Cerita Ita: amir denaihati                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel amir denaihati

Menang Contest Raya dari Denaihati!

assalamualaikum semua,  nak kongsikan cerita hari tu aku ada menang contest raya dari Denaihati..  alhamdulillah sesaja la masukkan gambar masa raya hari tu.. mana la tau ada pulak rezekinya kan.. syukurlah jugak..  Menang Contest Raya dari Denaihati!  permintaan Tuan Amir Denaihati waktu tu suruh masukkan dalam komen gambar yang kita rasa paling kelakar atau paling menarik atau paling cantik untuk kawan-kawan undi.. kemudian mereka akan pilih 5 pemenang dari pilihan like tertinggi sekali antara komen..  niat hati waktu tu nak belanja kakak husna makan durian kalau dia memang.. rupanya Allah nak permudahkan niat mak dia ni.. akhirnya gambar kami pertaruhkan tu berjaya jadi antara 5 pemenang.. syukur alhamdulillah.. semoga Allah permurahkan lagi rezeki buat Tuan Amir Denaihati dan team.. InsyaAllah kalau ada lagi aku akan sentiasa sokong!  Ceritaita

Menang duit raya dari Denaihati!

assalamualaikum semua, semalam dah cerita pasal rezeki menang RM500 dari SGshop.. hari ni nak cerita pulak menang duit raya dari Tuan Amir Denaihati yang baik hati.. alhamdulillah.. rezeki duit raya seingat aku memang tiap tahun ada je disediakan hadiah berbentuk wang tunai untuk pembaca blog Denaihati.. kadangkala contestnya sangat senang nak buat.. tapi berbaloi untuk cuba..  bukan setakat ganjaran duit raya macam ni.. malahan beliau memang rajin sangat panjangkan rezeki yang beliau terima melalui cara macam ni.. antaranya yang aku pernah join ialah.. 1. Senaraikan entri blog yang paling banyak dikongsikan oleh pembaca Denaihati. 2. Senaraikan entri blog yang paling suka kita baca dalam bulan Ramadhan. 3. Senaraikan status facebook page Denaihati yang paling aku suka.. yang ni yang terbaru la.. dan sebagai ganjaran, peserta yang berjaya memikat juri boleh mendapat hadiah wang tunai.. yang no 1 tu aku tak berjaya.. no 2 dapat RM25 dan yang terbaru ...