Cerita Ita: selamat hari lahir                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel selamat hari lahir

Jejak Umurku ke 47 tahun

  Selamat Hari Lahir Ke 47! Assalamualaikum semua, hari ni 3 Januari 2026 merupakan hari lahir aku yang ke 47 tahun. Rasa ada satu kehilangan yang sangat nyata. Tiada lagi ucapan dari mak yang tersayang. Rasa kosong. Mak tak pernah lupa ucapkan selamat hari lahir setiap tahun. Aktiviti di Hari Lahirku Hari ni aku berada kat Kuantan. Kami balik rumah kami di Kuantan. Aura kat rumah ni lain. Rasa tenang. Pagi tadi kami bersarapan di Restoran Tanjung Selera di Tanjung Api. Selepas tu berjalan sekejap ke Pantai Teluk Cempedak. Lepas tu kereta meragam pulak. Kami balik rumah, Shah ke bengkel dan kami berehat di rumah. Petangnya sambung berjalan ke MrDiy cari barang sekejap. Dapatlah bidai dengan harga murah untuk hadiah diri sendiri. Hati Rasa Kosong Malamnya berjalan ke Taman Kerang. Hajat hati nak beli mochi tapi dah habis licin pulak. Jadi beli tart je la untuk anak-anak. Terus balik ke rumah. Itu je la aktiviti sepanjang hari lahirku. Sakan berjalan tapi hati masih kosong. CeritaIta...

Selamat hari lahir yang ke 7 Kakak!

assalamualaikum semua, nak cerita jugak walau dah terlewat sehari.. nak cerita pasal sambutan hari lahir kakak semalam.. alhamdulillah kakak syafiah atau kakak husna.. (dua-dua nama pun boleh sebut) dah genap 7 tahun semalam.. dah nak hujung tahun baru cukup umur dia.. gitulah setiap tahun..  Selamat Hari Lahir yang ke 7 kakak!  paling aku tak boleh lupa tau pada hari kelahiran kakak 7 tahun lepas.. memang dah agak maklum kalau hujung tahun je area pantai timur memang akan dilanda musim tengkujuh yang agak teruk.. sekarang ni pun baru je aku dengar pengumuman dalam radio mengenai amaran cuaca buruk berterusan di beberapa kawasan di pantai timur termasuklah Kuantan dari hari Selasa hingga Khamis ni..  ativiti potong kek.. ummi dengan baju keja lagi tu.. huhu pada 7 tahun lepas pun macam tu la jugak.. saat aku rasa sakit tu jam 11 malam.. makin kuat sebab aku masih susukan abg ngah waktu tu.. tapi bila shah dah tinggalkan aku duduk kat hospital ...

Kereta rosak sebagai hadiah hari lahir?

assalamualaikum semua, aku patut tulis untuk post hari lahir ni pada 8 September aritu sebenarnya.. tapi disebabkan banyak perkara tetiba je terjadi semuanya berjalan tak mengikut seperti yang dirancang pun.. apa pun selamat hari lahir buat insan yang ku sayang.. redha jelah ya bang hadap kereta rosak sebagai hadiah hari lahir?  Selamat hari lahir Abg!  sebenarnya cerita bermula dari hari Jumaat tu lagi dah.. waktu tu shah gi kedai hantar kereta untuk baiki kerosakan yang ada.. susah nak jalan jauh kalau kereta meragam.. kononnya kami bercadang nak melawat rumah kawan sambil memenuhi jemputan dia di Semenyih tapi apakan daya.. manusia hanya boleh merancang kan.. mujur jugak kami kena tak jauh dari rumah..  hari sebelumnya tu kira shah dah dapat rezeki la tau sebuah bengkel yang dekat dengan rumah dan agak bagus servisnya.. kira kami anggap rezeki la ni.. jadi bila kena tengah jalan signal bateri menyala menandakan bateri tak dicas sepanjang jalan waktu me...

Selamat Hari Lahir yang ke 39 Ita!

assalamualaikum semua, hari istimewa muncul lagi hari ni.. setiap kali awal tahun pasti ianya muncul lagi.. apa lagi kalau bukan hari lahir aku yang jatuh pada setiap 3 Januari setiap tahun bermula tahun 1979 lagi..  dan tahun ni genap 39 tahun dah rupanya.. makin tua pulak rasanya..  setahun lagi akan mencecah usia 40an..  Selamat Hari Lahir yang ke 39 Ita!  kalau lelaki orang akan cakap waktu inilah makin menjadi tapi aku rasa kalau untuk perempuan lebih sesuai makin berisi kot..  bukan isi lain pun sebenarnya, tapi lebih kepada tambah isi badan yang banyak.. hehehe.. ada sesiapa nak bantah?  tapi aku sebenarnya nak rakamkan penghargaan buat semuanya terutama insan tersayang iaitu keluarga dan rakan-rakan.. terutama abg long yang dah ucapkan sehari awal lagi macam biasa pasal dia selalu ingat harijadi ummi dia jatuh pada 2 Januari.. hihi.. lucu kan?  apa pun terima kasih ye nak.. ummi hargai sangat-sangat..  untuk tahun ni t...

