Cerita Ita: abg long                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel abg long

Terus Terbang Tinggi Wahai Anak!

  Tahniah Abg Long! Assalamualaikum semua, aku sebenarnya patut tulis lama dah kisah anak yang sorang ni tapi belum sampai masa yang sesuai. Hari ni aku rasa masa yang sesuai untuk aku tulis satu post khas untuk ucapkan tahniah buat Abg Long, anak kami yang pertama. Abg Long Melangkah Ke Kolej Vokasional Pada tahun 2023, Abg Long buat keputusan nak sambung belajar ke Kolej Vokasional atau KV. Pada awalnya masa tu, abg long mintak kursus komputer. Dia minat sangat dengan komputer. Tapi apakan daya, tiada rezeki abg long untuk terpilih mengikuti kursus komputer di KV. Gagal Kemasukan ke KV Gambar tahun 2023 waktu hadiri temuduga terbuka Abg long sebenarnya memohon untuk sertai KV Sepang dalam bidang komputer tapi gagal. Jadinya Abg long nekad nak teruskan dengan rayuan. Pada masa tu rayuan "walk in" untuk temuduga terbuka cuma pada kursus tertentu je. Antaranya kursus Automotif, kursus Elektronik, kursus Elektrik, kursus Penghawa dingin dan Kursus Perakaunan. Kursus Perakaunan ...

Naik Kelas Pertama!

Naik kelas pertama!  Assalamualaikum semua, minggu lepas semua orang sibuk dengan kisah kejayaan anak-anak.. minggu ni pulak dah mula cuti sekolah.. suka aku baca.. dan kadang-kadang senyum sendiri.. alhamdulillah bangga sangat dengan kejayaan anak-anak sahabat facebook semuanya.. juga suka dengar kebahagiaan kawan-kawan..  Bila kita di atas bukan bermakna kita yang terbaik Anak-anak aku sendiri ada 3 yang sedang bersekolah tahun ni.. Abg Long di Tahun 5, Abg Ngah di Tahun 2, dan Kakak Husna di Tahun 1.. Masing-masing ada azam berbeza bila sebut pasal sekolah.. aku suka nak tuliskan dalam blog ni sebab tahun depan agak istimewa aku rasa.. kerana akan ada 4 anak yang semuanya akan bersekolah tahun depan termasuk Adik Hadi..  Abg Long Abg Long.. sentiasa mahu jadi yang pertama  Kalau tanya abg long,  sejak dari kecil dia suka bersaing untuk jadi lebih baik.. pantang sangat kalau dia kalah.. dia memang tak pernah suka kalah.. dengan adi...

Abg long sertai perlawanan catur!

assalamualaikum semua,  lamanya takde coretan di blog kesayangan ni.. aku banyak menulis di facebook sejak akhir-akhir ni.. antara sebabnya ialah kesuntukan masa.. dan ini pun kisah yang aku salin dari facebook tadi.. Hari ni seharian duduk kat Hotel Grand Continental..  tapi jadi gelendangan terhormat 😆.. eh tapi taklah seharian, kami curi balik rumah kemas barang-barang nak pindah dan datang semula..  penyokong abg long sertai perlawanan catur  Keputusan abg long ialah kalah kesemua 4 pusingan hari ni.. ini kali pertama abg long masuk pertandingan macam ni.. aku cakap je dengan abg long.. takpe la kalah.. kita ambik pengalaman je kali ni.. walau nampak muka dia kecewa sebab dia kalah kerana 'illegals move' je katanya.. aku pun tak tau apa maksud tu.. aku saja je nak bagi pendedahan kat dia dan sebenarnya nak kumpul sijil yang lebih 😆 Jadi aku kata takpe esok ada 3 pusingan lagi.. boleh cuba lagi.. dan dia pun ok je..  Masa kelua...

