segera dalam Malaysia.. masing-masing tak cemburu antara satu sama lain tapi percaya yang masing-masing ada peminat sendiri.. yang best setiap restoran makanan segera ni akan buat cara tersendiri nak cetus keunikan.. ini yang kita harapkan dalam dunia perniagaan kan.. tak dengki mendengki.. meh la kita tengok perang cinta makanan segera yang unik ni.. haha.. Perang cinta makanan segera kita tengok Pizza Hut (PiJahat) 🍕  sibuk promosikan pizza love dia.. sibu...

Sambal MOOK dan LAVA crunchy yang sedap!

Assalamualaikum semua,  lamanya tak menulis sesuatu dalam ni.. aritu konon dah letak azam nak tulis blog dengan rajin tapi rupanya makin banyak halangan bila dah pindah tempat kerja baru ni.. dan hari ni rasa hati ada sikit la panas jadi tetiba rasa nak cerita pasal sambal supaya boleh menghangatkan lagi suasana.. aci la kan.. lama nak menulis ni tapi tak dapat ni.. jadi mehlah kita cerita pasal sambal MOOK dan LAVA crunchy yang sedap ni..  Sambal MOOK dan LAVA crunchy yang sedap!  aku sebenarnya lebih berminat la nak cerita pasal sambal dari kisah yang memanaskan hati.. kita simpan je la kisah tu sebagai sebuah kisah kehidupan..  yang aku nak ceritakan ni kisah 2 jenis sambal keluaran kayu tiga ni.. sedap wei.. dia ada 2 jenis sambal buat masa ni.. meh la aku ceritakan pasal dua-jenis ni.. yang pertama ialah sambal MOOK.. memula masa baca nama seram jugaklah nak makan.. ye la.. agak menakutkan nama tu kan.. rupanya betul tau.. pasal bila kita makan maca...

Peluang Sekali Seumur Hidup untuk Memenangi ‘Gaji untuk Seumur Hidup’!

Peluang Sekali Seumur Hidup untuk Memenangi ‘Gaji untuk Seumur Hidup’! Assalamualaikum semua, Nestlé Malaysia hari ini melancarkan peraduan terbesar di seluruh negara setakat ini, memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mencapai impian mereka dan memenangi  “gaji untuk seumur hidup” menerusi  Peraduan  Nestlé  Gaji Seumur Hidup – hanya dengan membeli produk  Nestlé bernilai RM15 dalam satu resit. Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup  menawarkan peluang kepada dua pemenang bertuah untuk memenangi Hadiah Utama berupa  ‘Gaji untuk Seumur Hidup’ sebanyak RM3,000 setiap bulan, dan peluang kepada 10 pemenang Hadiah Sagu Hati untu kmemenangi ‘Gaji untuk Satu Tahun’ sebanyak RM3,000 setiap bulan. Hadiah wang tunai RM500 juga akan diberikan kepada 50 pemenang setiap minggu sepanjang tempoh peraduan selama 11 minggu. Ini menjadikan jumlah wang tunai untuk  Peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup  melebihi RM4 j...