Cerita Ita: melaka                                                             Cerita Ita Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel melaka

Jalan-jalan ke Melaka - Cendol Kampung Hulu

assalamualaikum semua, meh la kita cerita pasal kami pergi bercuti hari tu walaupun tengah dalam mood PKPB ni kan.. lepas je balik dari mesyuarat di Putrajaya hari tu aku saja la nak tambah masa dengan keluarga terutamanya dengan anak-anak.. jadi kami buat percutian yang tidak dirancang untuk jalan-jalan ke Melaka pulak.. betul-betul tidak dirancang kali ni.. bermula dengan teman ummi ke Putrajaya lepas tu jalan-jalan ke Melaka pulak.. tempah hotel pun terkejut-kejut kaedahnya... huhu.. sorang je model untuk Jalan-jalan ke Melaka -Cendol Kampung Hulu kami cari hotel yang murah jugak.. di Hallmark Crown Hotel Mallaca.. kali ni ambik 2 bilik supaya lebih selesa.. anak-anak tidur bilik asing.. selesa la sikit sebab bilik kat hotel ni kecik je.. taklah besar mana.. dan harga dia pun ok jugak.. kira harga 2 bilik ni macam harga satu bilik standard di hotel 3 bintang ke atas la.. harga sekali dengan sarapan untuk 2 orang.. oklah tu kan.. cuma musim covid ni sarapan tu dia bagi yang dah siap ...

Latihan terbaik yang pernah aku ikut!

assalamualaikum semua,  aku ni baru je balik dari bengkel latihan ni.. Leadership Training kat Melaka Bandar Bersejarah.. alhamdulillah banyak betul belajar sepanjang berada kat training ni.. memang sangat bertuah rasanya terpilih dalam kursus ni..  Latihan terbaik yang pernah aku ikut!  bukan macam latihan yang biasa-biasa yang kita cuma duduk dan dengar dari persembahan power point macam biasa.. tapi ianya lebih kepada kelas yang sangat aktif.. kami diberikan bermacam tugasan yang memerlukan bukan hanya kemahiran berfikir tetapi jugak memerlukan kerjasama dari semua ahli pasukan.. bukan tu je.. kami jugak diminta menulis sendiri point penting yang kami perolehi dari latihan yang dijalankan mengikut sesi dengan bantuan fasilitator.. Tuan Hj. Tajudin sangat bagus dan mahir dengan kerjanya.. dia sememangnya dilahirkan menjadi jurulatih yang sangat bagus!  aku percaya takde seorang pun peserta yang rasa menyesal walau terpaksa bekerja pada hari Sabtu selep...

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1439H / 2018M bagi Negeri Melaka

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1439H / 2018M bagi Negeri Melaka assalamualaikum semua,  disebabkan ada permintaan jadinya kita sambung menyampaikan info dari Jakim mengenai Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1439H / 2018M bagi Negeri Melaka pulak..  Seluruh Negeri Melaka Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Tahun 1439H / 2018M bagi Negeri Melaka untuk Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa untuk negeri lain di dalam Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak boleh didapati dari sumber  JAKIM . Ceritaita

Menginap di Swiss Garden Hotel Melaka

assalamualaikum semua, cuti sekolah baru ni ada rezeki untuk bawak keluarga ikut sekali masa aku berbengkel untuk penulisan saintifik di Melaka.. kali ni kami menginap di Swiss Garden Hotel Melaka.. alhamdulillah sangat puashati bila menginap di sini.. Menginap di Swiss Garden Hotel Melaka hotel ni berada betul-betul di tengah Bandar Melaka.. atau dipanggil Melaka Tengah.. lokasinya terletak bersebelahan dengan Kampung Morten yang merupakan salah satu daripada tarikan di negeri Melaka.. ada banyak kemudahan di hotel yang bersambung dengan pusat membeli-belah besar iaitu The Shore..  kiranya hotel ni memang berada di lokasi sangat strategik la.. Swiss Garden Hotel Melaka biliknya agak luas dan sangat selesa untuk kami sekeluarga.. maklumlah kalau ada 4 orang anak yang masih kecil kami masih tak boleh nak tempah bilik lain untuk anak-anak.. masih risau dengan keselamatan anak-anak kalau berlainan bilik.. jadi jalan selamat ialah cari hotel yang ada bilik besar ...