Selamat Hari Lahir yang ke 66 Abah!

assalamualaikum semua, hari merupakan hari kelahiran buat abah, insan yang kami paling sayang.. dan selama dekat seminggu jugak kami abiskan masa menemani abah di HUKM.. pelan asal untuk rawatan lain tapi rupanya lain pulak yang jadi.. tapi apa pun kami redhakan jugak semua yang berlaku.. dan aku tak dapat nak kongsikan sepenuhnya apa yang berlaku atas permintaan banyak pihak..  Selamat Hari Lahir Abah di hari ni pada ini 66 tahun dulu, seorang bayi lelaki dilahirkan oleh ibunya yang tersayang yang akhirnya meninggalkannya ketika berusia 9 tahun.. waktu sekecil itu beliau terpaksa memikirkan cara untuk menyara sebuah keluarga yang ada.. bermacam yang dilalui oleh anak yatim ini.. sejarah hitam kebanyakkannya yang menjadikannya seorang yang berhati batu dan tabah dalam mengharungi apa sahaja rintangan di hadapannya..  tak pernah kenal apa erti sekolah.. tak juga dapat merasa apa erti pendidikan formal kerana kesempitan hidup.. namun tak menghalangnya untuk teru...

Sambutan Hari Lahir Kakak Husna pertama kali di sekolah

assalamualaikum semua,  semalam sekolah kakak husna ada buat jamuan akhir tahun.. jadi aku dengan shah rancang la nak bagi dia rasa ada sambutan kat sekolah dengan kawan-kawan.. bukan tak pernah sambut dengan kawan-kawan tapi sebelum ni cuma sambut kat transit je.. itu pun dah agak lama dah.. jadi bersempena tahun ni tahun akhir kakak kat tadika sebelum masuk sekolah rendah nak la bagi dia peluang sambut dengan kawan-kawan sekolah.. hari lahir kakak husna sebenarnya bulan depan.. 11.12.11.. tapi setiap kali nak tunggu tarikh yang betul mesti tak dapat nak sambut dengan kawan-kawan.. jadinya kami nak awalkan la sambutan ni.. Sambutan Hari Lahir Kakak Husna pertama kali di sekolah disebabkan rancangan kami agak mengejut kami cuma beli je kek kat memana kedai yang masih bukak malam kelmarin.. dalam keadaan hujan gerimis malam tu keluar jugak la nak carikan kek untuk kakak.. tapi bila sampai kedai kek tu, rancangan nak beli satu kek tetiba pulak berubah jadi dua kek.. dah ...

Selamat Hari Lahir Sayang!

assalamualaikum semua, pada hari ni 3 tahun yang lepas aku dah selamat berjuang nak lahirkan salah seorang permata hati kami.. Adik Ahmad Hadi Haris.. Selamat Hari Lahir yang ke 3 buat anak ummi yang tersayang.. Selamat Hari Lahir Sayang! walaupun sebenarnya adik lahir awal 2 minggu jangkaan dan awal sehari dari tarikh dijadualkan dilahirkan melalui pembedahan, namun siapa sangka yang adik hadi sebenarnya memang ditentukan Allah untuk keluar lebih awal dari tarikh jangkaan.. dah berumur 3 tahun dah hari ni pun.. dan adik hadi dah pandai macam-macam selama 3 tahun ni.. dah pandai nak buat semuanya sendiri, dah pandai arahan yang senang-senang.. dah pandai jugak sibuk nak mengikut ummi bila ummi kena kerja jauh.. paling tak tahan bila adik hadi sebut..  "adik nak ikut ummi boleh?"  lepas tu bila ummi jawab tak boleh.. adik sambung semula.. "ala.. adik nak ikut ummi.." sangat meruntun jiwa rasanya.. dan esok ummi terpaksa tinggalkan a...

