Cerita Ita: resepi                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel resepi

Ayam Masak Lemak Yang Pasti Buat Nasi Bertambah

Assalamualaikum semua, hari ni walaupun sakit mata rutin harian memasak wajib jugaklah buat. Terkenyit-kenyit mata masa masak ayam masak lemak tadi udah rupa tukang masak viral tu haa..Tu dia tajuk..tapi memang ya tau..pasti menambah nasi kalau makan ni.. Ayam Masak Lemak Striking Ayam masak lemak ni kalau disebut di mana-mana pun memang antara juadah terkenal orang Malaysia dan masakan Melayu popular khususnya. Dan resepi ayam masak lemak striking ni sebenarnya  ada sejarahnya sendiri .  Ada aku ceritakan dulu kat Resepi Ayam Masak Lemak ni dulu. Jadi takyah la ulang sejarah ayam masak lemak ni lagi. Korang gi baca kat entri sana je ya. Yang pastinya lauk ni adalah lauk yang akan mengimbau sejarah. Terutama buat kami warga asrama puteri (aspuri) Maahad Muar masa tu. Entah ada tak lagi makcik yang masak tu tak ntah. Banyak pahala makcik tau makcik. Sebab sampai sekarang ni kami masih terasa teringin nak makan lauk ayam masak lemak stail makcik ni lagi. Semoga banyak pahala ma...

Lontong Penambat Hati Suami

Assalamualaikum semua, baru ni aku ada tunjuk gambar lontong sedap kat facebook kan? ada pulak yang mesej tepi tanya macamana resepi lontong aku buat tu nampak sedap. Sebenarnya nak cakap la semua benda dalam gambar ni memang biasanya nampak sedap, lagi-lagi kalau kita tengok waktu kita lapar. Ya tak? Lontong Lontong dan kuah lodeh Lontong ni kalau ikutkan maksud dia sebenarnya adalah nasi yang ditanak atau dikukus dalam daun pisang. Asal makanan ni dari masyarakat Jawa. Dan disebabkan aku pun ada darah kacukan Jawa dari sebelah mak jadinya ini kira antara makanan tradisi dalam keluarga kami. Kalau dalam keluarga kami selalunya kami panggil lontong tu kira macam satu nama untuk juadah la.  Masa sambutan rumah terbuka syawal kami aritu pun mulanya lontong ni aku masukkan dalam senarai juadah yang aku akan masak. Tapi disebabkan kesuntukan masa, perancangan tak menjadi. Jadi aku masaklah pulak selepas majlis tu untuk makan-makan kat rumah pulak. Gandingan Kuah Lodeh  Tapi ya...

Tempe dan Resepi Tempe Goreng Kunyit

Assalamualaikum semua, ada ke kalangan pembaca blog aku ni seorang peminat tempe macam aku juga? Kalau ada korang komenlah nanti ya korang suka makan tempe dalam masakan yang macamana. Kot-kot la resepi tempe goreng kunyit aku ni nanti terlalu biasa je kan..manalah tau. Sebab pada aku tak kisah pun nak dimasak apa tempe ni pun, yang penting khasiat tempe tu sendiri. Tempe Tempe daun Tempe adalah makanan berasaskan kacang soya yang melalui proses penapaian untuk menjadikannya satu makanan yang sedap. Ada yang kata tempe dengan tauhu ni keluarga yang sama. Semuanya gara-gara diperbuat dari kacang soya.Tapi sebenarnya tempe sangat berbeza. Ia lebih keras dan berbau kuat. Tempe antara ramuan penting dalam masakan makanan Orang Jawa. Antara makanan yang menjadikan tempe sebagai ramuan utama ialah Lontong . Banyak juga resepi Jawa lain yang berasaskan tempe sebagai bahan asas. Asal Usul Tempe Tempe berasal dari Suku Jawa di Ponorogo, Pulau Jawa, Indonesia. Tapi disebabkan suku jawa yang...

