Cerita Ita: kluang                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kluang

Selamat Kembali Ke Sekolah

M encari Kelengkapan Sekolah Malam ni kami keluar lagi cari kelengkapan sekolah anak. Selagi belum naik sekolah beginilah rutinnya. Ada je belum cukup. Cari kasut sekolah abg ngah dan baju putih untuk Adam. Sebulan ni Adam tak payah pakai baju uniform dulu, kena pakai t-shirt putih je, jadi satu helai belum tentu cukup. Kena la tambah lagi sepasang t-shirt putih dan seluar track. PasarayaKu Jual Baju Murah Masa aku sampai PasarayaKu antara pasaraya yang paling kami suka untuk cari kelengkapan sekolah. Sebab apa tau. Sebab kat sini baju dan barang-barangnya agak murah dari kedai lain. Sebagai contohlah, baju t-shirt putih lengan panjang cuma RM7.80 je kat PasarayaKu untuk saiz badan Adam. Kalau di kedai lain dah cecah lebih RM10 sehelai. Ingatkan nak beli la kasut Abg Ngah sekali, sekali tengok tak banyak pilihan. Orang jangan cakap la punyalah ramai. Sampaikan nak masuk kedai pun tak boleh. Sudahnya kami ke kedai lain pulak. Suami Pemalas Tengah kekalutan masa Shah nak cari tempat leta...

Aktiviti Cuti Sekolah 2024

Luangkan Masa Bersama Anak-anak Assalamualaikum semua, lamanya aku tak menulis kat blog ni. Rindu oii.. Tapi apakan daya, kerja hakiki mengejar macam apa ni.. Sampai rasa tak cukup masa je setiap hari. Tapi dalam kesibukan tu aku sempat jugak la melayan anak-anak buat aktiviti cuti sekolah 2024 kali ni. Walaupun hakikatnya mata ummi ayah diorang ni dah rupa kena jahit dah ni.. Cuaca panas akibat Fenomena El Nino Fenomena El Nino sebenarnya dah mula melanda negara kita Malaysia sejak dari penghujung 2023 hari tu lagi dan dijangka berlarutan sehingga pertengahan tahun 2024. Tapi hujung tahun lepas area kami duduk ni agak sejuk dan sentiasa hujan, jadi kami tidaklah rasa penangan El Nino sangat pun. Tapi sejak seminggu dua ni cuaca memang terasa sedikit panas melebihi biasa. Kalau kat rumah ni buat kerja sikit je dah macam pergi Spa dah rupanya.. mulalah sibuk cari kipas sebab panasnya Ya Allah.. tak terdaya. Bila dah panas macam ni kami mula memikirkan aktiviti menarik yang boleh di...

Kedai Gunting Rambut Muslimah di Kluang

Assalamualaikum semua, hari ni aku nak tulis pasal Kedai Gunting Rambut Muslimah di Kluang. Sebab apa aku nak tulis pasal kedai gunting rambut pulak tetiba ni kan? Sebab aku dan rasa susah nak cari kedai untuk gunting rambut perempuan di Kluang ni yang menepati syarat-syarat kami. Kedai Gunting Rambut Muslimah  Apa dia kedai gunting rambut muslimah tu? Bila sebut je muslimah ianya membawa maksud perempuan yang beragama Islam. Jadinya pengendali mestilah perempuan Muslim dan ini adalah ciri-ciri utama untuk menyatakan kedai gunting rambut itu adalah kedai gunting rambut muslimah.  Antara ciri lainnya ialah ianya hanya dibuka untuk pelanggan wanita tetapi tidak menerima pelanggan lelaki untuk diberi perkhidmatan. Kedai gunting juga mempunyai ruangan yang tertutup supaya aurat pelanggan tidak didedahkan kepada umum ketika proses menggunting rambut. Penting ke ruangan tertutup ni? Pada aku ianya sangat penting, sebab rambut adalah mahkota seorang wanita. Dalam Islam pula iany...

Selamat Tahun Baru 1445 Hijrah!

Assalamualaikum semua, hari ni dah masuk 1hb Muharram 1445H dalam kalender Islam. Sekejap je setahun dan berlalu dan tibanya awal Muharram semula. Semalam semua orang tentunya dah membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun kan? Hari ni juga tentu ada yang dah niat puasa sunat awal Muharram juga. Hari ni juga hari terbaik untuk kita mulakan sesuatu yang baru atau berhijrah kepada yang lebih baik. Selamat Tahun Baru 1445 Hijrah! Bulan Muharram dalam Kalender Islam Setiap awal Muharram ataupun 1hb Muharram adalah bulan pertama dalam kalender Islam. Ianya membawa maksud diharamkan iaitu bulan yang dilarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Ianya juga popular dengan peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan umat Islam dari kota Mekah ke kota Madinah.  Tahun ini telah ditetapkan oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM) bahawa tarikh 1 Muharram 1445H adalah pada 19hb Julai 2023 dan ditetapkan sebagai cuti umum awal Muharram tahun baru Islam bagi semua negeri-negeri...