Sambutan Hari Lahir Abg Ngah

assalamualaikum semua, semalam secara rasminya kami meraikan hari lahir abg ngah macam yang aku dah janjikan dalam entri sebelum ni .. disebabkan semalam baru ada kesempatan nak belikan kek dan raikan sambutan hari lahir abg ngah.. semua ceria tunggu kek dipotong suka tengok muka dia ceria pun aku dah seronok sangat.. balik sekolah dah terlonjak-lonjak sukanya dia bila nampak aku keluarkan kotak kek.. siap jerit-jerit cakap, "Ini kek saya kan?".. tentunya dengan muka yang sangat ceria.. tak dapat nak gambarkan gembiranya abg ngah waktu tu..  nampak tak siapa yang pegang pisau kek? senang sangat sebenarnya nak bagi anak-anak rasa gembira macam ni.. kalau anak-anak kami ni la.. luangkan masa untuk memasak makanan kegemaran diorang pun diorang dah rasa sangat gembira.. lagilah kalau raikan diorang dalam majlis yang jarang sangat kami buat macam ni.. seronok muka masing-masing.. walau yang diraikan tu abg ngah tapi yang lain pun ikut gembira sangat.. ...

Selamat Hari Lahir Abg Ngah

assalamualaikum semua, dah malam baru ada kelapangan nak menulis.. pulak tu baru teringat hari lahir abg ngah rupanya hari ni.. Allah.. maafkan ummi ye nak.. lupa-lupa betul.. ni pun budaknya dah tidur pun.. tadi sebelum tidur sempat la cakap selamat hari lahir abg ngah kat dia..  selamat hari lahir abg ngah... tapi mukanya macam tak puas hati pulak bila takde kek.. alahai nak.. ummi ingat pun dah pukul 9 malam.. mana la nak cari kek lagi waktu tu.. tapi pujuk jugak dia tadi cakap esok la ummi belikan kek.. dan laju-laju jugak aku mesej ke kawan setaman yang buat kek masa hari lahir abg long aritu.. tempah terus sebiji kek untuk ambik petang esok.. dan tetiba pulak abg ngah cakap tadi boleh tak nak bawak kek ke Pasti? (maksud dia tu ke transit dia la tu).. aku cakap insyaAllah nanti ummi cuba tanya orang yang buat kek tu.. kalau tak boleh, tak boleh nak buat apa la.. dan elok je aku tanya tadi akak tu sanggup.. alhamdulillah dipermudahkan urusan lagi sekali.. jadin...

Selamat Hari Lahir yang ke 10 sayang..

Selamat Hari Lahir Yang ke 10 Sayang assalamualaikum semua, aku dah ada di Kota Bharu sekarang ni.. pagi tadi bertolak sebab ada kursus di sini sehingga Khamis.. tapi cuma nak jugak buat entri ucapan Selamat Hari Lahir buat anak yang tersayang..           Birthday boy dengan keknya Selamat hari lahir abg long sayang.. walau ummi takde bersama dengan awak waktu ni di hari ni.. tapi ketahuilah doa ummi sentiasa mengiringi..  semoga anak yang diberi nama Ahmad Haziq Hakimi menjadi anak yang soleh, dirahmati Allah di mana jua abg long berada, dimurahkan rezeki, dipertemukan jodoh yang baik, ditetapkan iman dan berjaya menjadi umat Islam yang cemerlang satu hari nanti..  walau ummi tau awak amat mengharapkan ummi ada untuk awak meraikan hari istimewa ini.. kerana sejak dari awal bulan awak menghitung hari untuk sampai ke tanggal 17 April 2017.. ummi faham dan sangat faham harapan seorang anak.. terutama muka sedih awak semala...

Selamat hari Lahir Kakak Husna!

assalamualaikum semua, hari ni buat entry khas buat anak perempuan kami yang cuma ada sorang tu je.. sebenarnya lebih pada entri nak mohon maaf sebab ummi lupa hari lahir kakak.. huhu.. maafkan ummi ye nak.. Koleksi gambar yang mokde dia simpan.. tq mokde.. dan hari ni baru sempat nak tulis.. apapun kita dah ganti dengan makan kat luar kan hari tu.. dan ummi dah buatkan kek advance masa kita balik kampung aritu untuk kakak husna dengan atuk abah.. atuk abah lahir pada 5 Disember 1951..dan kakak lahir pada 11 Disember 2011.. dua-dua anak kelahiran Disember.. untuk kakak Husna, ummi doakan anak ummi supaya membesar dengan sihat dan menjadi anak yang berguna satu hari nanti ye nak..  takde apa kat rumah.. ummi buat agar-agar je aci tak ye?

Selamat hari lahir abang... dan maaf...

