Cerita Ita: keluarga                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel keluarga

Beriadah di Hari Malaysia

assalamualaikum semua,  semalam cuti kan?  hari ni pun rezeki cuti jugak sebab cuti umum semalam jaruh hari ahad.. dapat la cuti bonus lagi.. korang buat apa je hari cuti macam ni?  kalau aku hari cuti macam ni biasanya memang masa dengan keluarga je la.. kalau dulu masa duduk Kuantan,  kami akan guna kesempatan cuti panjang ni untuk balik kampung tapi ni dah duduk KL ni kena fikir panjanglah nak balik kampung terutama di tengah bulan.. al maklumlah bila nak bawak rombongan ni banyak perlaburannya.. jadi cuti kali ni kita beriadah di Hari Malaysia! Beriadah di Hari Malaysia kebetulan pulak kami pun baru je lagi tinggal kat KL ni jadinya macam banyak la tempat nak kami tinjau dan tengok.. masih dalam proses nak sesuaikan diri lagi dengan kawasan sekitar.. anak-anak dengan sekolah baru.. aku dengan tempat kerja baru..  shah dengan tempat niaga baru.. banyaklah yang kami kena ubah dan cuba sesuaikan dengan persekitaran baru.. banyak jugak pengorbanan y...

Kuala Lumpur kami datang!

assalamualaikum semua, lama dah tak bersiaran.. bukan tak sayang dah dengan blog ni.. tapi banyak sangat perkara kena uruskan sejak dari balik cuti raya hari tu.. aku belum sempat pun cerita pasal aku dapat surat kenaikan pangkat dan ditukar ke Kuala Lumpur ni.. semuanya berlaku dengan begitu pantas sampaikan aku tak sempat nak update apa-apa pun di blog kesayangan ni.. tapi aku berazam jugak nak coretkan sesuatu supaya ianya jadi kenangan kami satu hari nanti.. Kuala Lumpur kami datang! sejak malam Jumaat 13 Julai 2018 secara rasminya kami dah bermastautin di Kuala Lumpur pulak.. tak pernah kami jangkakan pun akan terjadi.. semua berlaku macam adik hadi selalu sebut.. 'tiba-tiba je'.. dan hari Jumaat petang tu sampailah barang kami bersama lori yang dihantar oleh kawan-kawan.. kami tak habis lagi pun mengemas ni.. kemas mana yang perlu sama macam kami bawak apa yang perlu je hari tu.. banyak yang kami kena tinggalkan sebab rumah yang disewa ni tak muat nak tampu...

Rumah tinggal hilang seri?

assalamualaikun semua, semalam waktu kami lalu di kawasan perumahan kami timbul persoalan pasal rumah tinggal yang hilang seri.. adakah betul rumah yang ditinggalkan tiada berpenghuni akan hilang serinya? susah nak cakap.. tapi dari pemerhatian kami sekitar taman kami ni.. adalah beberapa rumah yang dah ditinggalkan oleh penghuninya yang mana dah berpindah.. dah menginap di rumah baru.. rumah ditinggalkan kosong begitu saja tanpa ada yang menyewa atau apa.. memang terserlah rumah tu macam hilang serinya.. Rumah tinggal hilang seri? sambil lalu kawasan sekitar sambillah kami perhatikan.. ke sebab kami tau rumah tu memang takde penghuni jadi macam ada rasa kesuraman sebab kami tau takde siapa yang tinggal di situ? bunyinya macam ada bias jugak kan di situ.. sebab tu aku letak tanda soal dekat tajuk tu.. rumah tinggal hilang seri? betul-betul hilang seri atau kami je yang rasa macam tu? terus teringat nasib rumah kami selepas ni.. semua dalam kereta terdiam sunyi sepi.. s...

Tanggungjawab bapa kepada anak

Tanggungjawab bapa kepada anak Assalamualaikum semua, hari ni aku nak kongsikan ilmu yang aku dengar masa tengok rancangan Tanyalah Ustaz hari Selasa hari tu.. tajuk yang disampaikan tu sangat bagus iaitu 'Didik Anak Era Digital' yang dikelolakan oleh Da' Hilman dan Ustaz Elyas Ismail.. antara yang dibincangkan oleh mereka berdua pada waktu tu adalah persoalan yang dikupas dari kisah di zaman Nabi Muhammad S.A.W.. iaitu apabila ada anak yang mempersoalkan apakah tanggungjawab bapa kepada anak.. Tanggungjawab bapa kepada anak bila dengar soalan ni aku terus rasa nak ambik nota dan buat sedikit catatan yang boleh dicoretkan ke dalam blog ni dan diharapkan akan beri manfaat pada orang lain jugak nanti.. juga buat ingatan bila aku terlupa ke bebila nanti kan..  antara pengisian dalam perbincangan pada pagi tu ialah cabaran mendidik anak di era digital ni.. kebanyakkan anak dah terlalu maju dari segi teknologi sampai lebih ke hadapan daripada ibubapanya send...

