Cerita Ita: peraduan                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel peraduan

Menang hadiah dari Johnson's!

assalamualaikum semua,  aku lupa nak cerita yang aku menang hadiah dari Johnson's tau hari tu.. tu la kalut pasal benda lain yang sampai sekarang belum selesai lagi ni.. selagi tak habis benda nan satu ni memang aku kalut la memanjang.. sampai lupa hobi nan satu tulis kat blog ni.. angin kerisauan tu belum habis lagi.. insyaAllah kalau dapat hari isnin ni nak la benda ni selesai dengan baik.. tapi mehlah kita hilangkan kerisauan dengan cerita pasal menang hadiah ke kan..  Menang hadiah dari Johnson's!    aku masuk peraduan ni dah lama jugak.. ala peraduan senang je.. eh ada satu lagi jugak peraduan senang yang aku masuk la.. aku belum sempat cerita gak yang tu.. aku kongsikan kat facebook je hari tu.. nantilah bebila aku cerita.. yang ni nak cerita pasal hadiah istimewa Johnson's yang comel ni.. meh la aku tunjuk pasal tak sabar kan.. haha..  masa aku hantar gambar hadi guna bedak tu kat facebook  tu takde apa pun dapat dari komen.. t...

Menang Hadiah Peraduan 'Mak Saya Kata Saya Anak Bijak' Anjuran Dutch Lady

Assalamualaikum semua, hari ni dapat perkhabaran gembira... aku menang peraduan anjuran Dutch Lady.. contest 'Mak Kata Saya Anak Bijak'.. alhamdulillah syukur.. walaupun sebenarnya cuma menang tak banyak tapi aku bersyukur betul la... peraduan Dutch Lady sebenarnya kalau ikutkan macam ramai je yang dapat sebab dia kira semua 250 penyertaan pertama setiap minggu.. tapi tak boleh la dapat berulang.. cuma satu hadiah je untuk setiap peserta... peraduan ni dah berlangsung lama dari 7 Ogos 2016 lagi dah tau... cuma aku tau dah awal bulan September tu haaa... itu pun sebab Pinky Momma share dalam blog dia.. rugi betul sebab memang tiap bulan pun kami memang membeli susu Dutch Lady untuk adik Hadi... tapi syukur la jugak dapat jugak melekat hadiah yang satu ni haa... gambar yang dipertaruhkan dan sekarang ni aku cuma bersedia dengan telefon je la... mana la tau kot-kot tetiba je Dutch Lady call ajak join untuk Hi Tea dengan Scha AlYahya dengan si comel Lara tu ke k...

Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com

3D GOLD STEMCELL SERUM MY BEAUTY HERBS Adakah anda ingin kulit wajah bebas tanpa jeragat, parut dan pori-pori terbuka? Adakah anda inginkan kedut di muka hilang sedikit demi sedikit dan anda inginkan semua masalah kulit muka hilang dengan hanya satu rawatan yang tidak melibatkan kos yang mahal?  3D Gold Stemcell Serum akan menjadi jawapan atau solusi untuk permasalahan anda. PARUT JERAWAT, JERAGAT yang mula berkampung di muka dan yang sudah berkerak, KEDUT di muka yang menjadi teman apabila usia semakin bertambah adalah penyebab hilang keyakinan diri untuk bersosial. Jangan biarkan masalah ini menghantui anda setelah sekian lama anda berada di dalam dilema dan malu bertemu janji. Kini My Beauty Herbs mengembalikan kejelitaan anda tanpa perlu melakukan laser dan kos-kos perubatan yang mahal. Beralihlah kepada 3D Gold StemCell Serum yang bakal mengubah kulit muka anda dari biasa menjadi luar biasa…Sangat hebat dengan hanya calit-calit merecik... Wow... " Penya...