Assalamualaikum semua, semalam sebenarnya adalah tarikh penting untuk seorang insan yang istimewa... tapi kan... aku lupa... sungguh-sungguh lupa tau bukan main-main... betul tau selalu aku ingat... ingat sangat... tapi kali ni aku terlupa betul yang sepatutnya semalam hari istimewa insan teristimewa ni...  ini bukan kali pertama aku lupa sebenarnya... dan banyak kali dalam tahun ni aku terlupa... aku terlupa tarikh ulangtahun perkahwinan kami... aku lupa jugak ulangtahun kami nikah... dan aku lupa jugak hari lahir mak aritu... terus aku jadi pelik... banyak sungguh benda aku lupa tahun ni... apa petandanya ye? ke sebab aku makin tua? hmmm.. tak dinafikan... tapi mungkin jugak kena banyakkan baca al-quran untuk tajamkan lebih daya ingatan... ingat tu ita... baca al-quran selalu-selalu... cabaran tu... buat suami tersayang... abang... maafkan ita ye lupa hari lahir abang... tak sengaja sangat... lepas tu nak buat kek pun tak terbuat jugak.. huhu... insyaAlla...

Selamat Hari Lahir Sayang !

assalamualaikum semua,  Semalam hari lahir abg ngah tapi hari ni aku baru berkesempatan nak tulis ucapan hari lahir buat salah seorang buah hati aku dalam keluarga kami ni... Abg ngah aka Ahmad Najmi Afiq ummi tak lupa ye nak... ummi ingat tapi disebabkan kita dah sambut lebih awal dengan kek di Zoo Kemaman aritu maka takde la lagi sambutan kali kedua... hadiah pun ummi ayah dah bagi kan ? dan ummi dah buat ucapan dengan abg ngah jugak pagi tadi dan ucapan di instagram dan facebook jugak... ucapan untuk Abg ngah ooo... lupa nak tunjuk apa hadiah yang kami bagi untuk hadiah tahun ni... tahun ni kira istimewa berbanding tahun lain yang cuma ada sesi potong kek je... tahun ni ada hadiah iringan... hari jadi abg ngah tapi kakak husna dengan adik hadi pun dapat tempias tumpang sekaki sekali... hadiah kami beli untuk abg long , abg ngah dan kakak husna ialah sketch book... dan hadiah lain yang dibeli ialah... kita cerita kat entri lain la pulak ye... ...

Selamat Hari Lahir Yang ke 9 Abg Long Sayang!

assalamualaikum semua, 9 tahun yang lalu masa ni aku tengah menanggung sakit bersalin buat pertama kalinya...baru kenal erti pengorbanan bagi seorang ibu... 3 hari 3 malam berjuang untuk melahirkan seorang permata hati...dan akhirnya kesabaran itu dibalas dengan kelahiran seorang bayi comel pada jam 9.04 malam.. aku pernah kongsikan kisah kelahiran itu di sebuah blog yang telah dipadam kewujudannya...insyaAllah akan cuba ditulis semula nanti.. selama 9 tahun ini membesarkan abg long merupakan satu pengalaman baru untuk aku dan shah..terutama bila semuanya berdasarkan pengalaman kali pertama... pelbagai ujian yang ditempuhi... tapi alhamdulillah... abg long atau anak yang diberi nama Ahmad Haziq Hakimi sangat-sangat membantu kami yang sentiasa cuba menjadi ibu bapa yang sempurna... birthday boy - Abg Long doa ummi untuk abg long sempena hari yang istimewa ni ialah semoga Abg long terus berjaya di dunia dan akhirat...dapat berbakti untuk agama suatu hari nanti...dan dib...

Ucapan Selamat Hari Lahir Teristimewa

assalamualaikum semua, Tahun 2016 telah pun memulakan kiraannya.... 2015 telah tertinggal di belakang.... jauh... saban tahun sama je setiap tahun aku akan cukup umur setiap kali ketibaan tahun baru menjelma....kerana hari lahir aku jatuh pada 3 Januari setiap tahun.... (kalau ikut mak dulu patut due bulan 12 tapi ntah kenapa nak lahir lambat...hehehe...) dan tahun ni genap usiaku 37 tahun... dan tahun ni sama je dengan tahun-tahun sebelumnya pun tiada sambutan besar-besaran yang kami buat pun...lagipun kami bukan orang besar-besar pun....(cuma badan je besar..huhuhu) dan tahun ni ditambah pulak dengan pakej demam.... alhamdulillah... aku diuji dengan demam bengkak susu lagi sekali...setelah pernah diuji sekali dulu... DEMAM BENGKAK SUSU ... mujur kali ni tak seteruk dulu...kali ni berpunca dari puting yang luka digigit adik hadi...pasti aku pulak tak sempat pam... melarat la jawabnya... dan diakhiri dengan badan mengigil dan aku tumbang 2 hari demam dan sakit urat.... ...