Sertai Bengkel Penulisan Saintifik?

assalamualaikum semua, lamanya tak menulis.. rindu wei! tapi aku sekarang ni tengah berada di Melaka untuk sertai Bengkel Penulisan Saintifik.. jadi tengah memerah otak untuk tulis benda lain dan semestinya pasal kerja, jadinya memang takde masa la nak tulis benda lain walaupun aku nak sangat tulis.. tapi pagi ni aku nak jugak curi masa menulis kat blog tersayang ni..  semua muka tengah stress dalam bengkel penulisan saintifik ni.. hahaha sepanjang beberapa hari sejak hari Ahad aku kat sini aku belajar banyak perkara tau.. maklumlah jadual agak padat.. dari pagi bermula pukul 8.30 pagi sehingga pukul 1 lebih baru berhenti rehat dan kemudian sambung semula pada pukul 2.30 sampai pukul 5.30 petang.. malam pulak ada lagi sesi malam bermula pukul 8.30 malam dan berakhir sepatutnya pukul 10.30 malam tapi dan 2 malam ni memang agak lewat sikit habis.. semalam pukul 11 baru keluar dewan.. huhu..  kenapa jadual agak padat dalam Bengkel Penulisan Saintifik ni?  se...

Kursus RAT di Institut Teknologi Unggas Melaka

assalamualaikum semua, hari ni dah masuk hari ke 3 dan merupakan hari terakhir kami berkursus di Institut Teknologi Unggas Melaka ni... cantik tempat ni.. kalau nak tau inilah kali pertama aku datang ke ITU Melaka ni.. sebelum ni ada jugak diberi kesempatan untuk berkursus di sini tapi disebabkan ada masalah yang tak dapat dielakkan aku terpaksa tolak... jemputan RAT dan kali ni ditawarkan pula sekali lagi bagi mengikuti kursus RAT bagi tahun ni.. mesti korang pelik kan.. kenapa la kena berkursus RAT pulak kan? kena tangkap tikus ke? atau kami yang jadi tikus agaknya... hahaha.. sebenarnya nama penuh Kursus ni ialah Rapid Action Team atau singkatannya RAT.. objektif kursus ni ialah melatih pasukan gerakan pantas untuk menghadapi wabak penyakit.. kiranya kalau ada wabak penyakit yang melanda ternakan dalam Semenanjung Malaysia ni kamilah antara orang yang akan digerakkan untuk menjalankan segala operasi yang terlibat..  tapi bukan la kami saja sebenarnya.. a...

Skill tegangkan cadar

Assalamualaikum semua, Hari ni aku bersiaran dari Melaka.. ada kursus panjang kat sini.. tapi sunyi sepi pulak rasa bila suara anak-anak yang biasa riuh rendah.. mula dari malam tadi aku dah mula termenung panjang.. dah la duduk di asrama ni pulak.. dan kelmarin aku dah pasang cadar dan sarung bantal di asrama macam kat bawah ni.. tegang tak katil aku ni?...hihi Haaa.. sebut pasal asrama ni teringat pulak kenangan zaman sekolah dulu-dulu.. dulu aku pernah sekolah asrama selama 5 tahun sebelum masuk ke universiti.. dan antara kenangan yang tak dapat lupakan ialah setiap kali ada spot check untuk check katil.. hahaha... korang yang duduk asrama ada kena macam aku tak dulu? Biasanya warden la yang buat spot check.. apa sangat la yang diperiksa pun sebenarnya.. Cuma tengok cara kita tegangkan cadar tu elok ke tak.. katil berkemas ke tak.. tapi sebenarnya bila dah terbiasa buat hari-hari setiap bangun pagi sebelum ke sekolah tu korang akan rasakan tu salah satu rutin ...