Resepi Ayam Masak Lemak Striking

Resepi Ayam Masak Lemak Striking Resepi Ayam Masak Lemak Striking  <script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js?client=ca-pub-3270816591643036"      crossorigin="anonymous"></script> Assalamualaikum semua,  hari ni mood aku baik banyak nak masak. Terasa rajin jugak nak kongsikan resepi ayam masak lemak striking yang jadi kegemaran ni.  Bukan setakat kegemaran kami sekeluarga. Pernah jugak jadi kegemaran aku dan kawan-kawan di zaman sekolah dulu. Kawan-kawan sekolah asrama Maahad Muar, korang ingat tak lauk ayam masak lemak striking kegemaran kita ni?  Ayam masak lemak sedap <script async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js?client=ca-pub-3270816591643036"      crossorigin="anonymous"></script> Sejarah Ayam Masak Lemak Striking Nama ayam masak lemak striking tu dulu pun kami la yang bagi nama. Batch SPM 1996 Maahad Muar. Ada rahsia kenapa lauk ni k...

Biskut Famous Amos Norasikin

assalamualaikum semua, ingat tak yang aku pernah janji dengan korang sebelum ni dalam entry ni BISKUT ALA FAMOUS AMOS ?  Biskut Famous Amos Norasikin aku dah janji nak kongsikan resepi dia kan? adoi.... kesibukan melanda dan aku hampir je lupa.... ok hari ni aku tebus balik ye.... maaf sesiapa yang menunggu tu... ok sebelum tu aku nak bagi kredit dengan blog yang sangat tak pernah kedekut ilmu dia tentang masakan....aku banyak belajar dari dia tau... aku maksudkan blog Resepi Komersial ni... sangat bagus info yang diberi tiap kali...sampai aku subscribe email tau nak follow blog dia... sifu...mintak izin tampal disini dan saya adjust sikit ye... Biskut Famous Amos Norasikin dari Resepi Komersial by Norasikin Basri Bahan-bahan untuk Biskut Famous Amos Norasikin. 250g Majerin (aku guna butter..itu je yang ada kat rumah) 200g Tepung Gandum Kegunaan Am 300g Gula Pasir 200g Oat Cepat diMasak 1 cmt Soda Bikarbonat 1 cmt Baking Powder 2 cmt Emplex 200g Coklat Cip 2 bj Telur...

Review : Apa Rasa Ayam Berempah Maggi?

Review : Apa Rasa Ayam Berempah Maggi ? Review : Apa Rasa Ayam Goreng Berempah Maggi? Assalamualaikum semua, kelmarin masa aku cari barangan dapur untuk rumah ni aku terpandang bungkusan perencah ni, Ayam Goreng Berempah keluaran Maggi. Teruslah terfikir apa rasa ayam berempah maggi ni kan? Nampak pada bungkusan macam menarik. Maaf la gambar atas ni aku ingat nak ambik gambar bila dah keluarkan isinya je.. hehe Kalau ikutkan panduan pada bungkusan ayam goreng berempah maggi ni kan, dia kata satu bungkusan tu untuk setengah ekor ayam. Takde pulak dinyatakan setengah ekor tu anggaran berapa kilo. Jadi kami agak-agak je la ayam yang kami beli menghampiri 2 kilogram beratnya untuk seekor. Jadi kami ambik separuh ayam tu untuk cuba apa rasa ayam goreng berempah maggi ni. Marilah aku tunjuk langkah yang aku buat berserta resepi. Lagi senang nak faham kot. Ayam Goreng Berempah Resepi Ayam Goreng Berempah Maggi Bahan-bahan 1 paket pes ayam goreng berempah Maggi  1/2 ekor ayam yang dah dipo...

Menu Sarapan di Tahun Baru

Menu Sarapan di Tahun Baru Menu sarapan di Tahun baru Assalamualaikum semua, disebabkan azam aku sekarang ni nak kembalikan blog ni supaya lebih bernyawa jadinya akan ada je blogpost setiap hari dari aku sekarang ni. Hari ni aku nak cerita pasal menu sarapan kami pagi ni. Saja la nak tunjuk dengan korang menu sarapan di tahun baru kami. Hidup kami anak beranak ni simple je. Kalau pagi-pagi tu memang nak kena ada sarapan dulu sebelum masing-masing jalani rutin harian. Jadinya memang kena fikir la apa menu untuk sarapan setiap hari. Biasanya akan kami rancang dulu malam sebelumnya tapi kalau tak sempat fikir atau takde idea kami masak je apa yang ada di waktu pagi tu. Macam sarapan hari ni malam tadi dah ada yang mintak buatkan murtabak megi tapi disebabkan takde stok megi kita buat je la sarapan cenkodok atau jemput-jemput kentang gunakan tepung yang sedia ada kat rumah ni. Disebabkan semalam aku ada buat roti bakar cheese jadi ada pulak anak bujang yang minat nak buat sendiri pulak har...

