2025 - Cerita Ita                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2025

Pasta Tomyam Keju

Mood Berblog Kembali  Assalamualaikum semua, dah 10 bulan aku tak menulis di blog ni. Rindu sebenarnya tapi apakan daya, banyak perkara berlaku tahun ni yang menuntut sepenuh masa dan perhatian aku. Nantilah aku ceritakan pasal apa yang berlaku.  Hari ni ntah apa mood yang datang aku tetiba rasa nak menulis blog balik. Jadi kita mulakan dengan apa yang aku paling minat iaitu memasak. Bila 2 kegemaran aku disatukan, memasak dan menulis, aku rasa lebih 'bernyawa'. Makan Pasta Tomyam Keju Pasta Tomyam Keju Semalam aku baru balik dari berbengkel di Moonkissed by The River, Hulu Langat. Masih rasa sakit-sakit lagi badan ni. Jadinya mood nak masak masakan beria-ia tu macam ke laut jugaklah. Tapi nak keluar makan kat luar pun rasa malas. Jadinya otak mula memikirkan nak masak makanan yang mudah-mudah je la. Terus dapat idea untuk masak pasta. Kalau setakat spaghetti bolognese tu dah biasa sangat kat rumah ni. Sebab senang dan semua ada yang sedia curah je. Fikir punya fikir, apa kata...

Happy birthday to Me!

Ulangtahun Kelahiran Yang Ke 46 Assalamualaikum semua, hari ni merupakan hari istimewa iaitu hari ulangtahun kelahiranku yang ke 46. Makin meniti usia ke usia warga emas. Dari malam hingga ke pagi hingga ke malam semula aku dihujani dengan ucapan selamat hari lahir.. terima kasih buat semua keluarga dan sahabat yang memberi ucapan selamat serta doa. Sangat aku hargainya.  Terima gambar ni hari ni.. katanya sebab aku antara kawan2 pembuka 46 tahun ni hahaha.. ada2 je korang ya Media Sosial Dibanjir Ucapan Hari ni memang tepu media sosial aku dengan ucapan. Terima kasih sekali lagi. Sampai tak terbalas semua ucapan jadinya. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ni. Juga diberi kesempatan untuk menerima semua ucapan selamat dan doa dari kawan-kawan. Syukur ya Allah. Tapi antara banyak ucapan diterima, yang satu di atas ni yang paling menyeramkan.. Jangan tanya mengapa ok, dia kira macam ku menghantuimu la.. hahaha.  Sambutan Di Hari Lahir Kebetulan ha...

Selamat Tahun Baru 2025

Tahun Baru, Aura Baru, Azam Baru Assalamualaikum semua, semoga semua pembaca blog Ceritaita sentiasa dalam rahmat Allah.. Tahun baru biasanya kita mulakan dengan aura baru kan? Kita juga mulakan dengan Azam baru. Jadi aku tulislah balik azam aku setiap tahun yang dibuat tahun lepas msih tak berjaya aku tunaikan tu. Kenalah senaraikan balik kan.. Azam Tahun 2025 1. Menulis Blog Dengan Kerap Kalau tahun lepas aku punya azam nak tulis blog setiap hari. Tahun 2025 ni aku sedar diri dan kemampuan aku makanya aku ubah sikit la nak tulis blog dengan kerap lagi berbanding tahun-tahun sebelumnya. Moga ada kekuatan. 2. Teruskan Azam Nak Kurus Kali ni aku betul-betul serius nak kurangkan berat badan. Kalau boleh dapat kurang 1 saiz baju pun dah ok sangat dah. Sekarang ni aku masih pakai baju 2xl lagi ni. Demi kesihatan diri yang lebih baik aku tanamkan azam yang ni. 3. Teruskan Senaman Kalau dulu aku cuma mampu buat lompat tali skipping je setakat paling tinggi 80 kali sebab semput. Kali ni aku t...