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1439H / 2018M bagi Negeri Johor

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1439H / 2018M bagi Negeri Johor assalamualaikum semua, tadi aku dah kongsikan  Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1439H / 2018M bagi Negeri Pahang .. dan disebabkan aku ni masih berdarah orang Johor dan akan jugak berulang balik ke Johor bila ada kelapangan untuk menziarahi keluarga kat sana.. jadinya kemungkinan kami untuk berpuasa di Johor tentunya akan ada.. jadi aku rasa aku pun patut kongsikan Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1439H / 2018M bagi Negeri Johor, negeri kelahiran aku ni jugak.. meh tengok jom! ZON 1 : Pulau Aur dan Pulau Pemanggil Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1439H / 2018M bagi Negeri Johor ZON 2 : Johor Bahru , Kulai, Kota Tinggi, Mersing  Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1439H / 2018M bagi Negeri Johor ZON 3 : Pontian dan Kluang Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1439H / 2018M bagi Negeri Johor ZON 4 : Batu Pahat, Muar, Tangkak, Segamat ...

Persiapan hari raya 2017

assalamualaiku m semua, semua orang sibuk pasal persiapan hari raya yang makin menjelang tiba.. kami ni pun sama sibuk jugak tapi bukan sibuk apa sangat.. lebih kepada sibuk siapkan persiapan untuk anak-anak je la.. maklum la tahun ni abg ngah baru belajar berpuasa.. kenalah hargai usaha anak-anak.. memang kebanyakan pun orang cakap raya ni cukup seronok sebenarnya untuk anak-anak berbanding dengan orang dewasa.. deretan baju raya aku tak mau ulas lanjut pasal sambutan raya ni pasal ada orang ada pendapat dia sendiri dan mereka pun bebas mempertahankan pendapat masing-masing.. cuma pada aku kalau kita orang dewasa hendak berduka dengan apa pun jua dengan pengalaman hidup kita, agak tak adil bila kita heret anak-anak sama dalam kedukaan tu.. mereka ada hak untuk merasai kegembiraan menyambut hari raya macam orang lain.. atas sebab tu kami memang cuba sedaya upaya mengadakan jugak keperluan anak-anak setiap tahun.. bukan tanda bermewah-mewah tapi berbelanja seadanya mengi...

Riangnya hidup kanak-kanak!

assalamualaikum semua, semalam kami sempat la bawak budak berdua yang ada kat rumah ni haa ke Giant Kuantan.. eh aku belum cerita lagi kan yang anak bujang aku yang lagi dua, abg long dan abg ngah tu dah selamat kami tinggalkan kat kampung.. happy je anak buah aku kan, wafiq nama dia.. belakang tu abg ngah.. hai abg ngah.. ummi rindu.. diorang la yang beria-ia sangat nak tinggal.. kena pulak atuk wan dan atuk abah pun suka sangat kalau diorang nak tinggal buat peneman riuh-riuh kat rumah atuk tu.. ntah-ntah jadi kawan gaduh agaknya.. hahaha.. sebenarnya kami balik sekejap hujung minggu lepas untuk jenguk mak dan abah.. tu yang tetiba datangnya idea anak-anak ni nak tinggal rumah atuk sementara cuti sekolah.. dan jadinya malam ni aku dengan shah kenalah bergerak ke kampung untuk ambik anak-anak dan bawak balik sini sebelum sekolah bermula minggu depan.. pulak tu hari ahad aku kena pergi Putrajaya untuk wakil bos untuk meeting.. fuh.. dah terbayang keletihannya.. apa...

Sejuknya air di Hutan Lipur Gunung Belumut

assalamualaikum semua, apa korang buat pada cuti sekolah ni dengan anak-anak ? kami balik kampung je.. bukan la sesuatu yang sangat best pun agaknya untuk sesetengah orang tapi bagi kami dah macam best sangat sebab kami dapat pergi ke Air Terjun Gunung Belumut yang baru je dibuka semula! bergambar di hadapan pintu masuk Hutan Lipur Gunung Belumut Sejak kecik lagi aku memang takde sangat pergi ke tempat rekreasi lain walaupun kami tak jauh dari bandar Mersing yang ada pantai.. dan bandar Kota Tinggi yang jugak ada air terjun..  Boleh nampak permandangan gunung ni dari mana-mana area kampung aku ni sebenarnya makin dekat dia melambai kami untuk datang.. Air Terjun Gunung Belumut atau Hutan Lipur Gunung Belumut ni la yang kami selalu pergi waktu musim cuti, musim panas dan waktu tiada bekalan air paip di kawasan kami.. air terjun ni jugak selalu menjadi destinasi kunjungan saudara-mara yang datang bertandang ke rumah mak dan abah.. antara alasan pa...