Cerita Ita: planner                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel planner

Hari Pertama Sekolah, Putrajaya, Planner Cantik dan Rezeki

  Hari Pertama Sekolah Assalamualaikum semua, hari ni semua kena keluar awal dari rumah. Bak kata Adam malam-malam hari lagi kita dah keluar. Ayat sebenarnya dia nak cakap kami keluar waktu hari masih gelap. Ianya sebab hari ni hari pertama bersekolah di Johor. Ini merupakan tahun kedua anak-anak bersekolah bermula hari Isnin. Nampak anak dah terbiasa juga dengan rutin ni walau dulu Johor mula sekolah pada hari Ahad. Semuanya ceria hari ni walaupun hati aku sedikit gundah sebab tak dapat intai Adam bersekolah pada hari pertama. Alhamdulillah syukur dia baik-baik je hari ni. Mesyuarat di Putrajaya Aku pulak kena bergerak awal sebab nak ke Putrajaya. Ada mesyuarat petang tadi di ibupejabat. Jadi aku kena bergerak awal sebab Shah nak hantar aku ke tempat kerja. Aku sampai tadi dah malam sebab tu dia nak jemput. Jadi tak perlu la aku memandu ke pejabat. Cuma kena bergerak awal serentak dengan anak-anak la. Planner Yang Cantik Kebetulan pulak aku bergerak tadi terlupa nak bawak buku not...

Kemunculan The Dream Planner 2019!

assalamualaikum semua,  hari ni aku nak cerita pasal satu lagi kegemaran aku sejak dulu.. iaitu mengumpul planner dan diari!  sejak dari dulu memang suka menulis kan.. nak buat macamana.. selain menulis aku suka sangat jugak membaca tapi apa boleh buat kekangan masa sekarang ni nak membaca tu agak terhad masanya.. jadi menulis je la yang masih boleh disambung kesinambungannya walaupun cuma sekali sekala...  Kemunculan The Dream Planner 2019 Disebabkan minat aku yang satu ni la aku selalu suka sangat tengok koleksi diari atau planner yang ada kat pasaran.. ada jugak yang aku dah ceritakan kat korang dalam blog ni pasal koleksi planner yang aku beli dan dapat.. kebanyakkannya dalam harga yang berbaloi dan berkualiti la jugak..  Dan kali ni aku nak kongsikan lagi pasal planner.. sebenarnya lebih kepada sejarah aku dengan planner.. memula dulu cuma ada diari.. tapi bila aku mula bekerja dengan seorang bos yang sangat menitikberatkan pasal jadual aktiviti...

Beli Customized Planner dengan hanya RM25

assalamualaikum semua, aku nak ceritakan hari tu aku sempat dapatkan promosi untuk customized planner untuk tahun 2018 dengan harga yang berbaloi.. dan meh aku kongsikan kat mana aku beli planner ni.. asalnya konon nak beli planner dengan seseorang di IG lepas tengok kawan-kawan upload hasil dari kerja tangan orang tu.. sangat cantik.. tapi bila fikirkan balik aku ni kadang ada planner tu tak penuh ditulis jadinya beli je la yang biasa-biasa kat kedai buku tu je kan.. Beli Customized Planner dengan hanya RM25 sekali tu bila berjalan ke kedai buku yang dekat dengan rumah dan tempat kerja ni.. aku saja la tengok harga dan tinjau dulu.. tapi kebanyakkan yang biasa-biasa pun dah RM10 ke RM15 harganya setiap satu.. ada la yang murah jugak tapi cuma ada setakat kotak kecik je yang kadang kau nak menulis pun tak puashati.. tetiba pulak aku ternampak promosi kat email Pixajoy untuk buat customized planner atau dipanggil Photo Notebook yang ada potongan sehingga 45%.. menjadika...