Nama anak panda Zoo Negara diumum hari ini

assalamualaikum semua, pagi ni menaip entri secara langsung dari klinik pakar ORL HTAA... hantar adik hadi untuk temujanji lagi pagi ni...pasal masalah sakit telinga dia yang aku cerita hari tu.. dan pagi ni tiba-tiba tertengok berita pasal pengumuman nama anak panda yang akan dibuat pagi ni di Zoo Negara.. gambar berita panda di tv hospital..nampak nombor tu? jauh lagi aku tau.. pemenang utama akan memenangi sebuah kereta myvi tu...rezeki betul..tapi kena usaha jugak kan? jaranglah rezeki datang bergolek tanpa usaha... peraduan ni dah berlangsung pada hujung tahun lepas lagi..dan sekarang diumumkan pemenangnya.. tak pernah lagi berpeluang tengok panda ni secara dekat-dekat lagi...belum berpeluang..harga tiket pun boleh tahan..tambang dan penginapan di kuala lumpur lagi..banyak yang kena fikirkan dan diambilkira..apa pun zoo memang tempat kegemaran aku, shah dan anak-anak.. bayangkan je la tiap kali mengandung mesti mengidam nak berjalan di zoo..hahaha..unik kan? ...

Nak mintak tolong boleh?

assalamualaikum semua, semua sihat hari ni? aku, alhamdulillah masih sihat cuma hati tak berapa sedap je tengok hari gelap semacam je kat luar tu.... risau kalau hujan terus macam hari tu...akan jadi bah semula di kuantan ni... pelik kan sebut "bah"? biasa kita sebut banjir.... tapi korang tau tak sebenarnya banjir tu bahasa jawa dan bah itulah sebenarnya bahasa melayu yang sebenar....ini mak aku yang cakap la... pasal mak aku jawa kan? anak dia tak pandai cakap jawa dah pasal dah jadi PAN ASIA.... haaa...mesti dah ada yang cakap aku ni perasan pulak ni kan? tolong sikit ye.... Melayu + Jawa = bukan PAN ASIA (perkahwinan antara orang asia) ke tu? heeeee..... mesti ramai yang tak tau....lebih-lebih lagi generasi yang muda-muda belia lagi ni kan.... ok... tengok ni apa yang aku dapat dari kamus dewan tentang bah dan banjir ni... banjir 1. keadaan air menenggelami atau menggenangi kawasan yg luas, bah , air bah : kawasan itu sering dilanda ~; ~ kilat banjir y...

Gambar apa tu?

assalamualaikum semua, haaa... tadi aku janji nak ceritakan kisah di sebalik gambar INI kan? Entry INI cerita dia macam ni hari tu 100 Plus ada menganjurkan peraduan kumpul dan tebus... syarat dia senang je... kumpul label dari 100 plus yang 500ml (botol kecik) dan tebus untuk dapatkan hadiah  dia... kalau tak salah aku kena kumpul 10 label untuk dapatkan botol air edisi terhad ni... kalau korang rajin minum dah boleh kumpul 50 label untuk tukarkan dengan pen drive... dan kalau korang rajin lagi minum... dah boleh tukarkan 100 label untuk jam tangan... yang ni memang berbaloi... surat lampiran masa hadiah ni sampai aku suspen jugak pasal yang hantar tu orang keja part time je... dia hantar dengan kereta sendiri... musykil la kan...ingatkan sesiapa la yang bagi hadiah.... ingatkan ada orang nak hantar hadiah hari lahir in advance ke kan? hihi... perasan la pulak.... apa pun yang terlebih excited adalah budak ini.... abg long sibuk dia suruh umm...

Aku menang contest.. Terima kasih Dryper Malaysia

salam sejahtera semua, hari ni lambat sikit bukak facebook..... tapi bila bukak je tau-tau ada berita baik.... aku menang! alhamdulillah... sebab tak ramai yang masuk kot... korang mesti pelik dan tertanya-tanya kan contest apa aku yang aku masuk ni... contest oleh Dryper Malaysia ni sebenarnya diadakan pada setiap hari isnin dalam facebook Drypers Malaysia... contest dia senang je... kat facebook dia tu nanti dia akan letak komik mingguan yang dibintangi oleh gambar anak-anak yang terpilih dari gambar yang dihantar sebelum ni oleh ibubapa.. pastu dia akan suruh kita rekakan penamat komik yang paling menarik dan akan diumumkan pada hari jumaat minggu tu jugak... dan bagi minggu pertama ni aku menang...sila cuba di minggu-minggu akan datang ye... alhamdulillah dah 3 contest menang sederet ni...rezeki.... meh tengok komik tu jom.... p/s yang line bawah sekali tu idea aku ok...heeeee....