Cerita Ita: roti                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel roti

Menu Sarapan di Tahun Baru

Menu Sarapan di Tahun Baru Menu sarapan di Tahun baru Assalamualaikum semua, disebabkan azam aku sekarang ni nak kembalikan blog ni supaya lebih bernyawa jadinya akan ada je blogpost setiap hari dari aku sekarang ni. Hari ni aku nak cerita pasal menu sarapan kami pagi ni. Saja la nak tunjuk dengan korang menu sarapan di tahun baru kami. Hidup kami anak beranak ni simple je. Kalau pagi-pagi tu memang nak kena ada sarapan dulu sebelum masing-masing jalani rutin harian. Jadinya memang kena fikir la apa menu untuk sarapan setiap hari. Biasanya akan kami rancang dulu malam sebelumnya tapi kalau tak sempat fikir atau takde idea kami masak je apa yang ada di waktu pagi tu. Macam sarapan hari ni malam tadi dah ada yang mintak buatkan murtabak megi tapi disebabkan takde stok megi kita buat je la sarapan cenkodok atau jemput-jemput kentang gunakan tepung yang sedia ada kat rumah ni. Disebabkan semalam aku ada buat roti bakar cheese jadi ada pulak anak bujang yang minat nak buat sendiri pulak har...

Wordless Wednesday # 76 : Roti

assalamualaikum semua, roti kegemaranku... dulu ada satu lagi jenama sweetie... p/s lamanya tak update blog....rindu...

Wordless Wednesday # 71 : Roti

assalamualaikum semua, p/s hujan masih turun sekejap lebat sekejap tak kat kuantan ni...dengar cerita air sungai lembing dah melimpah...jangan la banjir lagi..

Roti oo roti..

assalamualaikum semua, kejap je rasa masa cuti dah makin habis..ala tak best betul la rasa.. semalam aku sempat buat roti.. sebenarnya dah bape kali dah buat..kemaruk makan roti buatan sendiri sekarang ni..aritu buat roti biasa..pastu roti sarang lebah..pastu semalam try roti manis belang-belang..haha.. resepi dia mudah je..tak mudah aku memang tak buat.. Resepi Roti Bahan-bahan 3 1/2 sudu teh yis serbuk (aku guna sebungkus  mauripan) 1 biji telur 1/4 air suam 1 1/2 cawan  susu uht 1 sudu teh garam 1/3 butter / marjerin ( aku guna shortening ) 1/2 cawan gula kastor ( aku lebihkan sikit jadi 2/3 cawan ) 5 cawan  tepung Cara-cara 1. rendam yis dalam air suam selama 5 minit sampai berbuih 2. campur semua bahan cair dulu sebatikan dan kemudian campurkan tepung 3. uli sampai doh tak melekat ke tangan sangat dalam lebih kurang 15-20 minit 4. tutup mangkuk doh bagi naik 2 kali ganda ( dalam 45 minit - 1 ja...

Roti John Homemade

assalamualaikum semua, aku tadi sebenarnya terniat nak tidur waktu rehat..mata mengantuk sangat rasanya..tapi sudahnya tak jadi bila kawan aku update cerita pasal GST..huhu...jangan mengigau sebab ketakutan sudah la... oleh sebab aku rasa meluat dan marah maka mari kita cerita pasal menu berbuka je la jom... hari kelmarin disebabkan aku dah tahap blur tak tau nak masak apa untuk menu berbuka...dan aku ada tinjau sorang blogger masakan buat roti john guna roti potong sendiri..maka aku pun try la... dan jadinya menu berbuka kami kelmarin adalah ala-ala western la kononnya...tapi aku buat roti john yang simple je pun...guna segala bahan yang ada kat rumah je la...senang... roti john homemade -sila abaikan rupa yang tak seberapa tu ye.. ok jom sekodeng resepi dia... Roti John Homemade by Cerita Ita Bahan-bahan 1 plastik roti hotdog (ada dalam 10 biji - aku guna 9 biji je) 1 keping daging lembu kisar jenama Ramli 1 labu bawang besar serbuk lada hitam secukupnya se...

