Cerita Ita: konvokesyen                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel konvokesyen

Bukan mudah nak jadi Iron Women

Assalamualaikum semua, hari ni aku cuti.. cuti secara tiba-tiba.. plan asal aku akan ke pameran Lab Asia 2017 di PWTC.. banyak peralatan makmal yang ada dipamerkan kat sana.. pameran ni bersekali dengan seminar berkaitan makmal yang berlangsung dari semalam 10 Oktober sampai esok 12 Oktober.. kira memang kalau orang makmal memang patut berkunjung ke pameran macam ni untuk tau apa saja teknologi terbaru yang terdapat di dunia..  Shah di DMMC tapi sejak Isnin baru ni shah dah dimasukkan ke hospital.. di Darul Makmur Medical Center (DMMC).. maka aku kena jalankan tanggungjawab buat insan yang tersayang ni pulak.. alhamdulillah.. masih Allah bagi peluang lagi.. tapi bukan mudah untuk aku sebenarnya..  semuanya sebab selama ni shah la tulang belakang aku dalam segala hal.. baik penjagaan anak-anak,  hal rumah.. semuanya dia bantu.. kalau dia takde mula la semuanya jadi tunggang langgang.. ni pun tengahari tadi aku baru je kerjakan kain baju kat dobi.. kebetula...

Audit ISO 17025 dah selesai!

Assalamualaikum semua, semalam dah selesai audit assessment dari Jabatan Standard Malaysia selama 2 hari.. audit kali ni adalah bertujuan untuk pembaharuan sijil ISO 17025 makmal kami buat kali ke 3.. alhamdulillah sejak layak untuk persijilan pertama pada tahun 2012, kami berjaya lagi mempertahankan sijil ni dengan beberapa perubahan dari masa ke semasa.. mesyuarat penutup - tengah cemas masa ni ceewah.. macam buat ucapan pulak dah pepagi ni.. haha.. bukan la nak buat ucapan sangat pun cuma nak melahirkan rasa bersyukur dah terlepas satu lagi tanggungjawab yang agak berat ni.. inilah antara sebab jugak kenapa aku tak dapat menghadirkan diri dalam majlis konvokesyen adik aku.. sekarang cuma tinggal nak masukkan jawapan dan bukti untuk jawapan tu je la belum dibuat lagi.. insyaAllah akan cuba diselesaikan secepat mungkin..  penemuan audit semalam pun cuma dapat 1 NCR (non-confirmatory report) kategori 3 (minor) dan satu observation.. alhamdulillah agak sukar nak da...

Wordless Wednesday # 57

assalamualaikum semua, langkah ke arah menjadi suami dan isteri mithali  p/s baru balik dari hadiri majlis konvo POLISAS... sukanya tengok muka ibu bapa yang datang entah dari ceruk mana tapi nampak gembira dengan kejayaan anak masing-masing... Tahniah anda telah berjaya menjadikan anak anda berjaya... langkah aku yang masih panjang...

terkenang semasa dulu..

assalamualaikum semua, alhamdulillah pagi tadi aku selesai menyertai satu majlis yang best iaitu Majlis Konvokesyen POLISAS kali ke 34.. mesti ada yang nak tau kenapa aku pergi ke majlis ni pulak kan?.. eh takde eh? tak kira la... nak cerita jugak.. hehe.. sebenarnya tempat aku bekerja sekarang ni memang selalu ada pelajar POLISAS yang datang untuk praktikal.. jadinya mungkin disebabkan kerjasama ini kami dijemput untuk sama-sama meraikan majlis yang gemilang ini..dan kenapa aku pulak yang kena pergi.. bos minit surat pada aku tapi tak paksa pergi tapi disebabkan tempatnya dekat jadi aku dengan sukarelanya nak pergi... kenapa? untuk motivasi diri.. macamana? nanti aku ceritakan.. ada 3 hari sebenarnya majlis ni berlangsung tapi aku cuma boleh hadir hari ni je... esok ada dan lusa ada program lain pulak.. program pagi tadi berjalan lancar seperti yang direncanakan... bermula dengan perasmian oleh Dato' SUK Negeri Pahang sampai la ke acara makan.. hehe.. kenapa aku ...