Balik kampung dan dapat anak saudara baru

assalamualaikum semua, aku belum cerita pasal kami balik kampung minggu lepas kan? kami balik kampung hujung minggu lepas sebab mak abah nak buat kenduri doa selamat untuk meraikan pasangan pengantin yang baru je dinikah dan disandingkan awal bulan aritu.. jadinya ni kira majlis belah pengantin lelaki la.. cuma mak abah buat keputusan nak buat majlis kecik-kecik je.. cuma nak umumkan diorang ni dah berkahwin pada orang setempat je la.. Balik kampung dan dapat anak saudara baru kenduri kali ni memang betul-betul kenduri kecik je pasal saudara mara terdekat dan keluarga perempuan pun kami tak jemput.. bukan tak sudi jemput tapi mengenangkan masalah kesihatan abah dan mak jadi jemputan dihadkan cuma untuk orang blok je.. itu pun cuma penerokawati je yang dijemput.. walau macamana pun.. syukur majlis berjalan lancar.. dan dapat la penuhi hajat mak abah walaupun cuma kenduri yang simple-simple je.. lauk yang ada masa tu sayur pisang masak lemak, ayam masak kicap, sambal go...

Masyarakat kita dah lain sangat..

Assalamualaikum semua,  hari ni entah kenapa hati rasa sebak je.. sama macam cuaca yang agak redup je hari ni.. teringat lagi kisah di sebalik kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah aritu.. bila tau sebab kejadian dan siapa yang buat terus rasa merundum hati sejak hari sabtu lepas.. sedihnya rasa.. macam tersayat-sayat hati rasanya.. tembok batu di luar.. begitu jugak di hati kita aku bukan tak sedih masa kejadian kebakaran tu.. tipu kalau aku kata aku tak rasa sedih.. sedih sangat cuma tak sampai mengeluarkan airmata sebab terfikir waktu tu.. mengenai ganjaran syahid kecil yang dikurniakan pada orang-orang yang mati dalam kebakaran dan mati lemas .. mampu berdoa masa tu semoga semua mangsa tergolong dalam syahid kecil tu nanti.. insyaAllah.. tapi bila dapat tau siapa dalang di sebalik kejadian tu lagi aku rasa teramat sedih.. yang ni memang aku nangis ok.. aku teringat.. baru tak sampai beberapa minggu lepas.. waktu dalam perjalanan aku hantar laporan prog...

Bahagianya kami dapat makan mangga chukanan murah

assalamualaikum semua, baca tajuk memang tak boleh blah kan.. hahaha biasalah gimik je pun tu.. tapi hakikatnya memang buah-buahan macam mangga ni boleh buat kami anak beranak bahagia tau.. sedap dan bahagia kalau dapat menikmatinya hari-hari.. buah mangga kegemaran kami sekeluarga yang ni mangga chukanan katanya.. aku beli dari Tunas Manja masa singgah nak beli barang lain aritu.. elok pulak diorang letak buah mangga ni kat depan pintu masuk.. eh.. eh.. memikat betul.. harapnya mungkin akan ada yng terpikat dan membeli.. nah.. akhirnya aku la jadi mangsa.. hahaha.. tapi aku tak kisah pun jadi mangsa untuk makanan sedap macam ni pun.. dan la sedap, murah pulak tu.. hihihi.. yang ni aku beli ni harganya dalam RM5.99 sekilo je.. aku beli dalam 3 biji aritu jadinya dalam RM10 untuk 3 biji tu.. besar-besar mangganya.. alhamdulillah rasanya pun elok lemak manis.. kalau kat rumah ni kalau 3 biji buah mangga ni memang sekelip mata je anak-anak abiskan.. diorang memang gem...

Menu berbuka puasa hari pertama

Menu berbuka puasa hari pertama assalamualaikum semua, untuk awal ramadhan tahun ni kami berpeluang untuk balik ke kampung untuk sama-sama merasai kemeriahan berbuka puasa bersama ahli keluarga tersayang.. kali ni kami balik rumah mak shah dan berkumpul beramai-ramai..  antara juadah yang ada memang setiap tahun jadi kebiasaan berkumpul dan merasai kemeriahan berbuka puasa macam ni.. seronok rasanya bila dapat berkumpul beramai-ramai.. yang paling seronok tentunya anak-anak la.. dan semalam semua adik beradik shah kecuali adik yang nombor 4 ada bersama.. sampai tak muat rumah jadinya.. ditambah pulak dengan kehadiran bapa saudara shah yang jugak duduk di kampung yang sama kat sini..  dan semalam aku sempat la masak soto untuk juadah kami berbuka.. tapi disebabkan masing-masing mencari nasi untuk pilihan berbuka memasing jadi kurang sambutan.. tapi tetap laris sebab bila dah lepas solat isyak memasing mencari pulak makanan lain..  close up al...

Tak puas bercuti ke Planetarium Negara

assalamualaikum semua, ada satu lagi kisah percutian tak terancang kami tahun lepas.. kami secara tak sengajanya singgah beriadah di Planetarium Negara! Tempat yang mesti pergi kalau bercuti di Kuala Lumpur.. kami dah sampai ke Planetarium Negara ! haha.. jangan tanya kenapa boleh sampai sini ok.. antara sebabnya ialah lepas kami berulang alik ke hospital kami cadang nak bagi anak-anak gembira sikit sebelum kami balik ke Kuantan.. jadinya hari terakhir kami di Kuala Lumpur tu kami singgah la sekejap di Planetarium Negara.. ceritanya sebab aku dengan shah tak berapa ada bajet duit yang banyak nak bawak anak-anak berjalan.. jadi aku cuma survey je la tempat yang cuma akan guna bajet minimum tapi dapat beri kepuasan pada anak-anak..  peta ke Planetarium Negara dan lepas aku google dan cari maklumat terbaca la pasal Planetarium Negara ni.. macam best sebab tak pernah pergi lagi.. terus cadang kat shah untuk pergi sini.. macam biasa shah memang dah ban...