Hidangan tersedap di dunia

assalamualaikum semua, meh layan sarapan roti sandwich kangkung belacan.. Resepi Roti Sandwich Kangkung Belacan Bahan - bahan : Roti potong Sayur kangkung goreng belacan Keju keping Cara-cara : 1. letakkan sayur kangkung dia atas kepingan roti. 2. letakkan kepingan keju. 3. tutup dengan kepingan roti lain. 4. sedia untuk dimakan.

Daging masak ungkep dengan roti, Asam Pedas Ikan Pari dan Lempeng, Mandi pantai..

assalamualaikum semua, huhu...panjangnya tajuk.... nak memadamkan dengan lama aku hilang kan...? hari cuti kan...family time... semalam lepas shah balik kerja berebut kami pegi tunaikan janji nak bawak anak main kat petrosmart kat yayasan pahang.. boleh pulak ekon dekat bangunan yayasan pahang tu dalam penyelengaraan..panas gila..mujur kejap je kat situ...bukan ada orang pun cuma keluarga kami je pun..hehe..rasa macam pusat sains keluarga pulak tetiba... pastu kami jalan-jalan kejap kat luar bangunan tu..tengok-tengok kolam kat depan dia..tadi macam pusat sains kami kan? ni macam bangunan kami pulak..hehehe.. lepas tu boleh pulak masa dalam kereta nak balik rumah terfikir mandi pantai pun best jugak kan...apa lagi..balik rumah kejap...kemas apa yang patut dan terus ke pantai... anak-anak apa lagi...suka bukan kepalangnya...berebut memasing nak turun ke laut..sibuk bertanya boleh mandi ke tak... ye la walau pantai tak sampai pun 5 km dari rumah kami tapi perginya boleh dikira d...

Membuat roti atau menguli roti atau meroti?

assalamualaikum semua, letih pulak rasa pepagi ni...macamana la orang boleh gigih buat roti agaknya...aku dulu-dulu rajin la...sekarang ni bila anak-anak dah mula pandai mintak itu ini rasa macam leceh pulak... sebab bila tangan dah pegang doh melekit tu mula la drama macam-macam...sudahnya doh dah terlampau naik...yis dah terlampau berbuih....macam-macam la lagi halangan... keputusannya aku kena beli breadmaker...lepas ni kena survey harga...eh? hehehe... cite roti ni aku sambung kemudian ye...tak best kat hp takleh nak edit gambo... p/s tghari ni nak masak cendawan + fishball goreng, peria goreng telur pedas dan goreng ikan pekasam kak anim.. alhamdulillah..

Ada projek baik punya...

assalamualaikum semua, korang dah tidur? aku belum...menemankan anak bujang sulung ni haaa...yang sibuk nak tengok cite X Men kat tv3.... aku layankan je la...sambil buat perbincangan projek besar punya ni...besar la konon..hihihi... ada la projeknya...nanti dah keluar hasil aku tunjuk ok... selamat malam pada yang nak beradu...shah dan anak-anak lain dah selamat pun ni haaa... p/s aku nak gi buat sesuatu untuk sambung projek meroti esok ni..tadi siap dah salin resepi dari jintanmanis.com...fuhhh...berangan punya la baik...tepung roti aku ada x ye? aiseh...

Roti oooo... roti....

salam semua, ni nak tayang sikit hasil aku buat roti baru-baru ni.... pertama kali aku buat hasil dia camni...  huhu... siap ada model lagi u... pastu bila dah pandai godeh-godeh resepi sikit hasil dia jadi camni..... lumayan kan? hehe.... jadi la buat isi perut suami dan anak-anak..... resepi dia senang je.... korang cari resepi donat kat my resepi.... aku ubahsuai je... cuma dia guna gula halus aku guna gula kasar jadi lebih manis sikit.... pastu dia pakai susu segar aku tukar susu tepung... itu je yang ada kat umah aku... p/s kalau korang nak buat comel2 pun boleh aku je malasssss.....