Kari Telur lauk makan malam kami

Resepi Kari Telur : Hidangan makan malam kami Assalamualaikum semua,  malam tadi masa nak masak aku jenguk peti sejuk kat rumah ni.. rupanya dah takde apa yang boleh dimasak.. lupa pulak kami banyak masa takde kat rumah nak beli bahan basah aritu.. jadinya dah takde ikan atau ayam dah dalam peti..  Kari telur dan resepi aku pusing tengok atas almari ada lagi baki telur dalam tray.. terus laju masukkan dalam bakul dan basuh terus rebus atas dapur sebelum pergi solat maghrib.. siap solat elok tengok shah dah tolong asingkan telur rebus kat dalam bakul untuk tunggu sejuk.. terima kasih bang.. alhamdulillah syukur dapat suami yang ringan tulang sentiasa sudi nak bantu walau dalam apa keadaan sekalipun..  aku pun laju-laju siang bawang semua dan menumis untuk kuah kari.. kali ni buat kuah kari takde santan.. stail pekat likat macam kari mamak tu.. ada masam-masam sikit.. bukan takde santan nak letak tapi sebab shah beli santan yang kotak besar satu liter ari...

Semangat Merdeka di jiwa anak-anak

assalamualaikum semua, pagi ni abg long dan abg ngah pergi sekolah sesama sebab abg ngah kena hadir sekolah untuk sesi pagi.. sekolah buat satu sesi je hari ni bersempena sambutan bulan merdeka di sekolah.. gembiranya masing-masing sampai kat sekolah  dan tahun ni sekolah anak-anak akan buat aktiviti bendera gergasi di sekolah.. ntah macamana gayanya ntah.. harap semuanya dipermudahkan Allah dan berjalan dengan baik.. insyaAllah..  tak terbayang kalutnya cikgu-cikgu nak kawal anak-anak di sekolah bila persekolahan satu sesi ni.. mesti agak kelam kabut tu nanti.. kesian cikgu.. harus terjerit-jerit sampai hilang suara tu nanti.. hihihi.. mujurlah esok dah mula cuti seminggu..  sebagai persediaan untuk hari ni, anak-anak dikehendaki bawak peralatan semalam untuk buat topi merdeka.. tapi bila balik tengok abg long punya topi sekerat jalan takde bendera.. abg ngah pulak cuma sempat warnakan bendera je.. satu apa tak sempat buat..  jadi cikgu mint...

Kasut sekolah punya pasal

assalamualaikum semua, pagi ni sejuk je rasa sebab hujan di kawasan rumah kami ni.. walaupun tak lebat tapi cukup untuk menyejukkan bumi dan hati-hati kami.. alhamdulillah.. semalam hampir nak hangin jugak satu badan pasal gara-gara kasut sekolah.. ni kasut baru dia yang beli semalam mesti korang pun pelik kan.. apasal la isu kasut sekolah pun nak marah.. hihihi.. anggap je la yang ini adalah entri luahan rasa gitu.. ceritanya macam ni, macam selalu abg long akan gi ke transit bila balik dari sekolah dan terus bersiap untuk makan dan ke sekolah kafa pulak petangnya.. gitulah rutin dia setiap hari.. dan kami pulak macam biasa akan ke transit pada sebelah petang untuk ambik abg long, beg serta barang-barang abg long dan abg ngah di transit.. termasuklah kasut sekolah abg long.. tapi nak dijadikan cerita, boleh pulak semalam masa nak ambik kasut abg long boleh takde kat atas rak tu.. panik la sekejap shah masa tu.. lepas tu dia masuk kereta cakap kasut abg long dah ta...

Menu berbuka Kue Tiaw Tomyam dan Resepi

assalamualaikum semua, saja nak tunjuk menu berbuka kami waktu berbuka tadi.. sebabnya aku taknak la sampai korang terliur kalau aku tunjuk gambar Kue Tiaw Tomyam waktu siang esok kan? hahaha..  tengok gambar, sendiri pulak rasa lapar.. haha tadi disebabkan aku dah tak tau nak masak apa aku godeh je la apa je bahan yang ada kat rumah ni.. tengok-tengok ada sayur-sayur dan jugak rempah tomyam.. walau bahan tak berapa cukup aku buat jugak la versi campak-campak apa yang ada.. meh tengok resepi tomyam mudah ni jom.. Resepi Kue Tiaw Tomyam sumber : ceritaita Bahan-bahan: Kobis panjang Kacang peas Kobis bunga Brokoli Lobak merah Bebola ikan Tomato Perencah Tomyam Adabi Kue Tiaw  Daun Limau purut Bawang besar Bawang putih Air secukupnya Kiub pati ayam Garam  Ajinomoto Cara-cara: 1. Rebus air dalam periuk. 2. Masukkan bawang besar, bawang putih dan perencah tomyam adabi. 3. Sebelum mendidih tu aku masukkan sayur yang...