Akhirnya Kami Bakar Kek Marble!

Akhirnya Kami Bakar Kek Marble Kek Marble Assalamualaikum semua, hari ni plan nak mengemas rumah. Jadi minggu ni kami tak ke mana-mana pun. Betul-betul duduk rumah je minggu ni. Tapi tadi ntah macamana akhirnya kami bakar kek marble pulak. Sebabnya bila mengemas tu ternampak tepung naik sendiri yang dah menghampiri tarikh luput. Jadi jangan membazir kita gunakanlah dengan baik. Apa lagi buat kek marble la. Memula berangan nak buat kek span pandan tapi bila tengok bahan tak berapa cukup, ovelate takde pulak. Jadi kita buat je la apa yang ada dan mencukupi. Maka akhirnya kami bakar kek marble. Eh marilah tengok resepi. Dulu pernah letak kat blog jugak cerita pasal resepi kek marble Mak Jemah. Jemah tu sempena nama mak aku ya. Tak tipu. Jemah binti Awang. Dan resepi kek ni pun memang dari mak. Resepi Kek Mable Mak Jemah BAHAN-BAHAN 5 biji telur 1 cawan gula kastor 1 cawan tepung gandum 1 cawan tepung naik sndiri 1 sudu teh esen vanilla 300 gram marjerin (kali ni aku guna butter) 1 sudu t...

Resepi Murtabak Megi Mudah Dibuat

Resepi Murtabak Megi Mudah Dibuat Resepi Murtabak Megi Mudah Dibuat Assalamualaikum semua,  kelmarin aku ada buat murtabak megi.. guna resepi mudah untuk murtabak megi je. Semua orang boleh buat sebab tak susah. Ada yang tanya macamana nak buat. Jadi aku letak resepi murtabak megi mudah dibuat kat sini la ya..  Resepi Murtabak Megi Mudah Dibuat Bahan-bahan  (aku guna sukatan untuk makan 7 orang kat rumah ni ya) 6 pek megi (tak kisah jenama apa pun) tapi aku guna 3 pek perisa kari dan 3 pek perisa ayam 7 biji telur Serbuk lada hitam (1/3 sudu makan)  3 sudu makan minyak masak Cara-cara 1. Rebus air panas untuk kembangkan megi nanti.  2. Rendam megi dalam air panas selama 2 minit. Toskan. 3. Pecahkan telur satu demi satu dalam bekas. 4. Masukkan bahan perisa megi tadi (aku guna 2 pek perisa ayam dan 2 pek perisa kari) 5. Masukkan lada hitam dan minyak masak.  6. Kalau rasa nak pedas lagi boleh tambah serbuk cili.  7. Tepuk telur biar sekata.  8. Mas...

Biskut Mazola Kuih Raya Pertama kami

Biskut Mazola Kuih Raya Pertama kami Assalamualaikum semua,  dah masuk 13 Ramadan hari ni. Sekejap je masa berlalu. Biasanya kalau dah dekat-dekat pertengahan Ramadan ni antara rutin yang aku buat ialah buat kuih raya pertama. Semangat pulak tahun ni, jangan tak jadi raya sudahlah hahaha. Biskut Mazola Kuih Raya Pertama Kami  Kuih pertama yang jadi pilihan tahun ni kuih nostalgia yang wajib ada kat rumah mak aku sejak zaman kami kecik-kecik dulu. Stail mak aku dulu buat kuih senang je, mak sedia doh je. Tugas mencanai dan bakar tu gigihlah kami adik beradik.  Kat rumah ni pulak beza. Yang minat buat kuih raya ni anak-anak yang kecik-kecik pulaknya. Jadi apa pun tak boleh la. Nak suruh buat sendiri tanpa pemantauan lagi la tidak jawabnya. Sudahnya maknya jugak la ni yang terkial-kial menyiapkan kuih raya tu.  Kali ni aku pilih buat biskut mazola sebagai kuih raya gunting reben. Maklumlah sejak kami pindah ke Kluang aritu banyak benda yang tak terurus lagi. Barang-bara...