Selamat Hari Lahir Yang Pertama Sayang...

assalamualaikum semua, lama dah tak bersiaran...banyak cerita penting dah tak tertulis sebab dah terlampau banyak nak tulis...sepatutnya entry ni keluar hari Khamis lepas tapi disebabkan aku tak berapa sihat maka tertunda... ucapan di atas tu ditujukan kepada budak comel ni sebenarnya... adik hadi haris dah 1 tahun! yeay! dah cukup setahun usianya pada tanggal 3 September 2015 ...alhamdulillah... ini juga bermakna genap setahun aku berjaya menyusukan dia sepenuhnya... walau banyak dugaan dan ranjau duri..ecece...bahasa novel la pulak... tiada sambutan istimewa pun buat adik Ahmad Hadi Haris...sebab ummi tak sihat...cuma ucapan dan doa buat adik hari semoga terus membesar dengan sihat...menjadi umat islam yang mampu memimpin diri sendiri dan orang sekelilingnya ke jalan Allah...amin... p/s semalam hari yang menyedihkan...adik hadi terpaksa diajar minum susu formula.. :'(

Selamat Hari Lahir ke 3 buat Puteriku

assalamualaikum semua, pada hari yang sama 3 tahun dulu aku melahirkan seorang cahayamata yang sangat tak disangka-sangka kehadirannya... Tanggal 11.12.11 menjadi sejarah.. ceewah... DI SINI ada ceritanya.. kemudian dari tu disusuli dengan kisah-kisah di hospital yang sangat mengerikan seperti KISAH HOSPITAL 1 , KISAH HOSPITAL 2 , KISAH HOSPITAL 3 , KISAH HOSPITAL 4 , KISAH HOSPITAL 5 , DAN KISAH HOSPITAL 6 .... aku berdoa semoga janganlah kejadian macam tu berulang lagi dalam keluarga kami..aku tak cukup kuat... hari ini Nur Syafiah Husna atau yang kami pernah panggil adik nur dan adik husna dan sekarang dah bergelar Kakak Husna dah genap 3 tahun..alhamdulillah... semoga satu-satunya puteri permata hati ummi dan ayah ni akan terus sihat dan membesar menjadi anak yang solehah...amin.. gambar kredit to cikgu taska.. tq kak da.. hasil kreativiti kakak :) cek mek dengan gelang serabut kat tangan.. p/s ummi lupa nak buat kek kakak..malam ni ye nak..esok ...

Selamat Hari Lahir Buat Abah Tersayang

assalamualaikum semua, lama nak menulis tapi tak sempat tapi hari ni cuba sempatkan jugak untuk hari yang istimewa salah sorang insan yang ku sayang.. buat abah, semoga Allah panjangkan umur abah..murahkan rezeki abah dan sihatkan tubuh badan abah..amin.. selamat hari lahir yang ke 63 abah... p/s nanti angah balik bawak kek eh..errr tapi abah nak potong ke? ;)

Selamat Hari Lahir buat suami tersayang..

assalamualaikum semua, ucapan hari lahir ni patut dibuat semalam sebenarnya tapi dalam kekalutan kami di hospital dan telefon yang kehabisan bateri maka entry ucapan ni terpaksa dibuat pada hari ni.. selamat ulang tahun ke 32 buat yang berbahagia abang..semoga abang dipanjangkan umur, ditetapkan iman, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik dari Allah..amin.. p/s ita dah bg hadiah baby aci kan bang? ;)

Selamat Hari Lahir Yang Ke 7 Sayang

assalamualaikum semua, banyak sangat cerita yang nak dikongsikan dalam blog ni tapi kesibukan buat masa ni tak mengizinkan jari ni terus berada di atas keyboard untuk menaip...maka banyak sangat entry yang tertunda.. sejak dari awal tahun lagi... cerita abg long di sekolah...cerita kami buat short trip ke Muzium Pekan...cerita kami menyertai dua Hari Keluarga yang sangat meriah... cerita check up...cerita kami menang hadiah kretif di Petrosmart Kuantan....semuanya terpaksa menunggu masa untuk diceritakan kemudian... dan hari ni setelah agak lama tak menulis...aku nak coretkan sedikit ucapan buat anak pertama kami yang selamanya akan jadi pertama...dan tetap akan jadi antara kesayangan ummi dan ayah buat selamanya... Hari ni 17 April 2014, genap usia abg long 7 tahun... pesan ummi untuk abg long cuma sedikit je nak... carilah ilmu sebanyak mungkin tak kira untuk dunia atau akhirat kerana hanya dengan ilmu manusia dapat mengatur diri menjadi lebih sempurna... jagalah adab d...