Luka Abg Long Hari Pertama dan Kedua

assalamualaikum semua, hari ni aku nak update pasal luka abg long lepas kemalangan hari Jumaat aritu.. bermula kelmarin dan semalam.. amaran.. kalau rasa ngeri tak payah la korang teruskan baca ye.. Luka Abg Long Hari Pertama dan Kedua Acriflavine ~ Ubat Luka setakat ni abg long ok, tak menangis atau mengadu sakit yang teruk-teruk.. cuma terbunyi ah.. ah.. je bila kami cuci luka tu.. aku cuma bersihkan guna cecair normal saline je yang memang ada kat rumah ni masa nak guna buat cuci luka shah lepas pembedahan dulu.. masih ada banyak bakinya.. "Dressing set" untuk cuci luka pun masih ada.. jadi tak perlu beli jugak.. cuma kami dibekalkan dengan ubat luka untuk sapu pada luka abg long macam gambar kat atas ni.. Ubat cuci luka ubat luka yang kami guna ni ialah Acriflavine, mudah meresap dan cepat keringkan luka.. biasanya orang guna jugak ubat luka ni untuk keringkan luka jahitan lepas bersalin.. dan alhamdulillah nampaknya lepas penggunaan 2 hingga 3 kali sehari...

Tongkat untuk abg long

assalamualaikum semua, lepas tragedi abg long semalam tu kami buat keputusan nak belikan dia tongkat untuk berjalan.. itu pun lepas tengok dia agak susah nak berdiri dan berjalan ke sana sini waktu dalam rumah.. lebih susah bila nak ke bilik air.. kami tak sempat pulak nak survey banyak tempat nak beli dengan harga tongkat yang berbaloi..  tongkat untuk abg long memula aku dah bagi abg long cuba tongkat yang shah guna masa kaki dia cedera kena parang dulu.. tapi bila dah abis adjust pun tongkat dewasa tu agak tak sesuai untuk ketinggian abg long.. jadi dia guna sekejap je la tadi masa kat rumah.. dan kami buat keputusan nak beli yang lain untuk abg long..  kebetulan pulak tadi lepas bayar bil elektrik kat kiosk TNB tadi terus kami pusing ke farmasi yang terdekat area tu.. kami ke Farmasi Lims'.. tanya ada tak jual tongkat untuk budak.. kalau dalam bahasa inggerisnya kids crutch.. dan bila tanya harga.. harganya dalam RM61 sepasang.. kami pun sebab nak cepat d...

Kemalangan abg long di sekolah berulang lagi!

Kemalangan abg long di sekolah berulang lagi! assalamualaikum semua, benda ni berlaku semalam.. ramai pun yang bertanya di facebook lepas aku naikkan status dapat panggilan telefon mengenai abg long di sekolah.. panggilan mengejutkan mengenai kemalangan abg long di sekolah.. masa aku dapat panggilan tu aku tak fikir benda lain lagi dah.. terbayang macamana keadaan abg long waktu tu je..  kaki abg long yang berbalut maaf kalau aku tak sempat nak jawab apa-apa komen pun.. panik sekejap semalam tu.. ntah kenapa.. rasanya sebab baru je kat timeline aku lalu cerita pasal kemalangan yang menimpa abg long tahun lepas.. genap setahun wei.. elok je setahun berlalu dan sekarang ni berulang lagi.. Allah.. kapau dulu aku tak panik tapi sekarang ni serius aku panik.. terutama bila dapat call dan cikgu cakap,  "Anak tuan/puan luka kena zink kat sekolah ni"..  korang rasa apa kalau jadi ibubapa? maunya tak panik kan? kami berkejaran balik semalam.. kebetulan pu...